Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 November 2011

Apa ? Malaysia tewas ?? Cepat halang pemain Syria !!

 

image

Eh , sat sat … Kita kan , MALAYSIAN ! Bukannya Angry Bird yer . Lagi pun ianya cuma sebuah bola sahaja .. Sukan untuk beriadah.

Kemenangan’Penakut’ Yuna di AIM ditarik balik !

 

image

PENYANYI Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

Anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

-MSTAR

"Membelek ia sepuasnya, lalu kau terpikat....."

 

 

ads penaja2

 

Visit us at: http://mrsladysstylo.blogspot.com/

Nak berjaya dlm dunia blog ?

Bila dah mulakan sesuatu , maka buatlah bersungguh-sungguh hingga berjaya ..

Bila dah berjaya maka cabaran lebih getir yakni nak mengekalkan kejayaan tersebut atau tingkatkn lagi !!
Published with Blogger-droid v1.7.4

“ Awal Ashaari stim ? “

 

image

Hahahahah .. sapa cari nih woiii ??? Hahahaha.. Rasa rasa korang , lelaki serupa perempuan atau perempuan gatai yang cari ? Hahahhaha.. Adoi.. Dunia nak kiamat dah …. aiyoooo.. Apa kejadahnya semua ini ???

Entahlah … Apa apa pon , kita tunggu je la keputusan Malaysia lawan Syria malam ni .. Dari dok tunggu Awal Ashaari stim … Hahahahhaha.. Bengong…

Ben Ashaari stim tamo ka ? Hahahahhampehhh .. Ujang stim tuuu .. Hahahaha ..

Malang tak berbau walaupun kita bagus !

 

Inilah dikatakan malang tak berbau.. Tak kira dah orang tu mahir atau tidak , bila bila masa je boleh kena ..

Maka , janganlah bangga atau berlagak sangat nak kata diri kita ni dah cukup bagus atau matang .. Sekali Allah uji .. haaa… baru garu kepala nanti !

Zizie Ezette kini bergelar DATIN . TAHNIAH !!

 

congratulation-71

Terlewat aku .. hehehe .. tapi tak pe kan … ‘Menda baeekk punyaa..’

Tak sia sia jadi artis .. Dapat gak gelaran Datin .. kan ? Bukan senang wooo .. Lebih lagi jadi pasangan ahli politik terkenal di Malaysia .. Yang senantiasa bersuara lantang ..

Cakap serupa debu … hampeh ! Kalau aku pengundi kawasan dia , mmg kensel pangkah orang cam ni ..

Ada sapa nak jadi Datin lagi ? Banyak Datuk kat Malaysia ni ..

Bijak betul ‘mereka’ ..

 

image

“ Ayah , nak g mana tu ? “

 

“ Nak g stadium la.. malam ni Malaysia lawan Syria ! “

 

“ Oh .. ari tu Malaysia lawan Indonesia kan ? Ayah g tgk kat kedai mamak kan  ? Ni nak keluar lagi .. “

 

“ Bukan selalu ayah keluar .. “

 

“ Memang pon .. tapi selalu je ayah tengok bola.. Hari sabtu ahad ngan bola omputih .. ni bola malaysia lak .. hurm .. Mak , jom main game kat bilik .. boring la .. “

 

Hurm … Sibuk benar kehidupan kita ni kan ? Senantiasa penuh dengan agenda .. Kalau tak dengan kerja , dengan aktiviti bersama kawan ..

Dengan keluarga , cukuplah dengan sejam dua atau bawak g bercuti bila ada duit lebih .. Atau cukuplah memberi makan pakai ..

Tapi terlupakah sewaktu nak angkat nikah dulu , segala janji yang dilafazkan ? Terlupakah segala janji sewaktu bercinta dulu , ‘dia’ adalah segalanya ?

Bila berkeluarga .. maka buatlah cara berkeluarga.. Berseronoklah bersama keluarga .. Sesekali sekala , dengan kawan tak pe la .. Masa kita adalah emas buat keluarga kita ..

Jangan sampai menyesal di kemudian hari kerana masa dibazirkan begitu saja ..

 

Ben : Aku jerit dalam rumah pon ok dah .. Yang penting , sokongan ..

Masih aku ingat lagi ..

 

 

image

Aku ingat lagi … siang malam ayah aku berusaha keras untuk mencari nafkah untuk keluarganya ..

Aku ingat lagi .. bila ayah aku keluar saja dari pejabat , keluarga adalah keutamaannya ..

Aku ingat lagi  .. hujung minggu ayah aku rajin bawak g beriadah mandi sungai ..

Aku ingat lagi , ayah aku ajar aku utamakan keluarga … Berhibur mahupun beriadah , keluarga jangan diabaikan .. Pastikan mereka senantiasa bersama kita ..

Aku tau kenapa dia buat gitu .. Bukan mudah untuk berkeluarga .. Bukan mudah untuk punya keluarga .. Dan semestinya , hidup kita ini singkat .. Maka gunakan sebaik-baiknya ke arah yang diredhai Allah ..

Masalah status di laman sosial

Kalau aku letak gini .. ' aku bengang giler dengan dia ' , akan ramai tertanya tanya ..

Kalau aku letak ' budak tu kentut td' , akan ada kata aku mengumpat ..

Bila letak berkaitan agama lak , ' ada pulak kata ' tak guna kalau tak jaga ibadat ' ..

Apa guna laman sosial sebenarnya ? Tackle awek ? Cari sugar dad ? Cari pasal ?

Pelik bila org tinggal komen tak guna akal ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jom tidur tapi ...

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah engkau mengatakan “Allaahumma anta Rabbi, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika, wawa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri ma shana’tu, abu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abu-u bidzambii faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta”

Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosaku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau).


Beliau bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum senja, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan meyakininya, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni surga”.

(HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan lainnya dari Syaddad bin Aus)


Sumber: http://suraualmuttaqin.wordpress.com
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tips blog : Entri Mudah tapi berinfomasi

Perhatikan gambar di atas .. Jika korang nak buat entri yg berinfomasi berdasarkan gambar tersebut , apakah agaknya yg bakal korang masukkan ?

Dlm menulis blog , kadang kadang blogger pening mencari info yg bermanfaat .. kan ?

Mudah saja .. kongsikan bersama pengalaman hidup korang .. Mungkin korang rasa ianya kecil tapi sapa tau mungkin ianya berguna buat mereka yang lain terutama yg masih 'hijau' mengenai dunia ini ..

Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI