Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 1 Disember 2011

Keputusan bijak ???

Jalan jammed giler sewaktu nak keluar dr Putrajaya .. Tgk jam dah kul 6 ..

Plan .. nak naik lrt - komuter jer selepas drop wife kat rumah mak aku di Cheras memandangkan majlis selesai jam 11 mlm , maka wife g lepak sana jer ..

Pk punya pk .. bincang ngan wife , maka aku buat keputusan utk naik erl terus ke KL Sentral manakala wife balik umah dulu .. Kang malam bila clear , br g sana atau aku terus balik naik erl ..

Segalanya bergantung pada masa .. Cam biasa , update dlm erl .. Hehe.. rindu update dlm ni ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terharu gue !!!!

 

image

Hehehe… walaupun dah lepas tp aku tetap terharu juge ..

Klik SINI

Gila jahat punya pakwe !

 

Macam-macam punya perangai la manusia ni bila sakit hati .. Ada yang bomohkan kekasihnya la.. Ada yang simbah asid , bunuh rogol dan banyak lagi jenayah yang berl aku akibat bisikan syaitan itu..

Kenapakah ini semua boleh terjadi ? Apakah manusia semakin hilang pertimbangan pemikiran ? Semakin tidak waras ?  Hurmm…. Salah satu contoh lagi yang berlaku .. Nii , gambar kat bawah ni ..

 

image

Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.

Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.

Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.

Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.

Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.

Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.

- HMETRO

Sapa patut hormat sapa ?

image
Tak ke pelik bila kita ini yang mengundi ‘mereka’ yang mana sebelum ni punya la manis senyuman , tutur kata , janji yang ditabur , berdiri memberi hormat pada mereka ??? 

Sedangkan ‘ mereka ‘ yang sepatutnya hormat pada pengundi mahupun rakyat jelata .. Pelik bukan ? Macam rakyat pulak bergantung pada mereka .. 

Saling hormat menghormati.. Saling perlu memerlukan .. Barulah berkat kehidupan kita ini ..
Menyorot kembali peristiwa di Libya , Mesir dan Syria ..

KONSERT FENOMENA SEARCH



Wow ! Tak sabar nak tunggu konsert di Kuala Lumpur nanti ! Bukan apa , seperti yang pernah aku ceritakan dulu di entri yang bertajuk KONSERT FENOMENASEARCH 30 TAHUN , sememangnya aku cukup teruja bila mengetahui Search bakal buat tour .. Hehe…

Ok , apa yang menariknya konsert Fenomena Search 30 tahun ni ? Mula mula sekali pastinya akan mengembalikan segala kenangan silam .. Kedua , harga tiket yang menarik ! Dan , apabila korang tempah atau beli tiket tu , korang akan dapat T-shirt ekslusif percuma , Minuman percuma dari para penaja Lipton Ice Tea & Red Bull dan berpeluang untuk memenangi Perodua Viva di dalam peraduan yang bakal diadakan nanti .. Haa.. Amacam ? Menarik kan ?

Dan konsert tersebut akan di hokan s oleh Burn, Jehan Miskin dan Nana .. Haa… Sebelum korang layan konsert Search tu , ada kumpulan lain yang akan menghangatkan suasana.. Nak tau sapa ??? Yearghhh… Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, Sofea bakal menemui korang di sana nanti .. Dan tidak lupa , kemunculan khas dari raja lawak Angah , Jepp, Nabil dan Johan .. ;P

Harga tiket RM69 Kuala Lumpur (17 Disember) ,RM59 Pulau Pinang (19 November) & JB (3 Disember) dan korang boleh dapatkan tiket di stesen Petronas terpilih atau tickethotline.com.my .. Cepat cepat !! Kang bantai teriak kat luar konsert nanti akibat kehabisan tiket !!

Isu Khairul Fahmi Che Mat @ Apek : Gambar lama dan gantung but !

 

 

image

Dalam entri 5 keping gambar skandal Apek punca kekalahan Malaysia semalam ? yang lepas benar benar menikam jantung penjaga gol utama negara , Khairul Fahmi atau Apek sehinggakan dia rasa nak gantung but ..

 

5 keping gambar tu , gambar lama … Berapa lama , tu aku tak pon tak tau la.. Hurm .. Lama atau baru , tu mmg boleh kasi makan kenyang pada blog yang teringinkan cerita cerita sensasi.. Maka inilah kesannya ..  Nak tau , korang belilah Hmetro hari ni ..

 

Kesahihan cerita takde … Main rembat je keluar je dulu baru cerita belakang hari menyebabkan ramai hati kecewa .. Bukanlah nak sokong mana mana pihak tapi patutnya pihak pihak terbabit kena jaga muka dan hati terlebih dahulu ..

 

Apa yang Apek buat tu , antara dia dengan Allah .. Kita sendiri pon ada dosa kita kan .. Tak perlulah nak buat dosa dengan Apek lak kan ? Hurm..

 

Tabahkan hati …

Cinta Telekomunikasi Remaja

 

 

image

40 tahun lepas ..

“ Semalam baru je pos surat pada si dia … Hurm.. Rasa-rasanya minggu depan baru dapat.. Pastu kalau dia balas , lagi 3 minggu dapat.. Rindunyaaaaa .. Harap dia letak bedak sekali dalam tu… “

 

20 tahun lepas ..

“ Awak , duit kita ada lagi 50 sen je ni.. Jap lagi abis tau.. Esok lak kita call awak yer .. Ni ramai dok beratur belakang kita .. Ok ? Malam ni je dah abis RM3 .. Psst..diorng marah marah dah ni .. "

 

Sekarang ..

“ Awak .. nanti kita whatsapp bila jiran pasang wifi eh .. “

 

Akan datang .. ???

Gamaknya … ajak terus nikah kot memadangkan budak sekarang makin bijak bijak belaka .. Harapnya isu pembuangan bayi ni tiada dah lagi di zaman itu .. Huhuh..

Apadahal !! Lelaki makin tua makin kacak !!

 

Yup … Benar ! Lelaki makin tua , semakin kacak ! Yer !! Kenapa pulak ???  Kekacakan lelaki terutama yang dah berkahwin secara sah ni , akan terserlah bila mereka ….

 

image

Bila mereka membimbing keluarga mereka ke jalan Allah ! Sesungguhnya tika inilah kekacakan mereka sebagai pemimpin akan lebih terserlah ..

Dan ketika inilah dugaan dari Allah semakin mencabar .. Heheh.. Maklumlah , dugaan iman … 

Selamat harijadi buat sahabatku yang ku kenali dari darjah satu hingga sekarang .. Satu sekolah , satu kenakalan… Hehehe.. Yang ke 35 pada 1hb Disember ini… Eceh.. Sehari selepas aku lak tu.. Ceh..

image

Al Badrul Azan

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI