Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 4 Disember 2011

Berjayakah Perhimpunan UMNO kali ini memikat anda , wahai anak muda ??

 

image

 

Aku ?? Hampir-hampir untuk …

image

Tapi bila mendengar perwakilan dan ketua-ketua memberi ucapan .. maka ..

image

Hurm … Tamo la mencari salah orang … Kita betulkan keluarga kita dulu baru … Tampal mana mana yang berlubang tu ..Aiyok…

Masa utk ....

Jaga kesihatan ! Tak rasa ke badan tu dh penuh dengan mcm mcm pengawet ? Gula , minyak , garam , lemak dan byk lagi ...

Puasa sunat pon bagus ... Tp takat puasa je pon tk cukup kalau tk jaga pemakanan serta serta stamina kita ..

Jangan tunggu doktor kata , ' Oh ..awak mengidap .... ' .. Masa tu baru nak garu kepala !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saya mau rambut cam tu !

 

Baru lepas g gunting rambut kat satu kedai gunting rambut .. hehe.. Mana ada orang gunting rambut kat kedai basikal kan ? Hehe..

Sedang rambut aku digunting , masuk seorang insan ni .. Dia tanya kat tukang gunting rambut tu …

“ Ada gambar ke ? “

 

Pastinya dia merujuk gambar gaya rambut yang biasanya ditampal di dinding kedai .. Aku tengok rambut dia .. Fikiran jahat aku menerawang …

Mesti dia nak buat rambut cam ..

image

Sbb lama gila dia tengok gambar tu.. Hehe.. Aku tengok rambut dia .. Macam gambar bawah ni jer ..

image

Aiseyman .. Hati aku berbisik… “ Cakap jer la kat india tu .. kasi pendek je .. Abis citer.. Nak berpesen (fesyen) apa kalau dah rambut kontot cam aku gak ! )

 

Jahatkan ? Hahahaha .. adeh… Susah betul kalau lelaki nak bergaya !

Aku dan Zombie

 

Dari kecik lagi… Aku mmg cukup takut tapi teruja dengan filem filem yang ada zombies ni.. Hehehe.. Bermula dari muzik video Thriller nyanyian Micheal Jackson kemudian filem Evil Dead , Residents Evil dan banyak lagi .. Terkini Walking Deads

image

Mungkin aku rasa itulah filem atau genre yang bagi aku benar benar memberi ‘ dup dap dup dap ’ pada jantung aku .. Atau sebenarnya punya mesej lain ??

Mesej apa ? Dalam filem zombie ni  , yang mati ni hidup kembali dan makanan dia ialah orang yang hidup .. Hehe.. Apakah mesej yang tersirat ??? Adaa sebenarnya … Yang hidup ni berusahalah untuk menyelamatkan diri dan mencari rakan rakan lain yang masih hidup .. hehe.. I likeeee… mendebarkan dan mengingatkan aku pada ‘ orang yang suka makan orang ’ dalam dunia nyata ni .. Bezanya dia tak mati lagi !

Sekadar hiburan je zombie ni.. Tak perlu nak beria sangat sampai buat kelab cam kelab pontianak tu haaa.. Layan dah laaa.. toksah taksub sangat ..  B!@#%!@% tul

Macam macam la orang kita ni .. Dah , aku nak g kampung pisang.. Tengok zombie kat sana .. Dari tengok Tsunami Rindu.. AAhhhhh…. apadahal !

Sentuhan seorang ayah

 

“Abang , cepat.. dia gerak .. “

 

Dan , buat kali pertama aku merasakan pergerakkan baby yang masih berada dalam kandungan ..SubhanAllah ..

Dan terus terang aku katakan ….” Gulp” … Aku tak terkata apa apa..  Nak pengsan lagi ada laa.. huhu..

Camana rupanya bila baby bergerak dalam kandungan seorang ibu ? Jom tengok video ni …

Untuk sekadar pengetahuan dunia kasih sayang sebenar ..

 

Seorang ayah yang penyayang begitu teruja menanti kehadiran anaknya .. Perhatikan wajah ayah kita .. Fikirkan kembali , apakah dosa dosa yang pernah kita buat padanya.. Apakah benar kita meminta ampun darinya ? Apakah kita nak tunggu mereka terbaring atas katil untuk kita pergi melawat mereka ?

Jika ada masa dan kesempatan , gunakanah masa itu …

127 hours : Mesej yang menarik !

 

image

 

Wow ! Sangat menarik … Kalaulah aku punya semangat kental seperti Aron ( watak ) , pasti aku menjadi10 kali lebih bagus dari sekarang ini !

Baru tengok semalam movie ni .. Tak silap movie ni keluar tahun lepas .. Aku tak perasan lak kehadiran movie ni tahun lepas. Mungkin tajuk dia yang ‘biasa’ membuatkan aku wat dek je ngan movie ni .. hehehe..

Tapi selepas menontonnya , fuhhhh…. aku benar benar ingin mengunakan setiap saat nafas aku dengan penuh erti dan paling penting , masa bersama keluarga yang tercinta !

Serius .. kalau korang tengok , confirm rasa nyesal dengan pembaziran masa yang ada sebelum sebelum ini ..

 

Nak download , klik 127 Hours (2010) BRRip 600MB | Stor DVDRip Dan BRRip

Dunia persahabatan maya

Hurm ... Setelah bertahun 'hidup' dalam dunia maya ni , aku boleh kata persahabatan sekadar 'angin lalu' . Yang benar benar bersahabat , boleh dikira ...


Selebihnya ? Senyum je la ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerekarama Nur Ain : Ringan tapi menarik

 

image

Sebuah drama lakonan Fahrin Ahmad , Fasha Sandha dan Eyka Farhana .. Aku rasa pasti ramai layan drama ni tadi kan  ? Terus terang sebenarnya aku kurang gemar pada Fasha Sandha tapi bab lakonan , Fasha mmg tergolong pada pelakon yang berbakat .. Bab perangai tu , antara dia dan Allah ( tegur , tegur dah kan ? )

 

Ada isi dalam drama ni walaupun dah boleh jangka jalan cerita ini. Ringan dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga.. Tahniah buat pengarah serta penerbit drama ini ..

 

Sekurangnya malam minggu gini ada drama yang mampu memberi sedikit keinsafan pada kita .. Disokong oleh rakan rakan di Facebook.

 

image

Aku bukan kaki layan drama zaman sekarang ni tapi bila ada yang menarik dan membina ,  maka selayaknya diberi pujian …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI