Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 November 2011

Boleh tak cucuk untuk dapatkan lesung pipit ?

 

image

Ada yang teringin nak cucuk untuk dapatkan lesung pipit ke ?? Itulah keyword yang paling pelik hari ini yang tersangkut kat blog aku ni ..

Adoi .. makin mengarut la manusia ni .. Sampai nak dapat lesung pipit sanggup eh kena cucuk ? Haishh… mengarut  benor dah ni… Persoalannya , ada ke eh ??? Kalau ada , aku pon nak gak laa… tapi nak dagu lekuk.. boleh ? Cam mamat bawah ni.. hehehe ..

image

OK tak ? Ok tak ?

BEN ASHAARI dan Rakan Blogger

 

The Right Round :)

ASSALAMULAIKUM and HAI :) Love to be friend and make friend , student of smk tiwa . sweet salty sour bitter fourteen :) stay at IPOH and BATU GAJAH :)

 

AriezFadhli.

Seorang lelaki  Winking smile

 

@zfelton

Hello-PEEPS,STALKER,ANYTHING that I can call you. Bhahaha :). BTW, I'm just a kid named Zarieth and Bieber as my short name. 15? Single but I'm available to the people who needs me? *Promo diry lah* :)

 

123 Go!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hi people! I'm Nur Hidayatul Solehah Bt Putra Abd Rahman. For short, Hidayatul.I'm 19 years old in 2011. I say and write whats on my mind. Wanna know more bout me, let's checkiddouutttt.. ;D

Macam inilah yang kita mahukan

 

Alhamdulillah .. sejuk hati membacanya .. Mungkin ada yang cuba mengaitkan dengan publisiti murahan atau politik , maka ada baiknya yang ini kita bersangka baik .. Apa salahnya bukan ? Duit dia dah berlambak lambak.. Tak salah buat kebajikan .. Jangan fikir bukan bukan..

 

image

Dari KOSMO

Kesedihan tiga beradik yatim piatu selepas kehilangan ibu yang maut dalam kemalangan awal pagi kelmarin sedikit terubat apabila mereka diambil sebagai anak angkat oleh seorang pengusaha produk kesihatan terkenal.

Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, beliau akan menanggung segala perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk belanja sekolah tiga beradik itu.

“Saya berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan perbelanjaan sara hidup setiap bulan akan saya tanggung.

“Sekiranya ketiga-tiga beradik ini cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian ke universiti, saya juga akan tanggung perbelanjaan untuk menghantar mereka ke sana,” katanya di sini semalam.

Pelik ? Eh tak la.. inilah negara ku ..

 

 

image

Zassss !!! Terus jadi isu panas ! Kena gam lagi kauuu !! EHek..

 

image

Eh , tak pe la.. dia berkemban je.. Dulu pon perempuan melayu berkemban waktu mandi kan ? Tak salahkan ? Kalau salah , lama dah kena amik tindakan..

 

image

Ala , biasa la ni .. fesyen .. kena open beb !

 

image

Haa.. ni baru best !! Open !!

 

Eh , hairan ke ? Apa pulak.. Jom g Bangkok .. Tolong mangsa banjir kat sana… Dulu Bangkok pon open gak..

Makan malam @ Penang Village, Alamanda Putrajaya

Saja nak ubah selera . Wife teringin nak pekena durian .. Kebetulan pulak ada kat sini cendul durian dan chae keow teow ..

Aku nk makan sesuatu yg ringan maka keow teow sup adalah pilihan aku ..

Hurm .. harga ? Korang mampu punya .. Sedap ? Aku syorkan korang pekena cendul durian .. hehe .. Memang sedap woo...

Layanan? Hehe.. Ala hotel gitu laa.. haha .. sampai aku nak makan pon naik segan .. Kena control gitu..

3.5 bintang dari aku .. hehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Macam la kau tu baik sangat !

 

Betul kan ? Bila seseorang menegur kita , lalu kita akan kaitkan dengan kisah silam dia atau pon sekarang ini .. Seolah macam la dulu dia tu bagus sangat.. Mentang mentang sekarang dah belajar agama skit skit , dah pandai nak bagi tazkirah kat orang.. Huh !

Amik contoh la kan .. Bila kita ditegur pasal berpegangan tangan padahal nikah pon belum .. Haa.. Pastu sah sah melenting lalu kata ..

 

“ Ala , kau dulu bercinta pon pegang tangan gak kan ? “

 

Sedangkan niat orang yang menegur itu adalah kerana Allah dan tidak mahu dia mengikut jejak langkahnya sekiranya dia pernah buat begitu satu tika dulu.. Adalah satu penyesalan baginya dan tidak mahu kenalannya mengikut kesalahan lampaunya.

 

“ Aku tegur ni sbb umur aku panjang sampai sekarang ni .. Jadi aku dah taubat .. Sangat menyesal dengan perbuatan aku dulu dan tak nak la kawan kawan aku begitu …

 

“ Ala.. nanti aku taubat la cam kau taubat .. Kau dah puas .. boleh la cerita .. Aku ??  “

 

“ Kau tau ke berapa lama kau boleh hidup ?  “

 

“ Eh ,kau ni.. doa aku macam tu pulak ! “

 

“ Bila aku mintak kau lakukan kebaikan , kau marah aku.. Bila aku cakap sesuatu yang nampak buruk , cepat pulak kau melenting.. Aku tegur sebagai seorang kawan .. Kalau kau tak nak ikut , tu hak kau .. Bahagian aku dah lepas ..  Itu saja .. Lagi pun , aku buat kerana Allah dan kau kawan aku .. Tak mintak pon duit kat kau ..  “

 

“ Tak payah.. Aku tak perlukan nasihat dari orang seperti kau ! “

 

Kadang kadang , jawapan begini yang kita terima .. Apakah dia terlupa Nabi Muhammad s.a.w pun ada memberi ‘nasihat’ pada umatnya ? Dia terlupa ke yang itu ? Atau perlukah dia diingatkan kembali akan kata-kata dari Allah mengenai perbuatannya itu ?

Bila dah terlalu sedap , maka kita akan cari alasan untuk membela perbuatan kita .. Apakah alasan kita itu boleh digunapakai di akhirat kelak ?

Aku sendiri pun punya dosa silam .. Dan aku amat menyesalinya.. Maka aku harap , pembaca aku terutama yang muda muda dan masih mentah jangan cepat melenting akan teguran mereka yang lebih ‘berpengalaman’ .. Jangan sangka matang itu sudah cukup mengharungi dunia masa kini ..

Lebih baik kena ketuk dari terantuk !

Itu antara artis tu ngan Tuhan laaa ..

 

“ Aku minat giler la kat minah tuuu … seriuss  “

 

“  Hurm… Aku tengok dia , biasa je la.. Samaa je seperti yang lain.. Takde la sampai nak buat aku sebut ‘Wow’ tiap kali dia menyanyi .. Tapi ok la.. rezeki dia .. Cuma aku tak gemar tang pakaian dia tu ..  “

 

“ Eh , nape lak .. Ok per ? Sekurang-kurangnya dia bertudung abis.. Tak nampak rambut pon .. Haaa.. ok la tu kan ?  “

 

“Islam suruh bertudung ke menutup aurat ? Lagi pun , dia kan ramai peminat terutamanya perempuan yang muda muda ni.. Kan bagus dia jadi satu contoh yang bagus untuk diikuti terutama tang agama tu.. Secara tak langsung , dia berdakwah gak kan “

 

“ Alaa.. biar je la .. Tu antara dia ngan Tuhan laa.. Kita sapa nak tegur dia ??  “

 

“ Kau kata kau minat dia .. Antar la email ke.. Atau tulis kat wall Fb dia ke ..Tweet dia ke.. Sekurang-kurangnya kau adalah peminat yang mengambil tahu hal dia .. Tu baru peminat .. Bukan time menang baru berteriak gembira.. Tang lain , lantak pi laa.. Aiseman , hang nii .. “

 

“ Ahh… biar je laaa… “

 

“ Haih … peminat la sangat .. Cait … “

 

 

Surah Ali Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

 

Wallahualam …

Nak pakai ketat ? Ler , pakai jer …

 

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “

 

“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “

 

“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “

 

“ Er .. ayah je la carikan .. “

 

“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari..  “

 

“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “

 

“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “

 

“ Erk.. “

image

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

Bukan LGBT jer patut kena bagi motivasi !

 

Lesbian, gay, bisekual dan transgender (LGBT) akan dibantu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui program program yang akan diadakan nanti .. Baguslah gitu kan ?

Tapi aku nak jugak la JAKIM serta NGO yang ada di Malaysia ni turut sama memberi ‘ceramah’ terbuka dengan mengedarkan risalah risalah kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam mengenai tatacara pemakaian sebenar yang dituntut dalam agama ..

Apa kata kita mulakan dengan pemimpin dan  artis ! Artis mempunyai peminat di seluruh tanah air .. Isu amik ringan ‘ asal buat ‘ sekarang menjadi satu trend atau fesyen..

Bila ustaz kata , ‘biarlah ,janji mereka tutup aurat ( bukan seperti yang dituntut dalam Islam ) .. Kita doakan mereka agar terbuka hati satu hari nanti .. ‘ , maka makin ramai la bersorak gempita ! Seronok la sebab ramai akan doakan mereka.. Tapi mereka pulak bagaimana ? Sementara dok tunggu nak berubah , berapa ramai yang akan ikut cara  mereka pulak ?

Apa yang patut dibuat ialah , adakan sukarelawan di jalanan .. Bagi risalah , penerangan secara terbuka di mana mana tempat yang sering menjadi tumpuan ramai ..

Ini negara Islam .. Maka buatlah cara Islam .. ‘Mereka’ sering guna pakai alasan ‘ kau sapa nak tegur aku ?? Ustaz ? Ulama ? ‘ untuk menolak ajakan berpakaian menutup aurat terutama dari rakan rakan sebaya ..

Apa yang aku nampak sekarang , semakin lama semakin teruk fesyen berbungkus di kepala dan ketat di badan ni .. Sapa nak mainkan peranan untuk menegur semua ini ?? Kalau takat dalam akhbar , tv , tak jalan dah !

Badan kebajikan Islam dah kena turun padang .. Jangan takat nak serbu hotel untuk cegah maksiat tapi kita kena mulakan dari akar dahulu ..

Betul , sapa suruh tengok kan ? Masalahnya SAPA SURUH PAKAI !

Masalah amanah ..

Baru ada signal . Sejak semalam nak update tak boleh .. Idea ada ,signal takde .. jadi , aku rehat je la kat umah org tua aku ..

Ni baru nak balik ke Putrajaya .. Sblm tu berborak sat ngan mak aku .. Hurm .. macam macam isu .. bermula isu pembahagian daging korban .. sbrnya dari dulu aku pelik .. mana satu yg layak dpt dan mana satu tak payah la beria nak amik .. Yelah , kalau sampai yg dtg amik tu pandu kereta mewah, apa kes kan ? Takkan nak amikkan utk maid dia .. belikan jela kalau gitu .. bg pada yg betul betul layak .. Ada pulak yg pikul amanah pembahagian tu utamakan saudara mahupun kenalannya ..

Haih .. susah betul bab dunia ni ..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI