Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 24 November 2011

Bila aku tonton Tentang Dhia ..

 

image

Serius , aku dah tak larat nak tonton cerita cerita yang menunjukkan sikap orang kita .. Dari drama ke filem , segalanya hampir sama .. Moral cerita tu , di penghujung cerita .. Kuasa Allah .. Apakah itu moral ? Balasan dari Allah ?

Apakah tiada filem atau drama yang mendidik penonton dari minit pertama hinggalah ke pengujung ? Yang mana mampu membuatkan penonton terus bangkit lalu mencari sejadah untuk solat taubat ?

Bila tv aku tutup .. laptop aku buka .. sama je ‘dunianya’ .. Aku hampa..

Bagus g gym ni..

Selesai .. walaupun penat kepala otak ni , tetap g keluarkan peluh .. Disiplin mesti mau jaga !! Solat pon gitu gak !!! Adehh..

Alhamdulillah ... Ari ni tambah 2 kenalan baru. Dua dua keje kat kementerian kesihatan .. Ore Golden Sand n Rantau Panjang ..

Otomatik aku kecek kelate .. hahaha..buruk benor bunyi aku , wife aku kata .. Maklumlah , aku kan slang utara .. hahaha..

Okeh..balik dlu deh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tenang Dhia vs Amik gambar !!

Cantik cuaca ari ni .. sampai naik pening aku asik dok pusingkan kepala utk amik gambar sewaktu kereta bergerak ..

Yang wife kalut nak tgk drama Tentang Dhia .. Entah apa yg best pon tak tau ... Solat pon mekap !! Malam nak tidur lak tu ... Huhu..

Best ke drama tu ??? Huh..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Majlis pelancaran drama KakiRobot

Jemputan diterima pada Isnin lepas oleh HezComm , sebagai media ..

Bertempat di Pusat Sains Negara , majlis pelancaran ini dibuat ..

Apasal aku formal sangat ?? Adeh .nanti aku citer lagi okeh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Awasi anak anak anda ketika banjir ini ..

 

image

 

“ Pasangan adik-beradik merupakan antara empat mangsa lemas akibat banjir dalam tiga kejadian berasingan di Bachok, Pasir Mas dan Rantau Panjang semalam.

Kejadian pertama melibatkan dua adik-beradik yang ditemui lemas selepas dihanyut arus deras ketika mandi bersama sepupu mereka di sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Tawang, Bachok. “

 

Haih.. malang tak berbau.. tapi sebelum malang tu datang , dah bagi ‘amaran’ awal awal .. Seperti berhati hati bila memandu , atau bila dah tau air pasang , jangan g mandi sungai atau laut ! Tapi kenapa g buat gak ???

Awasilah anak kita terutama bila nak g beriadah di musim musim begini .. Jangan menangis kemudian … Hurm..

Manusia ni pelik sebenarnya kan ?

 

image

Dah elok elok bibir dia gitu , ada ke patut ditebalkan ??? Hahahah.. tak pasal pasal cam , erk.. tak leh sebut.. Ada baby incoming.. hehe..

 

Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.

Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.

Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.

Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat. – Hmetro

Isu AIM18 : Kemenangan Yuna satu kesilapan teknikal

 

Klik SINI

image

Gambar : Hmetro

 

Dari mula lagi aku dah rasa pelik bila Yuna menang untuk kategori Lagu Terbaik .. Bukan pe , sbb lagu PENAKUT tak menang dalam mana mana kategori pon walaupun dikatakan punya kelas tersendiri..

 

Alasan penganjur waktu tu ialah ..

 

"Semua lagu layak menang Lagu Terbaik, itulah kelainan yang dibikin dalam AIM 18 apabila lagu terbaik tidak dipilih daripada juara kategori setiap genre lagu. Pemilihan Lagu Terbaik ini dibuat oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak AIM 18 dan pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa lagu Yuna, Penakut dipilih sebagai pemenang," kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM 18, Rosmin Hashim .

 

Maka segalanya terjawab sekarang iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyedari berlaku kesilapan teknikal ketika pengiraan markah pemenang dalam kategori terbabit..

 

Boleh gitu ? Hehehe …

 

“Perkara ini disedari apabila ramai yang memberikan maklum balas terhadap kemenangan Yuna dalam kategori terbabit, memandangkan singlenya iaitu Penakut tidak memenangi kategori Lagu Pop Terbaik. “Seharusnya lagu yang memenangi setiap kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Lagu Pop Terbaik dipilih untuk memenangi anugerah utama itu,” kata Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Andrian Lim .

 

Keputusan menarik balik kemenangan Yuna dalam kategori Lagu Terbaik harus dilakukan demi menjaga integriti persatuan dan penganjuran AIM itu sendiri.

 

Wow … Betul betul satu kelainan yang berjaya dicipta oleh AIM18 .. hehehhe…. adeh.. Satu kelainan yang tak patut dibuat kerana mereka itu dikatakan PROFESIONAL !

 

Patut ramai tak layan dah bab bab anugerah ni .. Segalanya punya agenda tersendiri.. Dan peminat Yuna pon jangan la sampai fanatik sangat sampai ada yang marah marah … Aiyok… Duniawi je semua ni ..

 

Jom Klik SINI

“Saya tak hilang .. Saya selamat ..”

 

“Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham,sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.

“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” kata Ahmad Firdaus Arham , 26 tahun. – Hmetro

Kecoh semalam Facebook dan Twitter berita pasal Firdaus  malah ada juga blogger yang membuat entri mengenainya .. Heheh .. Aku fikir berkali kali gak nak buat tetapi tiada laporan sahih mengenainya. Segalanya cuma ‘cakap cakap’ saja.

Apa pun , syukur pada Allah segalanya selamat. Dan ternyata rakyat Malaysia amat prihatin . Tahniah .

Klik SINI

Perbezaan kita dengan ‘mereka’ .

 

‘ Mereka’ datang .. Kita bagi …

image

Kita datang lak   ?

 

Nasib baik laaa kita berpegang pada ..

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah ia memuliakan tetamu" - Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI