Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 7 November 2011

Betul ke zoo ditutup ?

 

Adeh .. dok layan SOROK BAU BUDU lakonan Sabri Yunus dan Zul Huzaimy kat ASTRO .. Berbanding cerita Jalan Jalan Cari Saka , cerita ni jauh lagi bagus la .. Ada pengisian la gak ..

image

Hehe.. Mengisahkan si Idris  yang berasal dari Kelantan , ke Kuala Lumpur mencari pekerjaaan .. Hehe.. Yang buat bestnya si Idris lakonan Zul ni , buang abis loghat kelate dia dan mengaku orang KL .. heheh.. Mmg menjadi la cerita nieh ..

 

Best ! Tu je aku leh kata .. hehehe.. Harap ada yang gatai upload drama ni ke youtube .. Leh kongsi cerita ni sbb ada teladan .. Hehehe…

Kenapa tajuk dia BETUL KE ZOO DITUTUP ? Tu kena layan dulu drama ni baru tau kenapa tajuk dia gini .. hehehe.. Jangan marah ehh..

BEN ASHAARI dan Rakan Blogger

 

pengajian am

i was born as a witch to switch people's mind,view and believe.

 

Pot pet pot pet

Peminat setia Ramlah Ram merupakan gadis yang bercita-cita tinggi dalam kehidupan ini & percaya bahawa dirinya akan berjaya suatu hari nanti berkat doa insan tersayang di sekelilingnya.InsyaALLAH

 

.::.Tira Cadar's Collection.::.

Tira cadar ada menyediakan cadar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan untuk bilik tidur anda!

 

Welcome To

Salam Perkenalan daripada saya, Iwan yang berasal Dari Sabah. Ingin Mencari sahabat yang ikhlas dalam setiap part. seorang pendiam tapi lucu, seorang yang anda boleh harapkan untuk berkongsi masalah suka atau duka.

 

TheTimelines

Banjar + Jawa + Minang = Banjamin. 'SM' tu dadikasi buat abah dan mak. Jangan marah ye. Kat sini tempat aku ekspressikan ape yang aku lihat, ape yang aku dengar, ape yang aku fikir-fikir. Selamat datang. Selamat membaca.

Jalan-jalan cari saka ke cari bala ?

Adoi .. abis dah ke idea nak bikin drama ? Smlm tgk drama Panggilan Baitullah lakonan Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmaf , ternyata jauh beza ..

Yer, mmg drama JJCS ni komedi seramtapi tgk , komedi pon tak , seram pon ntah laaa tang mananya ..

Bg aku , buat drama ni guna duit kan ? Penonton nak tgk , kena byr kan ? Maka bglaaaaah yg lawak berfaedah .. yg membina minda skitt..

Adoi.. nak dpt duit susah .. nak keluar , mudah gilaa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Melayan perlawanan bolasepak di Wakaf Che Yeh , Kelantan

Lebat pulak hujan .. Gerai banyak tak pasang lagi .. Dari nak makan kfc terus tak jadi ... Makan kat sini sambil layan bola ..

Sedap ? Masakan kelantan .. semua org tau cmana kan .. hehe.. Jemput eh ..

Terlupa lak ada game Malaysia vs Singapura ..huhu ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Skit skit santau ! Ni la dia melayu !

 

Gelak besar aku bila layan si Bob Kuman dalam MLM .. Mmg dia selamba la.. Sindir terang terang punya .. Tapi nak kata apa , mmg hakikat ..

 

 

 

Perkara sama yang diceritakan oleh sepupu aku yang baru mulakan bisnis.. Ada je yang dengki ! Macam macam cerita dah keluar ! Haihh.. Aku pon kata kat dia ..

“ Tu bisnis .. Ni yang aku buat blog pon ada yang sakit hati ! Tang mana dia sakit sangat pon tak tau laa .. Kalut sangat ! Melayu melayu .. “

 

Maaf , cakap tapi inilah hakikatnya bangsa kita .. Bila keutamaan diri menjadi lebih penting dari persaudaraan .. Yang penting , tekak sendiri lepas !

Ada aku kisah !

 

Camana aku tak ilang idea kebelakangan .. Bila nak taip ..

 

“ Abang .. pandang sini .. “

 

Aku yang baru nak mula taip , kena pandang dia .. Kalau tak ??

 

Dia akan terus asak dan asak dengan soalan yang tah hapa hapa punya merepek ! Adeh ..

 

Nak kata aku tak bagi perhatian , terlebih sudah .. Tak kisah la … Cuma aku rasa la kan .. Ni mesti pembawakan budak dalam perut !

Perempuankah ? Sebab pelik je wife aku skang ni !! Dulu tak macam ni ! Ke gara-gara 3 tahun dah menikah ?? Dulu malu macam umang umang !

 

Adeh…  Bila aku lak yang tanya .. dia jawab ..

 

“ Abang cuba pandang sini .. Ada aku kisah ! “

 

Cer aku jawab gitu ..  Maka aku akan dapat jawapan ..

 

“ Ni la dia .. baru 3 tahun kawin .. semalam cakap 3 tahun dah lamaa…  “

 

Pi mai pi mai , aku jugak kena pujuk balik .. Adeh ..

Macam semalam je baru nikah

 

image

“ Wah .. dalam sedar tak sedar , dah tiga tahun kita nikah .. kan bang ? “

 

“ Aah .. “

 

“  Rasa macam semalam je baru nikah , kan bang ? “

 

“ Tak jugak.. memang rasa lama la 3 tahun tu .. “

 

“ Hampeh .. baru nak romantik ! “

Takkan seteruk tu kot rakyat Malaysia ?

 

Terbaca di satu luahan pendapat di salah satu akhbar online membuatkan aku macam , hurmmm .. teruk sangatkah rakyat Malaysia ni ?

Ok , aku petik sedikit tulisannya..

 

Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah gelagat sebahagian besar penonton di tempat duduk utama yang memperlihatkan sisi buruk mereka kepada bukan sahaja para tetamu luar yang turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi juga kepada anggota-anggota pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Lebih kurang sejam selepas skrin besar di hadapan tempat duduk utama menyiarkan kenyataan ringkas bahawa perlumbaan dibatalkan, para penonton telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding.

Gelagat mereka ini telah mencetuskan kehairanan kepada para anggota pasukan yang berada di paddock kerana keputusan untuk menghentikan perlumbaan adalah keputusan pihak penganjur dan pemegang lesen perlumbaan. “

Boleh baca lanjut di MSTAR  .

 

 

Betul ke seteruk gitu ? Tapi bila aku imbas kembali pertandingan-pertandingan yang pernah dibuat di Malaysia , mungkin ada kebenarannya .. Atas alasan utama mereka bersikap begitu adalah kerana $$ .. kan ?

Tapi jumlah ni kecik je sebenarnya .. Tak ramai gitu namun mmg gitulah lumrahnya , disebabkan nila setitik inilah abis semua terkena sekali .. Nak kata apa dah kan ?

Namun begitu , imej negara tercalar akibat perbuatan segelintir ini .. Hurm.. Nak bagi naik , bukan mudah .. Nak bagi jatuh , perghhh.. senang giler !!

Gambar anak Justin Bieber

 

Justin Bieber menafikan hal ini .. Perempuan yang dikatakan melahirkan anak Justin Bieber  ni lak beria benor … Siap  tunjuk anak dia lagi dan kata ada persamaan tapi bukan tang rambut tu le.. Heheh.. Dikatakan untuk menyelesaikan isu ini , Justin diarahkan menjalani ujian darah hujung tahun ni bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn...

 

image

Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.

Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.

Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar  RM848,781 untuk menyara bayi lelaki itu. – Hmetro

 

image

CIA memang tak boleh dipercayai langsung !

 

image

 

 

Cakap lain , buat lain .. tu la dia CIA .. Seharian aku tak boleh balik rumah . Nasib baik ada orang tolong aku ..Ni semua gara-gara aku dah cipta satu teknologi moden yang mana hasilnya mmg menakjubkan sekali .. Boleh hancur satu semesta !

 

Tu dia mimpi aku !!! Dasat giler ! Tak payah download movie weh.. layan dalam mimpi jer , heh ! Siap nak kena bunuh dengan agen agen CIA weh aku nih … Dasat tak dasat laa.. Aku siap menyamar lagi tuuu.. Berlari sana sini sampai masuk ChinaTown..

 

Tapi cool gak mimpi aku .. hahaha .. Jangan ada yang mengarut kata , mimpi buruk jangan cerita kat orang ! Adoi… nilai nilai gak la mana satu mimpi buruk , mainan mimpi atau mimpi yang punya alamat. Heh..

 

CIA oh CIA ..

Spritzer ' Tinge Online Game Contest’


Wow  !!  Tinge ! Sebut Tinge, semua orang tau apa dia kan ? Haaa.. mustahil tak tau kan ?? Hehe.. Ok , kali ni  ceritanya lain pulak.. Tinge nak bikin hot di dunia maya ni ! Haaa… Apakah itu ?  Jeng jeng jeng…  Cuba lihat poster di bawah ini !

image

Menarik tak hadiah hadiah yang ditawarkan oleh Tinge untuk online game yang diberi tajuk  “Tinge Saves the Stars Contest “ . Pertandingan ini akan bermula pada 24/10/2011 sehingga  4/12/2011 .. Haaa , lama kan ? 

Game apa ni ? Alaaa , senang sangat ! Pemain akan diminta menyelamatkan  stars , Gary dan Shila dari evil bouncing balls .. Senang kan ? Sapa kata susah wehhhh .. Hehehe.. Confirm akan layan punya laah ! 

Ok , seperti yang korang  nampak dalam poster tu , antara hadiah yang ditawarkan ialah  Samsung Galaxy Tab dan  kamera jenama Canon  IXUS  115HS . Amacam ?  Menarik tak ?? Hehe.. 

Ok , kalau menarik .. jom join.. Tak menarik pon , apa salahnya mencuba dulu kan ? Ikut je cara yang aku ajar kat bawah ni …

1.          Mula mula login ke FACEBOOK dengan id korang sendiri.. 

2.          Pastu klik http://www.facebook.com/spritzer.tinge

3.          Dah ? OK , part ni agak lain sedikit. Korang kena beli air TINGE dan nikmatinya.. Hehe..

4.          Kemudian ,  join game Tinge Saves The Stars

5.          Bila dah abis , korang kena key in nombor siri yang tertera pada label TINGE  tu. Cth :71234568

6.          Tadaaa.. Save the stars!


Tu je la.. Senang kan ?  Semoga Berjaya !

Tips !! Beli air TINGE banyak banyak banyak .. masuk banyak banyak kali ! Sapa nak kasi hadiah lumayan cam tu kan ? Hehehe..

Stim tengok perempuan mengandung

 

stim tengok perempuan mengandung

Keyword paling hampeh di hari mulia , Aidiladha.. Nampak sangat ada yang sangap duduk kat rumah .. Orang gini mau patut letakkan depan lembu yang nak disembelih dah suruh baca kisah Nabi Ibrahim dan anaknya , Nabi Ismail .. Baru  nak insaf gamaknya ..

Ok , kat sini aku bagi sekali la gambar perempuan mengandung.. Harap dapat ilangkan stim tu la yer ..

image

Bengong ! Cari la info yang lebih berfaedah dari menda menda gini !!

Erk .. “ cerpen suamiku songsang “ pon ada gak yang cari ??  Aiseyman … Awat lagu ni ? Kot tak sedar lagi ke yang kita ni dah sampai ke akhir zaman ??

Haish …

Fesyen Anugerah Skrin : Ketupat pulut ke ketupat basi ?

image 

Nampak cam mummy poko pon ada ..


image

Hari tu dia salahkan mamat sebab dedahkan gambar dia tak menutup aurat .. Ni kali ? Ke ada sapa sapa tersalah upload gambar dia ke FACEBOOK lagi ?

Maaf la yer .. aku bukan anti Fida atau mana mana artis .. tapi kena la ingat , awak tu ada yang mengikut contoh .. Kan bagus bagi teladan yang elok elok …

“ Ni tak elok ke ??  “ … Pikiaq la sendiri nok …
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI