Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 November 2011

Malaysia tawan Indonesia , SEKALI LAGI !

 

Tahniah pasukan Malaysia aka Harimau Malaya ! Satu semangat yang mmg sangat mengagumkan .. Berdepan lebih 100 ribu penyokong , Harimau Malaya berjaya menutup mulut penyokong Garuda  dengan membuktikan kita lebih baik dari mereka dari segala segi terutama dari segi MENTAL !

image

Hero malam ini adalah semua pemain Malaysia termasuk yang berada di bangku penonton dan juga di depan television .. Tahniah buat mereka semua !

Tak tau nak tulis apa dah .. Bangga sudah pasti .. Sbb bukan saja dapat pingat emas tapi buktikan rakyat Malaysia punya semangat yang luar biasa !

Bangga punya MYKAD !

Gambar : Bharian

Alasan pasukan Malaysia kalau kalah ..

 

Masa menang hari tu  .. dah terpaksa guna ..

 

image

 

Bayangkan kalau kali ni kalau menang , kena guna ..

 

image

Haih … sian pemain kita .. Menang pon susah .. Kalah apatah lagi kan ? Tapi tak pe , mereka HARIMAU !!

Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA - 26 : Malaysia vs Indonesia

 

Dalam sukan zaman ini , ‘tiada guna’ jika dapat tempat kedua jika nombor satu dalam tangan ! Begitulah lumrah sukan sekarang ini .. Dalam bolasepak terutamanya , kalau juara , itulah yang akan dikenang.. No 2 ?? Heh ..

image

Bagi aku la kan , kalau mereka nak dikenang sebagai lagenda bolasepak negara , maka berusahalah berhabiskan untuk pastikan ‘korang ‘ layak dikenang !

Hehe.. itulah lumrah di negara ini.. Kalau kalah , maka ok jer la kata mereka… Balik pon tiada sambutan besar-besaran .. Cuba menang ?? Hehehe..

Maka wahai pemain Malaysia dalam apa jua sukan , maka pastikan anda no 1 ! Heh…

Untuk bolasepak malam ini , semoga berjaya … Pastikan pulang dengan bermaruah .. Kalah atau menang , belakang cerita .. Yang penting BERTARUNG SAMPAI MATI !! Barulah layak digelar Harimau Malaya !

Setengah hari di Corus Paradise Port Dickson , Negeri Sembilan

 

Penat gila .. Sampaikan aku drive dari Putrajaya yang sepatutnya cuma amik masa tak sampai sejam , jadi sejam lebih sbb tersesat entah ke mana mana .. Blur !

 

IMAG1035

Kelmarin menginap hotel yang punya kelas tersendiri .. Memang ‘wow’ termasuk bab makanannya.. Harganya pon mmg ‘wow’ gak la.. hahaha..

Hari ni , kursus diadakan di hotel Corus Paradise.. Hurm… Check in kul 2 petang .. Hurm .. Masuk je bilik , terus aku kata kat wife ,

“ Jauh benor beza .. “

Memang betul kata orang , kalau inginkan yang terbaik maka berusahalah untuk mencapainya .. Kalau nak hotel yang best , maka BAYAR LA LEBIH !! kan ? Hehehe..

Awal awal lagi aku hampa dengan service yang ada di sini .. Mintak seterika ngan board , punya laaaaa lama… Bila sampai , boleh guna setengah jam.. Best part , bila nak guna .. iron rosak ! Boleh ?? Mau tak mau , aku masuk bengkel dengan gaya rock !

Hurm… kalau nak lepak lepak , ok je kot sini.. Nak bercuti atau honeymoon , better g ke pantai timur kalau kosnya tak besar .. hehe.. Kenapa pantai timur ? Bukan utara atau selatan ? Sebab aku dah g belah timur .. Utara , Langkawi .. ok ! Cuma $$ banyak woo.. Sahih bini korang nak shopping !! Hahaha.. Elakkan g sana  kalau bajet rendah… hehe…

Apa apa pon , Malaysia pusat destinasi pelancongan terbaik ! Wah , mentang mentanglah keje ngan kementerian pelancongan.. hehe..

Ulangtahun perkahwinan ke 3 aku hari ni tapi ..

DSC_0272

“Bang , ingat tak ?? “

 

“ Ingat apa ?? “

 

Aku blur .. baru je sampai rumah dari PICC sempena FFM .. Sebelum tu , aku dari Langkawi .. Dah la tersangkut dalam kapal terbang , pastu ERL transit pon wat hal .. Sememangnya aku penat minda dan fizikal .. Memang tak ingat apa apa dah .. Nak tidur je aku tau ..

Tapi sewaktu kat Langkawi tu mmg aku plan nak beli hadiah kat dia .. tapi sure dia tak nak pakai.. Hurm .. Hurm… Hurm…

 

“ Serius tak ingat .. “

 

Aku blur.. Kepala semakin terawang-awang …

 

“ Hari ni genap 3 tahun perkahwinan kita laa “

 

“ Eh , hari ni ke ? Bukan esok ? Dah tukar ke ??? “

 

“Banyak la.. Lupa la tuuu “

 

“ Tak la.. ingat je.. Siap nak beli hadiah tapi ni mmg dah sangat letih.. Tak leh nak pk apa.. “

 

Part seterusnya , biarlah aku je tahu yer .. Hahahahha

 

Tu je la mampu aku bagi alasan .. Tapi mmg betul , aku sangat penat sekarang ni .. Dan aku sedang bersiap untuk ke Port Dickson lak.. Ada kursus di sana 3 hari .. Dan aku sangat letih !!

 

Balik dari sana , banyak lagi urusan nak kena settle kat opis .. Hurm.. camana aku nak berenti keje ni ??

 

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 3 SAYANG

Gambar FFM24 : Gaya Rambut Didie Alias

 

Bila aku tengok Didie Alias kat FFM24 dengan gaya rambutnya menarik itu , terus aku ingat pada seseorang yang amat aku kenali sewaktu aku kecik dulu ..

image

 

DSC_0176

DSC_0182

Sama tak ?

Macam macam gaya dan fesyen artis di malam FFM24 tu .. pergh.. Nanti ada jugak yang sound aku tunjuk aurat wanita neh ! Huh.. Tak pe , nanti aku delete.. skang ni , korang tengok la dulu yer..

Jangan taksub bila minat artis

 

Ok .. Dalam entri aku yang bertaju  Kalau nak bergambar , nak kena bukak baju ke ? nii nampaknya ada tak tak faham atau dibutakan dek kerana sebab tu gambar Aaron Aziz sehingga kata aku jeles ? Ekeke.. Lawak laa.. Kalau aku nak jeles , baik aku jeles dengan Rain tu.. Badan dia , perghhhhhhhhhhhh… Aaron aku nak jeles ?? Oh pls ler… Hahahha..

Isu tu mudah je… Bukan sbb Aaron Aziz tapi sbb kenapa setiap kali artis wanita bergambar mesti nak kena seksi bila .. Yang artis  lelakinya ada sehingga buka baju ..

Gambar Aaron tu ada yang kata tak buka aurat.. Memang laaaa.. Tapi ada tak korang nampak kulit perut si Aaron tu ? Kalau dah nampak pastinya korang tau dia pakai apa semasa shooting tu ? Buka la mata skit ..

Apakah perlu mereka ( artis )yang bergambar sebegitu rupa ? Apakah ini  kehendak jurugambar/wartawan tersebut ? Maka persoalan aku mudah saja , Kalau nak bergambar , nak kena bukak baju ke ? atau perlu seksi ke ?? Baru laris ?

Tolonglah jangan sampai taksub sangat hingga butakan mata hati sendiri .. Aku ada banyak keje lain dari nak jeles kat Aaron tu.. Tak de maknanya okeh ! Satu sen tak berbaloi .. Apa yang aku pk cumalah masa depan kita semua .. Sampai bila nak begini ?

Untuk bro Aaron .. Aku minat lakonan dia .. Mmg best.. Tiada isu skandal.. Bagus.. Tapi hati hati sbb ada mata memandang .. Jangan la ikut sangat kehendak ‘mereka’ tuu… Sendiri susah nanti..

Gambar FFM-24 : Ashraf Muslim dan isterinya

 

DSC_0166

DSC_0167

DSC_0168

Sama cantik dan sama padan .. Sejuk je mata memandang bila mereka lalu depan aku semalam .. Hehehe ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI