Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 18 November 2011

Baru gerak , dah berenti rehat ?

Saja nak lambatkan masa .. Kira santaikan saja perjalanan ini ..

Berenti kat RnR Rawang .. Hurm.. pusing pi pusing mai .. kot terjumpa makanan yg menarik .. hehe ..

Jumpaaaa.. fevereeett.. bihun singapore n keow teow bersama telur mata .. weeee.. maakkann timee ..

1140 .. sambung gerak ke Kuala perlis .. aku layan Raya tak jadi dlm hp aku neh ..

Tunggu mata terlelap .. penat tapi tak leh tidur lagi .. dah biasa drive .. Ke nak aku bawak je bas neh ??

Published with Blogger-droid v1.7.4

Bertolak ke Kuala Perlis

Aku , orang terakhir sampai dan juga orang pertama yg akan balik nanti .. hehe..

Otw ke Langkawi .. ada kursus kat situ . Dijangka sampai kat sana , subuh nanti .. Ada dah blogger nak jumpa aku kat sana nanti ..hehe..

Ikut jadual , Isnin baru balik tapi aku balik Ahad sbb ada kursus lain lak Isnin tu ..

Nampak gaya tk sempat nak pusing pulau nanti .. Apa ? Kirim ceklat ?? Aku bawak duit cukup utk makan malam esok je nih .. hahaha..bapak kedekut !!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jemput ..

Lama tak makan kat Secret Recipe .. Malam ni nak bertolak ke Langkawi jadi luang masa ngan wife sat .. hehe.. Jemput eh ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cara mudah nak dapat publisti tapi kurang ajar !

 

Bagi aku , inilah antara iklan paling murah di dunia ! Cara paling cepat nak dapat publisiti untuk menaikkan nama produknya !

 

image

Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.

Dalam poster tu , korang leh nampak  imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb yang juga pemimpin Sunnah disegani ..

Sangat kurang ajar !  Haih.. macam macam cara nak jadi ‘juara’ ..

Azmeer hampeh !

 

image

Ada sekali tu aku layan Vokal Bukan Sekadar Rupa kat Tv3 .. Masa tu Erra tak jadi juri tetapi digantikan Ziana .. Mungkin dia ada hal kot..

Haih .. bila aku dengar kritikan dari Azmeer , aku jadi meluat gila !! Nak ‘mendidik’ pun jangan sampai menjatuhkan maruah orang … Apakah ingat semua yang berada atas pentas tu teringin gila nak jadi penyanyi? Mungkin mereka sekadar nak ‘try test’ untuk membuktikan mereka juga mampu menghasilkan sesuatu.. Tapi jangan la sampai nak berlagak ! Hampeh !! Macam la dia tu bagus sangat ! Anak didik dia pun ari tu hancuss.. Caitt..

Sori la.. aku tak layan dah rancangan tu dah sbb dia .. Mungkin ada yang boleh terima atas alasan dia nak mendidik atau nak bagi kata peransang .. tapi jangan lupa adat ketimuran .. Yang atas pentas tu bukan budak tadika ! Budak tadika sekarang pon nak tegur kena guna otak .. Kalau main sembur je , g jadi juri kat  penjara ..

Awak sendiri pon baru tahap nasional je bang ! Sekadar penghibur je gak.. Tanpa peminat , awak tu pon sama je macam atas pentas ..

Cam dia gak aku kan ? Hahahha…

Wajib merokok ke selepas mkn ?

Aku senantiasa tertanya pada diri aku , sedap sangat ke merokok ni ??

Dulu ada gak member cuba meracun aku suruh merokok .. Katanya tak jantan la tak merokok .. Lalu aku sahut cabaranya .. Suruh dia letak semua jenis rokok depan aku .. hehe.. Aku nak try satu per satu .. Itulah kali pertama dan terakhir aku sentuh rokok ..

Kesimpulan ... Aku rasa mulut aku macam ekzos kereta.. sekian.. Nak kata lebih , ramai kawan pembaca aku ni kaki .. hehe..kang terasa lak .. sowiee eh ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nasib baik depan rumah ..

Aku selalu dok fikir , bila dan di manakah tayar kereta ku ini akan buat hal ..

Malam tadi perasan dah sewaktu aku pam kesemua tayar kereta ni dn tyr belakang pancit semacam tp tak la syak bocor ..

Pagi ni , wife perasan tyr belakang mmg out of service terus !! Aku yg takde penglman tukar tyr tetapi bersyukur la pernah belajar menukar tayar sewaktu kursus memandu dulu .. maka boleh la menukarnya dan pandu ke stsn minyak berhampiran rumah aku .. syukur ada kedai tyr sekali..

Nasib baik terjadi sewaktu aku ada ..malam ni nak g Langkawi dah .. tinggal wife sorang .. nasib baik hal kerja .. haih ..

Pulak tu Ahad ni nak ke Port Dickson .. mmgb bernasib baik jadi di awal pagi ..

Ni nak tunggu kedai tayar kat Petronas Precint 16 bukaj..kul 930 pagi baru buka.. Makan la dulu jwbnya ..

Nasihat , amik tahu pasal kenderaan anda terutama tentang tayar spare dn cara menukar tayar ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Iklan : Promosikan Blog Anda Di Syoknyerblogging

 

Minggu lepas aku sudah postkan 5 sebab mengapa perlu sertai syoknyerblogging di http://www.benashaari.com/2011/11/5-sebab-kenapa-perlu-join-forum.html . Kali ini aku ingin mengajak kawan2 untuk mempromosikan blog di syoknyerblogging.


1) Postkan link anda di menu link syoknyerblogging. Untuk posting kene mendaftar di syoknyerblogging. Untuk daftar klik http://syoknyerblogging.com/v1/index.php?app=core&module=global&section=register .

Selepas daftar hendaklah mengesahkan email dengan pergi ke email dan klik link activasion.


2) Selepas itu login ke syoknyerblogging http://syoknyerblogging.com/v1/index.php?app=core&module=global&section=login .

Selepas daftar korang boleh login menggunakan twitter atau dengan facebook


3) Untuk tutorial mempromosi link di syoknyerblogging bolehlah lihat di forum SB di http://syoknyerblogging.com/v1/index.php?/topic/1489-cara-promosi-link-blog-di-syoknyerblogging/

Jemputan ke FESTIVAL FILEM MALAYSIA ke 24

 

IMAG0941-1

Oh..FFM yang ke 24.. Aku dah confius dengan Sukan SEA yang ke 26.. hehehe.. terbalik sudah ..

Berbalik kepada FFM … Jutaan terima kasih kepada saudara En.Martias Ali dan isterinya , yang mana seorang blogger yang amat peramah dan juga seorang penulis skrip drama/filem , kak Adza Irdawati , kerana sudi menjemput aku dan isteri .

Malangnya wife aku takbeberapa boleh nak join semua ni buat masa sekarang .. Tak larat katanya dan cepat pening.. Hehehe.. Nak wat camana.. dah 5 bulan..

Dan juga terima kasih buat adik aku yang sudi g amik kad jemputan ini di FINAS .. Aku tak sempat nak amik sbb kerja.. Hehehe.. Susah nak lari g time kerja..

Dan pastinya hujung minggu ini jadual aku padat giler.. Esok malam , aku nak bertolak ke Langkawi dan pulang pada pagi Ahad untuk kejar ke FFM pulak.. Isnin tu lak , nak ke Port Dickson sbb ada urusan kerja.. Rabu baru balik.. Nasib baik duk kat hotel best kedua duanya ni.. Hehehe..

Tak sabar nak g FFM ke 24 ni.. Bukan pe.. nak tengok fesyen artis klwood masa kini.. Ikut trend la katakan.. Heheh.. tak la.. Saja nak tengok live.. Sesekali .. Walaupun bukan minat sangat.. Tapi sebab pelawaan dari En.Martias Ali dan kak Adza , maka aku g la..

Mungkin aku akan g ngan geng blogger aku , Broframestone dan Ujang.. Tu pon kalau dia tak g Sarawak.. Apa apa pun tunggu ahad ni… Heheh.. Aku buat entri live dari sana.. Auwww… Hahaha…

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI