Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 3 Disember 2011

Ben Ashaari dan 10 blog pilihan

 

10 blog yang aku amik dari Followers terkini secara rawak .. Takde pilih kasih punya yer … hehehe ..

 

KEHIDUPAN ADALAH ANUGERAH... ANUGERAH YANG MUNGKIN TAK TERNILAI.. HAYATILAH KEHIDUPAN INI SEBAIK YANG MUNGKIN KERNA TAK MUNGKIN LAGI KITA AKAN MRNIKMATINYA UNTUK KEDUA KALI.

DIARI AKU LA...

 

Time to time's Day to day, I am getting OLD! geeek,

Dream High, Fly High

 

Seorang warga bumi Malaya yang berjaya memindahkan dunia angan2 dalam kepala hotaknya ke dalam bentuk yang lebih mudah diuruskan iaitu 'softcopy file' dan kini sedang bekerjasama dengan Syarikat Grup Buku Karangkraf untuk menerbitkan salah sebuah dunia angan2nya itu iaitu super-nur ke dalam format buku komik.

Cyber Spaceship Hariszzz

 

lagenda tortoihh & kura kura

MY ONLINE DIARIES

 

~nurakma natasya~ ~known as akma~ ~14 tahun~ ~PTHS student~ ~follow?thankyou~ ~nanti kita follow awak juge~ ~be happy~

Pencinta blackforest :)

 

Sesungguhnye Allah Sentiasa Bersama Kite.. LA TAHZAN!

AINI PUNYA STORY

 

HEY HEY HEY ( : intan syahirah shahrudin di sini di sana ... intan je lah korang panggil: ) BLOG ni lebih kepada cerita tentang keluarga, sahabat, kisah hidup, benda sekeliling dan apa saja yang terlintas di kepala . Kalau tak suka baca, tak paksa. Kalau nak baca dialu alukan. selamat menjamu mata . byeee :)

KISAHCORETAN # BUDAK TADIKA

 

Assalammuailaikum., Editor : Siti Aminah Binti Hj Ahmad.. Status : in Relationship with Muhd Izzat Muhaimin Bin Mohd Salleh.., Bduy : 15 March ****.., Age : Secret.., Occupation : Student dip.Nursing at SEGI UC

Aku & Dye

 

seorang yg simple .. tak pandai bergaye :)..hehe ..bole caye tak ??

Bella punye cerita :)

 

hey there! i`m solehah redzuan. thanks for visiting this blog. i juz want to share all my rain-bow life~

HUSAYS

Tua sudah diri ini ..

 

Walaupun baru masuk 35 tahun , aku dapat bezakan stamina aku 10 tahun dulu .. Sememangnya dah jadi ‘kuda tua’ .. hehehe.. Berlari tu mmg boleh tapi terasa macam lari kendong  peti ais lak … Lama lama , ok la kan ? Tapi bagus la.. insaf skit diri ni..

 

IMAG1160

Seperti biasa , pakaian  untuk berjogging … warna oren adalah warna kegemaran aku .. Kasi ceria sedikit… Dulu suka biru tapi rasa cam tak best dah biru .. Tua dah kot.. hehehe ..

 

IMAG1161

Sambil lari ( kebanyakkannya berjalan ) , aku memerhati langit dan awan .. SubhanAllah … Cantik cuaca hari ni .. Nasib baik bawak hp.. Maka amik la dalam 3-4 keping gambar ..

IMAG1165

 

IMAG1166

Ok… dah tak larat nak berlari … Maka berjalan sambil amik gambar permandangan dunia ni .. Cantik kan cuaca ari ni ? Nasib baik la aku ni .. dalam dalam tak de ‘angin’ masih mampu jalan jauh tanpa rasa penat ..

Sampai rumah … Keja ke dua lak menanti aku ..

IMAG1164

 

Penat .. nak pengsan sat …

Kontroversi Anugerah Juara Lagu 26

 

Aku tak tengok pon semalam Separuh Akhir Juara Lagu .. Kenapa ? Bosan !!! Serius , bosan !!  Tau apa yang aku kata kat wife aku semalam ?

 

“ Percayalah … Najwa Latiff akan ke final !! “ ..

 

Tup tup .. mmg benar telahan aku .. Kenapa yer ?? Mudah jer.. Bagi aku , AJL dah hilang seri bila ramai penyanyi terkenal tak berminat nak join dah .. Jadi apa yang boleh mereka buat ?  Hehe.. Tuuuu..

 

Tak nafi lagu Najwa Latiff ada kelainan … Satu nafas baru dalam industri muzik tanah air .. Tapi pemilihan dia ke final bagi aku adalah untuk menarik peminat peminat dia dan juga akan meningkatkan lagi rating di final nanti ..

 

Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan pusingan ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik malam tadi, berikut adalah senarai lagu yang mara ke AJL 26 :-

1) Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet)
2) Karma (Faizal Tahir),
3) Penakut (Yuna),
4) Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)
5) Awan Nano (Hafiz)
6) Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
7) Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
8) Beribu Sesalan (Tiga Suara)
9) Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
10) Sungai Lui (Aizat)
11) Kisah Hati (Alyah)
12) Gadis Semasa (Yuna)

 

Kan kan ? Semua ada pengaruh tersendiri .. Hehehe.. Teringat kata kawan aku yang pernah terlibat dengan industri muzik ni …

 

“ Semua dah diatur … “

 

Betul ke tidak ? Hehehe… Wallahualam … Tepuk dada tanya selera ..

Harapkan pagar , pagar makan besi ..

 

Harapkan kawan , kawan makan bini .. Harapkan politik , politik celah gigi..

image

Itulah lumrah kehidupan masa kini .. Tak tau sapa yang boleh kita harapkan dah .. Yang bermuka manis rupanya iblis .. Yang bermuka bengis rupanya malaikat.. Haaa.. Terbalik dah …

 

Abis tu camana ??? Yang punya kuasa makan diri .. Yang meyokong , menjerit lagi .. Selagi mampu berdiri , selagi itulah puji diberi..

 

Kita yang kecil-kecil anak inilah selalu menjadi mangsa … Apa boleh buat ,  hanya doa saja mampu dipanjatkan pada yang Esa .

Lalat masuk dalam laptop aku ?

 

image

Hampeh .. Aku tertipu.. aku ingatkan real la lalat ni hinggap kat laptop aku ni.. Beria la nak jentik.. Caittt..

Gambar ni dari profile sorang rakan di FB .. Pinjam sat eh bro.. hehehe..

Tips Blog : Bermula dari asas

 

Camana nak majukan blog yer ? Persoalan itu timbul bila tiap kali hadirnya blogger-blogger baru , tak kira dari mana pon asal usulnya pasti nak tips ini ..

 

Aku ? Perkara pertama yang aku fikirkan dulu la kan … “ Orang tak bengang ke kalau aku asik update je nanti ? Maklumlah , aku kemaruk menaip … “

 

Kedua … Apakah corak penulisan yang sesuai untuk aku sebenarnya ? Atau lebih tepat lagi , identiti … Dengan adanya identiti maka pembaca mudah membezakan antara blogger yang lain ..

 

Penting !! Jangan peningkan bab trafik atau pembaca atau apakah mereka akan baca .. Yang paling penting , apakah kamu suka dengan apa yang kamu update tersebut ? Apakah kamu akan memberi manfaat buat pembaca kamu kelak ? Jangan fikirkan hari ini atau esok.. Fikirkan sekali akan datang ..

 

Bila dah ada semua tu , baru langkah ke depan …

Insaf bila membaca kisah pemergian seorang rakan blogger ..

 

Rasanya berkali dah aku membaca kisahnya dan baru hari ini aku dapat tau tentang pemergiannya… Sangat menginsafkan aku .. Yelah , sapa sangka kan ? Ajal maut tak kenal siapa kita .. Bila tiba masanya , kita tetap dibawa pergi .. Cuma bagaimana , bila dan di mana saja persoalannya ..

 

Hurm.. Aku pasti ramai blogger akan buat entri mengenai ini .Cuma aku harap , kalau boleh elakkanlah dari meletakkan gambarnya .. Kita harus memahami keadaaan keluarganya..

 

Dan jangan amik kesempatan buat isu panas la yer .. Buat rakan rakan blogger sekalian , jadikan ini satu ikhtibar .. Isikan blog kita tu dengan kebaikkan .. Andai kita pergi satu hari nanti , sekurang-kurangnya blog kita ni boleh dijadikan pembekal pahala buat kita ..  Yelah , nak bina masjid tak mampu.. Nak sedekah wang ringgit apatah lagi kan ? Maka blog sajalah yang kita ada … InsyaAllah ..

 

Aku sendiri pon memikirkan untung nasib aku sebagai blogger .. Yelah , kadang kadang aku pon terlepas pandang atau mengikut perasaan sangat bila berkarya.. hurm… Semoga Allah ampuni segala dosa aku ..

 

Al-Fatihah buat Rara Zikry

Buai laju laju punya pantun ..

 

image

Gambar hiasan

Aiyok .. tertonton di tv tadi .. Aku terus terang je la yer .. Aku ni bukan anti mana mana parti asalkan perjuangan nasib bangsa dan menjaga kesucian agama , aku ok jer ..

Ada satu perwakilan tu .. bagi pantun 4 kerat yg bunganya buai laju laju .. Aiyooooo .. Come on laaa.. Kot ya nak puji melambung sekali pon , toksah jatuhkan maruah bangsa sendiri ..

Walaupun ianya satu hakikat tapi secara tak langsung menunjukkan bangsa melayu ni akan bergantung pada bangsa lain sampai bila bila ! Ini seperti melayu takkan maju punya woooo ..

Haih… Hati hati la… Ni bukan satu je aku tertengok .. Ada banyak .. Tang mengata kat ‘belah sana’ tu sedaaapppp je tapi sendiri dok buat tak perasan lak ???

Bila nak berjuang , jangan jatuhkan orang lain .. Berjuanglah dengan sebenar-benar juang … Niat tu !! Jagaaa… Kerana Allah dan negara !

Rakyat memerhati ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI