Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 12 November 2011

Kalau cari guna lubang hidung

 

“ Beli nasi ayam Gemas ? “

Hurm…. Apa nak buat.. Dari aku kena tinggal berdua ngan pembantu rumah  harian ni , baik aku g cuci mata kat luar .. Atas arahan , mencari nasi ayam gemas di Precint Diplomatik ..

“ Hurm.. kat mana eh ? Aku tak ingat pulak .. “

Padahal aku yang bawak wife g makan dulu ! Skang aku pulak yang lupa.. Mau 3 kali pusing aku kat Precint Diplomatik tu .. Tak jumpa jumpa gak.. Akhirnya , aku call tanya wife ..

“ Kat depan bank semalam yang g tu ler .. “

Owh …

IMAG0857

Tersorok ! Camana nak nampak ! Kononnya la tersorok , padahal depan mata !! Tu laa aku .. Cari lagi dengan lubang hidung .. Mana nak jumpa ..

IMAG0858

Tu la dia…Depan restoran Thai ngan bank Mualamat jer .. Haihhh.. Ni mesti sbb aku lapar ni.. Baru nak makan pagi , tengahari dan petang sekali gus !

IMAG0859

Beli sudah … 4 bungkus .. Satu wife , satu pembantu rumah tu dan satu lagi aku .. Baki tu ???? Sapa mau ? Eceh.. wat wat tanya pulakkkk …

IMAG0862

Dari dulu sampai sekarang .. mana cukup sebungkus !! Jemput.. Hurm… Sedaaaappp ….

Alhamdulillah .. selamat kembali bertugas ..

 

image

Baru balik dari menunaikan haji , terus sambung kerja PM kita ni.. Alhamdulillah.. Rajin betul .. Isterinya pon turut serta .. Bagus bagus.. Ikut je mana suami pergi .. Heheh.. Contoh isteri dunia akhirat yer ..

Eh , aku tak kata apa apa pon .. Hehehe..

 

Gambar menunjukkan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua kanan) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Honolulu, Hawaii, hari ini bagi menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di Amerika Syarikat buat pertama kali sejak 1993. - Foto AFP

Make up tutorial untuk lelaki

Hampeh ! Hahaha.. Memang sempoi arrr bro .. Aku nak buat vlog gini ? Mau kena tidur luar rumah jawabnya aku nanti ... Lawak je laa ..

Terbaekk video nih !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jalil Hamid balas dendam kat Chef Wan

 

Bukan bergaduh ler.. tapi Jalil Hamid membalas kritikan Chef Wan dengan bijak dalam Maharaja Lawak Mega pada minggu ini setelah dikritik teruk minggu lepas oleh Chef Wan .

Bagusnya , kedua dua mereka ini tidak melenting.. Hahahah.. Memang profesional betul la diorang ni.. Tabik pada Jalil Hamid dan Chef Wan .. Ini baru OTAI namanya ..

Jom layan yang minggu ke dua punya dulu ..

Komen Chef Wan membangkitkan Jalil Hamid .. Tahniah Chef Wan kerana berani … Setidak-tidaknya Jalil Hamid bangkit dari ‘lenanya’ .. Tapi ada harganya juga , kan Chef Wan .. Hehehe.. Sekadar gurauan je tu .. kan Jalil Hamid kan ?

 

Tahniah buat kedua-dua otai ini .. hehehe.. Caiyok !!

Telah berlalu 11.11.11

 

Heh .. Telah berlalu 11.11.11 .. Ada yang kata mereka yang taksub atau dok pikiaq apa la sangat best pada nombor ni , bagi aku mudah jer .. Masing masing punya hak .. Walaupun sekadar tarikh atau nombor ianya tetap satu yang unik .. Contoh la kan .. bagi mereka yang menikah semalam ;

“ Bila kau menikah ?  “

“ Oh , 11.11.11 ..”

Senang nak ingatkan ? Cuba tanya aku atau mak bapak korang atau jiran sebelah rumah .. Bila mereka menikah  ? Mesti tergaru kepala punya.. Tapi bila buat pada tarikh yang unik , sepantas kilat ingat seperti harijadi atau kali pertama kereta kena calar .. Perghh..

Ada yang kaitkan dengan agama .. Pleaselah .. Jangan cari isu murahan .. Tarikh kemerdekaan .. Tahun baru .. Maulidur Rasul .. Maal Hijrah , semua itu sekadar tarikh .. Tapi yang penting adalah apa yang berlaku pada tarikh tersebut ! Sama juga 11.11.11 .. Bila kita tak mengisinya dengan sesuatu yang menarik dan juga unik pasti ianya cuma tarikh tarikh biasa yang lain ..

Bezanya ialah , 11.11.11 mudah diingati dan takkan dapat nombor tu dah pada kalendar lumba kuda tu lagi sampai bila bila .. Ianya dah berlalu ..

Mereka bukan taksub pada angka bagi aku .. Mereka nak mengisi peristiwa pada tarikh itu kerana angkanya yang unik .. Sekadar angka jer .. Tu je .. Tak salah pon kan ?

Walaupun angka , ianya pasti  bernilai jika kita mengisinya dengan perkara berfaedah dan bermakna ! Lainlah ada yang menghabiskan hari dengan membuta jer pada 11.11.11 atau g dating mahupun nak berkapel pada tarikh ni .. Yang ni betul la kata ustaz tu … Hehe.. Apa dia kata ? Tu korang kena cari sendiri..

Kemaruk rindu aku ni rupanya

 

Serius giler aku rindu nak pergi Langkawi.. Ni dah sampai termimpi mimpi dalam mimpi ! Haa.. Camana tu ? Ala , cam umpama mimpi dalam mimpi laa.. Tak tau ? Kang malam korang cuba buat .. Terngahari tak jadi..Tengahari nanti jadi mimpi basah lak ! Hahaha.. Jangan marah eh.. Kang Faizal Fredly kata aku gersang lak.. Hahahha.. Sabaq bro..

image

Kali terakhir aku pergi Langkawi 2009 rasanya .. Apa yang menariknya ? Entahlah , aku spesis tenang bila lihat laut yang membiru .. Damai je rasanya .. Bila bayu laut menyapu pipi , ahhh.. rasa tenang sekali.. Eceh..

image

Dua buah hotel yang kat sana bagi aku ok untuk melepakkan diri , Awana Porto Malai dan Pelangi Beach .. Tapi paling best Pelangi la… Heheh…

Bila nak pergi ni.. Ramai gak blogger yg aku kenal ada kat sana .. Minggu depan ada opis aku ada buat  retreat ke Langkawi tapi aku malas nak pergi .. Takde feel nak pergi .. Tak tak tau la nanti .. Hurm..

Aku nak bawak orang tua aku sekali pergi ni.. Tengok la camana nanti .. Ada rezeki lebih , boleh la belanja diorang kat sana nanti .. InsyaAllah ..

Gambar yang lain sewaktu aku di Langkawi  leh baca di Negeri2 Dlm Malaysia Yang Best Bagi Aku ..

Macam tak percaya ! Dua blogger femes berkongsi harijadi rupanya !

 

Rupanya diorang ni sama bulan dengan aku .. Huhu.. Patut la degil cam aku gak.. Hahahaha.. Sapa eh ??

 

Yang pertama , kita bagi anak dara dulu eh ..

image

Cik mek molek yang aku kenal seawal mula blogging dulu.. Hehe.. Blog dia mmg hot gitu la terutama di kalangan lelaki.. Entri yang sememangnya tiada tapisan dari LPF .. skang ni kira dah bertapis gak la.

OK ok .. Selamat harijadi cik LOLLY LUVFAREDA .. Semoga terus sukses dalam dunia blog .. 

http://lollylurveff.blogspot.com/

 

Dan yang kedua , Dr EqbalZack … Si ‘bujang’ yang seusia dengan aku .. Kot ? Ye kot ? Ke aku muda lagi ? Aku rasa aku muda lagi .. Heheh.. Muda hari je ..

 

image

Walaupun kitorang ni dekat je tapi belum ada rezeki untuk berjumpa.. Aku kenal dia pon seawal aku mula blogging tapi dia lebih lama dari aku ..

Selamat harijadi bro ! Semoga tercapai cita cita ..

http://www.eqbalzack.com

Amerika nak serang Iran ? Hehe .. lawak apa ni ?

 

Pergh… dasat .. Naik muak aku dok baca atau dengar yang Amerika ni nak serang Iran tapi tak serang serang jugak .. Kenapa eh ? Mungkin ada yang pelik tapi aku tak pelik pon .. Kenapa ? Tu korang kena cari jawapannya.. Aku jumpa dah jawapan aku tu ..

Berita terikini mengatakan Amerika memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin melancarkan serangan ke atas Iran sambil menyifatkan ia akan memberi kesan serius di rantau itu tanpa meninggalkan kesan menyebabkan program nuklear Iran dapat dihentikan.

Tengok , dah macam tu pulak cakapnya .. Dulu masa nak serang Iraq yang kononnya ada senjata nuklear , mereka main serang je .. Sama gak dengan Afganistan .. Satu per satu negara Islam tumbang .. Dan kira Iran ni kuat sangat la eh ?

Hehe.. Percayalah , Amerika takkan serang Iran .. Kenapa dan mengapa , sila carilah jawapannya .. Mmg best sekali jawapannya .. Ternganga pon boleh jadi gak.. Huhu..

Entahlah .. kita ni asyik main angguk jer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI