Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 Disember 2011

Sekadar membantu sahabat ..

 

image

Jika ada seseiapa nak k derma baju atau  lain2, sila hubungi  Sarina Almukminin... Terima kasih ..

Kenapa lelaki rajim g gym ??

Jaga kesihatan ? Ya betul !!! Nak kasi body cun tnpa pergi ke pusat kecantikan mahupun membuat pembedahan membuang lemak atau memasukkan kolegen !

Ya !! Sbb ada ramai awek awek kat situ !! Memasing cuci mata woo .

Hehe .. confirm aku tak leh g gym dh pasni !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Anak sapa ni ? Leh tergugat Najwa Latiff n Yuna gini ..

Sedap kan ? Ok .. toksah jd penyanyi la dik Atikah oii .. Belajar rajin rajin .. Berbakti untuk masyarakat ..

Kalau nk jd gak , jgn 'tinggalkan' agama yer ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

“ Awak .. awak !! Pekak la dia ni “

 

“Ehh.. awakkk … ala.. awakkk … awak niii.. Wat tak dengar lak kita panggil awak !! “

 

“ Sedara … ni name tag kat baju saya .. ada tulis ..Besar besar haaa…  Ingat nama saya biawak ke ? Adoi.. Kot ya pon .. kasi la salam dulu .. Ni tak .. Awak .. Awak .. Cam budak sekolah tadika jee..  “

 

“ Eh .. kita bukan kat sekolah tadika ke ni ?? “

 

“ Ye tak ye gak .. ehh.. sori ye wak .. “

 

“ Bila pulak nama kita Wak ! Nama kita Adam Af tauu .. “

 

“ Ni yang letih kawan dengan budak budak ni … “

Segmen : Kenapa blog saya lain dari yang lain ?

 

Lama tak buat segmen eh ..

Haa .. memandangkan sekarang ni cuti sekolah dan ramai blogger baru yang wujud tetapi kita yang dah agak ‘basi’ dalam dunia blog ni ( cam aku ) pasti agak penat untuk merayau ( blogwalking ) mencari blog blog best untuk lepak sat .. Hehe.. ( Abis yang tak best ni camana ? Kasi best le kalau gitu kan ? Heheh.. )

Ok , segmen ni simple jer sebenarnya… Sekadar blogger memberitahu sendiri identiti blog mereka .. Apakah daya tarikan yang ada pada blog mereka dan apakah mereka rasa mereka patut pergi lebih jauh.. Keyakinan diri blogger tu sendiri ! Hehe.. Ada brani ??

Nak join ? Ok.. jom … Cam biasa , buat satu entri khas untuk join segmen ini ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN  dan linkkan ke entri ini .
  3. Sila jelaskan kenapa blog anda tu lain dari yang lain.. Tang mana lainnya ? Tang mana bestnya ?? Haaa.. Dalam 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tu jer .. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .. Tutup , jam 11 malam ini ..

Terima kasih …

Asal main besi , mesti gay !!

 

Hadoii… penat weh … penattt…. Berboroi salah , kata makan rasuah … Badan smaart , kata gigolo .. Badan gagah , kata gay !! Abis tu nak badan pe ? Badan Pencegah Rasuah ???

image

 

Hurm…. boleh dia kata blog aku ni blog gay sebab cerita pasal gym ??

image

Adeh .. aku tak tau la mana punya manusia berhati busuk lebih busuk dari busuknya najis ni ! Haih .. Sampai tak tau nilai mana yang tulen dan mana yang asli ..

Kes jeles ? Tak .. kes buta hati ni … Segalanya buta !!  Grrr… Diorang ingat g gym ni guna air liur kot ?? Tak tau modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan apa yang diinginkan ni .. Huh !

Weekkkk !! Busuk punya olangg…

Baik buat dari jahat je !

Buat jahat , mesti dpt perhatian .. Perhatikan dr kecik hingga besar kehidupan kita ni .. Yang nakal seringkali diingati .. Yang baik ni ? Haaa..

Sama seperti dlm dunia blog .. Yg sering kutuk blogger lain tu pasti akan ada yg bersorok serta ada penyokong setia .. Yg blogger baik ni ??

Tapi jangan la kecewa .. Yang buat baik ni , walaupun manusia lupa , Allah takkan lupa punya ... Asalkan niat tu betul , insyaAllah ..

Jangan harapkan pujian dari manusia.. tak berbaloi !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Salah sapa ?

 

Tak tau ? Tak amik tau ? Atau wat tak tau ?

 

IMAG1206

Tempat mengambil wudhu’ di dalam tandas awam

IMAG1207

Ada jugak mangkuk gi kencing kat situ !

Produk terbaik untuk mereka yang punya masalah di muka

( Sticky post - Entri terbaru di bawah entri ini )




image



Sapa ada jerawat  ?? Bekas jerawat ? Jeregat ? Atau eyebag ? Takde ? Eye shadow ada ? Heheh.. Yang eye shadow tu gurau je yer .. 

Bagi mereka ada masalah sedemikian rupa , toksah pening kepala.. Kawan kita ni ada satu rahsia baekk punya … Nak tau menda ??? Tak pe.. tak perlu bayar untuk mengetahuinya atau pon meninggalkan no telefon korang .. Baca dan fahami.. Tak faham baru la tanyaa… 

Ada satu produk yg kawan ni syorkan .. Kenapa dia syorkan yang ni ?  Haa sebab utamanya ialah , ianya merupakan brand nutrimetic yg boleh dipercayai. Terdapat dalam botol yang besar  dan harga pasaran rm1++ .

     
IMG_0078
    Dan  kini terdapat dalam pack mudah dibawa kemana saja ! Haaa.. Tak membebankan beg tangan korang tu haa.. Hehehe ..  Bagi yang baru nak mencuba , boleh la gunakan pack yg kecil ni haaa.. Terdapat dalam 3 size mini..5ml,8ml.12ml dan harga serendah rm20 sahaja ! Murah dah ni !!

    Terhad hanya di Dian Pixy sahaja yer !! Hehehe .. Korang takkan leh jumpa kat stokis luar punyaa … lalalala.. Sekali lagi , hanya di Dian Pixy sahaja !  ;P

      189215_167923199946095_101387363266346_395758_2829445_n - Copy

      Mesti korang tertanya –tanya kenapa aku syorkan produk ni ? Hurmmm… Kenapa yer ? Sebab utamanya , ada yang dah berjaya menghilangkan segala kesan yang aku kata tadi.. Haaa.. Kesan apa ? Baca balik kat atas produk ini untuk apa.. Hehe.. Jgn marah … gurau jer.. Kena baca betul-betul sebelum beli .. Bukan per , kang ada ingat ubat kasi lebat rambut lak.. Hehe.. Tak pasal pasal kena marah ..

      Contoh testimony pon ada laa … Haaa.. Tak caya baca la sendiri.. Bukan rekaaan semata-mata okeh ! Klik SINI kalau tak percaya


      ben
         
        Sekali lagi aku bagitau yer .. Dengan harga serendah rm20  korang  boleh tampil cantik tanpa perlu belanja mahal .. Maksudnya tak yah la beli produk brand XXXX atau YYYY yang mahal giles tu haaa.. 

        Jangan risau .. Produk ni berasaskan 98% pati apricot dan bebas kimia serta tanpa  mengelupaskan kulit ..

        Untuk mendapatkan boleh kunjungi website dian pixy @ www.dianpixy.com/
        Atau di facebook fanpage DIAN PIXY  atau email terus ke jompixy@gmail.com

        ND Lala kena serang dek mat rempit

         

        image

        ROSAK...ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam.  - Hmetro

         

        Apa nak jadi dengan negara kita ni ? Dulu nak keluar malam dan balik awal pagi pon takde masalah .. Nak rasa takut pon tak .. Sekarang ni ? Baru keluar kul 11 malam , dah risau … Hurmm ..

        ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50 telah diserang di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

        “Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

        “Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.”  katanya ..

        image

        Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.  - Kosmo

         

        Nak tau lagi , kena beli Hmetro atau Kosmo ler.. hehe .. aku pon tak baca lagi .. Tapi apa yang berlaku pada dia mmg satu yang amat menakutkan..

        Nasihat pada anak dara , jgn merayau malam malam walaupun berteman ..

        Aktiviti terakhir sebelum tidur ..

        " Hang kenal pakcik yg dok kat blok sebelah tu .. Yang .. bla bla bla tu laa .. "

        Mak aku memandang aku ..


        " Kenai .. Awat ? "


        " Meninggal dunia dah semlm .. "


        Menurut mak aku , dia sakit asma .. Meninggal dunia sewaktu tidur .. Sebelum tu dia g tahlil .. Arwah , ajk masjid dan sangat rajin serta peramah ..

        Sekurangnya , dia buat sesuatu yg baik sebelum dia meninggal dunia .. Aku memikirkan nasib aku .. Andai kata inilah tidur aku yg terakhir ???

        Al-fatehah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
        Published with Blogger-droid v1.7.4
        Related Posts with Thumbnails

        Peringatan



        Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

        Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

        Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

        Terima Kasih ..

        BEN ASHAARI