Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 November 2011

Masuk KL je , tension terus

Arghh... Jammed dr tadi .. Ni nak singgah umah orang tua aku jap .. nak bg gulai tempoyak ikan patin td ..

Tak best la isi perut sendiri la kan ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

SubhanAllah .. Antara hujan dan tidak .. Pelangi muncul kemudian

Ingatkan nak hujan .. hehe .. hujan pon tidak , pelangi yg hadir .. pastu panas kembali ..


Alhamdulillah , sepanjang jalan tadi cuaca panas terik kecuali di Kuantan jap tadi. Hujan turun menghilangkan rasa bahang dlm kereta ..

Kul 5 dah ni.. entah kul berapa nak sampai rumah .. Oh ya , bagi mereka yg Temerloh ni , jgn tak makan masakan ikan patin di sini .. Dulu aku pun tak minat .. bila dh kena seround , aku rasa macam dah jadi adik beradik ikan patin lak ..hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ah .... resepi ikan patin ku

Akhirnya .. tadi termasuk jalan lama .. Nun kat Gambang .. Maka , sementara tunggu nak jumpa jalan besar tu , sempatlah aku memikirkan resepi untuk mlm ni ..

Tadaaaa... Tu diaaa... Siap dah aku masak dlm kereta tadi !! Ni namanya ikan patin masak tempoyak .. Resepi turun temurun ni .. tak leh kongsi bersama orang lain ..

Tapi kalau nak tau gak , g je RNR Temerloh .. aku pun beli kat situ je.. heehe..Last aku makan kat sini , sblm wife mengandung .. waaarghh , power ranger ikan patin ni.. ! Haahaha..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tisu kehabisan stok di Mcdonalds cawangan Kerteh

Baru sampai Kerteh .. Kelajuan kereta yg dibenarkan ,bawah 100 kmj.. Maklumlah , ada perempuan ngandung dlm kereta .. heh..

Ngantuk .. mata pedih sbb silau menyebabkan aku ngan wife berhenti sebentar di Mcd , Kerteh..

Cuaca , panas terik .. 38.6 darjah cel.. Teringin aiskrim + pepsi.. weee.. Tisu tak pulak dia bagi .. Maka aku g mintak ler ..


" Dik , tisu ada ? "


Dia pon mencari cari kat kaunter tu ..


" Ada sehelai jer .."


Tergelak aku dlm hati .. Mcdonalds niii .. Bukannya kedai awe atau mamak !

Sengih je aku .. Aku pandang mereka yg lain .. mmg takde tisu kat atas meja mereka yg baru order makan ..

Mcm mcm laaa ... Pasni nak singgah Kemaman lak .. pekena sata ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tamo dah duduk Primula Beach !!

Semalam , waktu sampai kt Kuala Terengganu , perkara pertama , cr hotel utk menginap semalam ..

Primula bukanlah sasaran memandangkan dah pernah nginap situ .. Bilik biasa tapi harga mahal ..200++ .. Bukan tak mampu tapi tak berbaloi.. Bilik kecik jer..

Tapi , memandangkan aku dah penat maka suruh gak la wife g tanya kat reception hotel tu ..

10 minit kemudian , dia datang kembali dengan muka bengang .. Tau nape ?? Macam acuh tak acuh jer kakitangan hotel tu menjawab soalan .. Mentang mentang hotel penuh terus eksen !

Huh .. mmg yer pon .. yang tukang bukak pintu hotel tu pon tak retia nak senyum ..

Kemudian , kitorang g Sumai Hotel n Apartment yg terletak berhampiran.. Harga ok , layanan pon ok.. Bilik ? Ada astro n wifi free lagi .. heh..

Puashati la kalau nak lepak sini .. Taamo dh Primula.. weeekkk ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Serius ! Minggu depan aku mulakan segalanya

Serius mula diet semula nehh !! Yelah , skg ni rezeki dpn mata ..kenaa mkn .. pasni tak kira dah ! Demi masa depan yg cemerlang dan terbilang , aku akan mulakan diet ku ini !!

Aja aja fighting !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Err.. Motorola ke HTC ? Samsung ? Blackberry ?

 

Nak beli mana satu eh ? Motorola baru keluar dengan Motorola RAZR ..

image

Htc dengan  HTC Sensation XE ..

image

Samsung ? Blackberry ? Setakat ni , belum mampu menawan hatiku ini .. Hehehe ..

Jadi , antara Motorola dengan HTC ni mana satu pilihan hati aku ? Hurm.. hurm.. korang tau punyaaa…. Aku tetap pilih HTC kerana sejak aku guna Tytn 2 dan Desire HD , aku sangatlah berpuashati .. Tapi HTC HD2 yang guna platform windows , aku menyesal la membelinya ! Hampeh ! Hampeh sbb guna windows mobile .. Adoi.. sangat tak best !

Motorola RAZR walaupun menarik tapi masih belum mampu membuatkan aku berpaling dari menggunakan HTC .. Ini kerana aku yakin dengan ‘kemampuan’ HTC berbanding MOTOROLA yang baru ‘join’ dunia smartphones ni ..  Namun begitu , ada ciri-ciri RAZR ni mmg best laa… Kira mampu mengoda aku gak la.. Jika tiada HTC ni , mungkin RAZR pilihan aku..

HTC Sensation XEpula  didatangkan kali ni dengan beberapa ciri-ciri yang sangat menarik jiwa aku … Sebenarnya Sensation XE ni lebih sesuai dengan perempuan tapi aku tak kisahh !! Kalau ada duit terpijak atau sapa sapa nak sponsor , aku nakkkkk punya … Heheh.. Gila ! Harga dipasaran , aku tak pasti tapi aku rasa mampu dimiliki punya ..

 

image

HTC FOREVER !! Ahaks .. Iphone ? Erk…

Takkan maju blog kita kalau berfikiran begitu

 

Kalau blogger otai tulis pasal itik berak kapur , pon mesti ramai like punya kan ? Mesti ramai setuju kan ?

Aku tak setujuuuuuuuu .. Nape ?? Mula mula , kita selak semula kitab blogging kita .. Apakah itu blogger otai ?? Otai merujuk pada OLD TIMER atau dalam bahasa pasarnya , ORANG LAMA la kan ..

Berapa ramai orang lama dalam dunia blog ni punya pembaca setia atau sekali update beribu ribu ribu ribu orang mai masuk baca ??? Haaa… Serius kata , Dalam 10 tu , belum tentu lepas 5 !! Lagi 5 tu , menulis kerana sememangnya mereka suka menulis tanpa apa apa ‘balasan’ pon ..

‘ Blogger otai ‘ kedua merujuk pada blogger blogger yang punya ramai pengikut atau follower .. Jangan tak tau , ada yang baru blogging tahun ni pon dah meletop letop cam gunung berapi ! Apakah mereka juga layak digelar otai ? Ada yang akan kata  YA dan ada yang akan kata TIDAK !

Kesimpulannya , bagi menarik pembaca ke blog kita , kita perlukan satu aura dalam penulisan kita ! Dapatkan aura itu , kemudian apa yang perlu kita buat untuk awalan dalam dunia blogging ni ialah promosikannya.. Itu yang paling susah .. Tetapi dengan gabungan kedua dua itu , insyaAllah …

Aku sendiri pon mengambil masa lebih setahun untuk mempromosi blog aku ini .. Namun sehingga kini , aku masih jauh ketinggalan berbanding blogger yang baru berblog tetapi telah berjaya mempunyai ribuan pembaca setiap hari ..

Dalam erti kata lain , JANGAN MUDAH PUTUS ASA JIKA INGIN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG ! JANGAN CEPAT BERI ALASAN ATAU MENYERAH KALAH ..

Semangat aku pada mula berblog , ‘BAGAIMANA AKU NAK KASI MEREKA YANG POPULAR DALAM DUNIA BLOG INI TAHU AKAN KEHADIRAN BLOG AKU INI ???? HELLOOOOO , SAYA BEN ASHAARI ..”

Cabaran yang aku pikul … dan aku sukakannya..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI