Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 6 Disember 2011

Aku menyampah giler !

 

image

Aku kata dah ! Tak sabar betul .. Double line pon dia sebat potong ! Entah apa yang dia kejar pon tak tau la .. Takkan nak tengok drama kat tv jam 7 petang sampai sanggup melakukan kesalahan jalanraya ???  Come on laaa …

 

Drama-drama kat tv jam 7 petang tu patut ditukar masa la.. Tak sesuai sungguh laaaa tayang drama waktu Maghrib tu.. Kalau letak kuliah atau ceramah agama waktu  kan bagus.. Kira lepas solat tu , yang mana tak berjemaah kat masjid , boleh la tengok bersama keluarga atau kawan rumahnya ..

 

Tapi ni tidak ! Ada ke g tengok drama air mata ???? ARghhhhh.. Sampai bila la orang kita ni nak bersemangat waja ! Asyik asyik airmata ! Dari tv realiti sampai drama.. Dari drama ke filem.. Dari filem ke realiti sebenar ! Airmata airmata dan airmata..

 

Aku ? Lemah bila tengok airmata perempuan.. Lemah sbb malas nak pujuk ! Weekkkk !!

Cinta , cinta gak weh ! Tapi jangan sampai bunuh diri sendiri !

 

image

 

Perempuan : Apa lakk .. kalau u nakkan I , u kena la usahakan dapatkan I !

 

Lelaki :  Tapi u , mahal sangat la .. U tau kan I gaji berapa je .. Ni kalau nak buat belah I lagi .. U mintk sampai RM15 ribu tuu .. U takat SPM jee.. Kalau ada title Prof. tu lain la..

( Dalam hati .. Takat muka cam ko nieh , berlambak ! Ni kira aku nak pon bernasib baik je tau ! )

 

Perempuan : Ahhh .. I tak kira ! U usahakan jugak .. Tak kira ! Tak kira ! Taaaakkk kiraaaaa !!

 

Lelaki : Ok la… I usahakan cari yang lain yer .. I pon sebenarnya lama dah menyampah ngan U .. Tapi I sabar gak sbb kesian kat U tu .. Tapi kalau u demand sampai gini , ada baiknya I single jer la. I tamo hidup susah wooo … Seeloknya mudah tapi nak jadi susah ..

 

Perempuan : Apa ??? Aaalllaaa U niiii…

 

Lelaki : Tak kira ! Tak kira !! Kita putus sekarang … U kirim salamm sama mak u .. Kata kat dia , anak dia ni layak kawin ngan datuuk jee !! Datuk cucu 20 !! Huh ! Hampehhh ..

 

Perempuan : Uuuuuu .. maafkanlah I !!

 

Lelaki :  Ahhh… tunggu raya baru mintak maaf !

 

Nasihat .. Jangan susahkan dua dua pihak .. Asalkan punya tanggungjawab , serta niat kerana Allah maka permudahkanlah.. Lepas nikah tu penting .. Jangan berhutang wooo.. Pening palaaa…

Kelantan , Terengganu berisiko banjir hujung minggu ini.

 

Baru plan nak ke Kelantan dalam bulan ni .. Tapi dok memanjang hujang  .. Eh , tersasul ganu lak.. hehe … kena pikiaq balik ni ..

 

image

Kuala Lumpur : Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini berikutan hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di kedua-dua negeri itu.

Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas manakala di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan laut bergelora kategori ketiga dengan ombak setinggi 5.5 meter bagi kawasan perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.


Keadaan itu yang di jangka berterusan hingga hari ini dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter juga dikeluarkan bagi perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan dan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat di Sabah serta di Samui, dan Palawan.


Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, katanya.

- BERNAMA

Hahahahahha …

 

image

 

Makna cincin tunang longgar “ !

Adeh… Memang pecah perut aku sat nehhh … Mana tidaknya , boleh ada orang google menda gini ! Apasal laaa sampai ngarut sangat kepercayaan tu ??? Cincin tunang ni betul betul kasi kesan pada manusia eh ? Kalau hilang , petanda dia sekian.. Kalau tak pakai .. kalau lusuh.. Aiyooo… 

Kalau longgar tu maknanya tunang awak tu makan hati laaaa.. Mesti dok pening pk nak kawin .. Samada dok pk mana nak korek duit untuk belanja atau paling tidak pon pk camana nak putus tunang ngan awak tu haaa !! Hahaha… guwau jee.. Aisey.. biar laaa… Longgar je .. bukan tak pakai langsung atau dah digadaikan !

 

najwa latif and greyson chance bercinta

Menda cam ni pon nak amik tau ke ??? Adoi.. Si Najwa tu sekolah pon tak abis lagi .. Dah kalut nak bercinta ?? Toksah laa cari menda menda ngarut ! Kan baik cari kat mana si Najwa belajar main gitar tu haa ..

 

“cara cara buat lesung pipit pada budak 13 tahun

Hahahahahha … aku mampu gelak je la … Hahahha … dah takde keje ke apa orang Malaysia ni ?? Ops.. maksud aku , segelintir je .. hehe.. Kang ramai lak terasa ..

 

Sebenarnya banyak lagi .. tapi biarlah aku kongsi yang itu je yer .. Hehe.. Donia donia …

Kenapa anda perlu tinggal di PUTRAJAYA ?

 

Meh aku bagitau korang eh… Orang orang kat Putrajaya ni , punya satu ‘kuasa’ sakti ! Haaa.. Kira kalau naik motor atau kereta ni , tak yah bagi bagi signal ! Orang belakang confirm tau punya wooo .. Dalam erti kata lain , bila masuk wilayah ni korang akan punya satu aura secara automatik ! Jangan tak tauuuuu tuu..

 

image

Serius wooo… Jangan terkejut la kalau guna jalan raya kat sini .. Signal yang ada tu umpama pelengkap kereta jer .. Kalau ada yang guna tu , confirm orang luar !

Pelik kan ? Kat sini ada JPJ , SPAD dan macam macam lagi agensi .. Tapi macam tak perlu beroperasi je kat kawasan sendiri.. Oh lupa lak .. Orang Putrajaya ni besar-besar woooo ..

Sama gak la ngan satu isu lapok ni … Leh nampak kat mana mana termasuk restoran atau kedai makan .. Kira suka tekak nak hisap rokok

 

* Orang-orang  ( bukan semua …)

Pelik aku dengan spesis hipokrit !

 

Depan depan kalu .. Perghh .. Borak macam nak masuk dalam baju orang tu je gayanyaaa…

Tapi bila belakang …

 

image

Alasan .. Malas nak bergaduh !! Malas kalu , jgn la mengumpat .. Ni tidak .. Mengutuk tak hengat bila belakang orang tu .. Grrr… Spesis ni kan , mmg patut humban kat laut .. Kasi ikan sardin makan !

Hampeh !

Jangan Tegur !!!!!

Nampak kerusi tu ? Terletak di belakang rumah aku ...

Kenapa dengan kerusi tu ? Perhatikan betul-betul .. Jangan tegur !!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiba-tiba aku menangis ..

 

image

 

“ Apa yang akan terjadi pada aku kalau kedua ibu bapa aku tiada nanti ?? “

 

Soalan tu berada di benak aku sewaktu aku masih menuntut di sekolah rendah lagi .. Aku tak nak tinggal dengan sedara mara.. Aku tak nak kehilangan kasih sayang mereka ..

Tiba-tiba airmata deras mengalir laju ..

 

Pernah satu ketika , sejurus ayah aku menurunkan aku di depan sekolah .. Lantas aku memandang dia kembali ..

Rasa kasihan timbul di hati.. Awal pagi dia berjaga mencari rezeki untuk keluarga aku .. Bukan ayah aku je.. Mak pon begitu juga .. Sambil berjalan memasuki sekolah , airmata mengalir tanpa disedari ..

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI