Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 21 Disember 2011

Replika baju Nabi Adam a.s .

 

 

image

Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.


Sabda Rasullulah SAW:


“ALLAH menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari),

Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter.

Wallahu’alam.

 

Info dari FACEBOOK

Wow wweee … aku suka blog ni !

 

Hahaha.. kali pertama aku jumpa blog gini setelah 2 tahun blogging .. Tajuk pon ganaz ! Bisa mengundang kejeliran lidah pada blogger tersebut ! Hahaha ..

Bila aku tunjuk kat wife .. Dia kata apa tau ??

“ No ! No ! No !! Take it or leave it  !! “ .. Dalam maknanya tu .. Ala , kalau nak buat gak , bukan susah kan .. Aku taip ni pon dalam keadaan tersenyum .. Wife geram jee tengok ! Hahaha..

Apakah yang boleh membuatkan wife aku geram dengan tingkahlaku aku sewaktu membaca blog tersebut ? Hahaha .. Tu korang kena g redah sendiri laaa..

Nak tau ke blog mana tu ? Hahahha .. Jom g baca blog MANISYA BERMADU !

Pengaruh K-PoP mereka itu ?

Wah.. ramai student skg ni kat gym KBS termasuk awek awek .. membuatkan aku bertambah semangaaaaaaat nak g gym walaupun kepenatan !!! Hahaha... Psstt , kalau aku tak update selepas entri ni , maknanya wife aku dh hack blog aku ni ! Hahaha..guwau jeer..

Satu perkembangan yg sihat sebenarnya .. dari menghabiskan masa petang atau mlm di kedai mamak , baik g keluarkan peluh d gym atau jogging d taman .. kan kan ? Cuci mata n cuci paru paru skali .. huhu ..

Yg dtg ni pulak ada pelbagai size.. Yg berisi , ok dah.. kira mau kasi mantap je .. Yg kurus ? Yg ni mungkin nak buat ala k-pop ? Perghh.. meleeleehhhh ... Haha..takpe, janji ada target ! Aku dulu pon nak buat ala ala vin diesel .. Dpt dh ! Nak tgk ? Hahaha.. kang ada komen ..

" Ben , aurat tuuu .. " atau ..

"Riaknyaa .. " atau paling tidak pon ,

" Ben ni mesti gay ! "

Whooopsss .. pk positif Ben !!! Ahaha.. mcm mcm perangai ..

Tak kisah la apa pun target kita , yg penting kerana Allah dan juga kita gembira melakukannya .. Janji tak kaco orang !! Kan kan ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku bukan pembikin filem

 

Kalau kita fikir-fikir kembali , sebenarnya kehidupan kita ni berputar .. Kes arak , maksiat , samseng , semua ni zaman dolo-dolo dah ada ! Ia datang dan pergi , kemudian datang lagi ..

Sewaktu di seminar tadi , kata-kata ahli panel membuka mata aku .. Memang benar pembikin filem ni jujur dan bukan seperti ahli politik  .. Mereka menceritakan apa yg berlaku pada masyarakat kita sekarang ni .. Tapi apakah yang berlaku ini , baru baru berlaku atau sememangnya dari dulu lagi dah ada ? Bezanya cuma MASA !

KL GENGSTER .. Kalau tengok filem Anakku Sazali atau filem pendekar , dah ada samseng samseng tu .. Tapi nilai seni dalam filem tu .. Mana yang lagi bagus ? Mana yang benar-benar memberi pengajaran ? Aku tak nampak Anakku Sazali memaparkan unsur-unsur ganas tetapi punya elemen samsengnya yang tersendiri ! Cukup nampak yang mereka samseng tanpa perlu sebut LU GUA atau pergaduhan yang maha dasyat !

Dia kata , filem filem mat rempit ni wujud selepas wujudnya mat rempit.. Bukannya filem ni wujud dulu , baru ada yang terpengaruh lalu jadi mat rempit ! Apakah zaman P.Ramlee takde mat rempit ? Apakah zaman Hang Tuah takde mat rempit ? Mungkin motor takde , tapi sampan ada , lumba kerbau , lembu atau kuda .. Sapa tau kan ? Takkan anak anak zaman tu  tak merempit guna sampai atau dah belajar merempit dengan berlumba main upih ??

 

image

Gambar hiasan

 

Dalam sejarah Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat , pelbagai contoh dan teladan mengenai manusia dah ada .. Pelbagai peristiwa dah menceritakan perangai manusia ni  .. Al-Quran sebagai bukti … Setiap perlakuan manusia dah diceritakan disitu ..

Filem filem yg memaparkan pembuangan bayi , zina , maksiat .. apakah baru saja berlaku ? Kalau dikaji sejarah , zaman jahilliyah lagi dah wujud semua ni .. Takkan filem sekarang memaparkan apa yang berlaku sekarang ?

Bila bikin filem begini , lagi banyak banyak buruk dari yang baik .. Berapa ramai yg mampu berfikir seperti profesor atau mereka yg bergelar doktor ?

Kalau benarlah pembikin filem di negara kita jujur dan ikhlas  maka bikinlah filem yang benar-benar memberi teladan dan pengajaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah .. Kreatif ! Apakah filem begitu tak mampu jual ??  Kata bikin filem , kreatif la ! Takkan nak ikut permintaan pasaran  ?? Kita cipta la pasaran kita sendiri !

Boleh kira sebenarnya , mereka yang benar benar bikin filem kerana Allah ! Bak kata bos aku , dari kumpul dosa , baik cari kerja lain !

Ingat lagi ayat ahli panel tadi , “ Kalau tak suka .. tutup tv ! Jangan tengok wayang !” .. Bijak kata kata dia kan ? Mesti best kalau dia buat blog ..

Terlupa ‘yang besar’

 

 

image

 

“ Iskh ..malang betul la dapat kekasih cam awak ni ! Boleh awak lupa hari ni harijadi saya ?? “

 

“ Yelah .. Saya akui saya teruk .. Seteruk-teruk saya ni kan , saya ni la yang bawak awak g hospital selepas awak pitam tempoh hari .. Seteruk teruk saya ni , saya la yang uruskan segalanya sebelum keluarga awak sampai .. dan tunggu awak seharian sehingga awak sedar … Teruk saya kan ? G la cari kekasih yang boleh ingat harijadi awak setiap tahun tu.. Bye .. “

 

……

Kalau gitu , boleh tengok filem lucah !

 

Baru balik dari Seminar Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia , di Kementerian  Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan , Putrajaya , bersama sama blogger retis , UJANG ..

Best ke ? Memula tu , ngantuk gak la.. Biasa la kan .. Dengan cuaca yg dingin , perut yang kenyang .. Jadi , masuk telinga kanan , kuar telinga kiri .. Telinga kanan dengar seminar manakala telinga kiri layan borak ngan Ujang.

Bila masuk bab soal jawab , baru best ! Para hadirin lak terdiri dari penjawat awam ( pegawai dan sokonngan ) dan juga penuntut IPTA ( UITM , UM dan KUIS ) ..

Ada sorang budak KUIS ni tanya pasal filem kepada panel .. Soalannya setelah dipendekkan , kenapa filem sekarang banyak berunsur negatif ? Apakah mereka tak kisah akan kesan kepada golongan remaja ? Apakah peranan Lembaga Penapisan Filem .. Aku tepuk tangan dulu weh ! Pastu ramai tepuk !! Hahahaha ..

Seperti dijangka , jawapan berputar-putar dan akhirnya kembali seperti menyalahkan penonton .. Jawapan seorang ahli panel , kita kena tonton dengan melihat dari sudut positif .. Seperti filem KL GENGSTER ! Jangan amik yang buruk.. amik yang baik weh ! Pastu filem filem gitu , perlu ada kawalan dari penjaga !

Best kan ? Manakala ibubapa / penjaga kena mainkan peranan jaga anak mereka .. Jangan kasi tonton ! Pastu mereka yang cukup umur ni , kena ‘belajar’ pandang dari sudut positif bila menonton sesebuah filem yang mungkin ganas atau menakutkan ..

Hehe.. Kalau gitu , leh tonton filem lucah eh.. Amik yang positif yakni kasih sayang dan belaian jiwa !

Kononnya filem itu seni ..  Dan punya unsur pengajaran .. Tu yang berlambak pelakon yang dah bijak bistari eh  ! Sbb berjaya mendapat pengajaran bila membaca skrip dan melakonkan watak ??

Mak aih .. Tu dia aihh… Tapi tak pe la , pendapat dia la kan .. Dah dia cari makan dalam bidang tu..

Bagi aku , ibarat rokok .. Kalau tak nak kita hisap, jangan jual langsung ! Tapi ni tidak , letak gambar paru paru terbakar , letak gambar usus terbelah .. bibir mengelupas.. apa kes ???  Jangan kasi masuk langsung cam dadah tu haaa.. Kan senang .. Pendapatan negara  ?? Dah abis idea ke nak cari sumber pendapatan negara ?? Kan banyak cara nak cari rezeki Allah ni ..  Korang pemimpim , pk laa.. 

Kadang-kadang ‘masuk air’ gak aku ni !

 

image

Kes 1 :

“Mana pulak kunci rumah aku ni .. Dah lambat ni ! “

 

Geram tak sudah ! Bila ada hal emergency , time ni gak dia nak buat lawak ! Mencari satu rumah !! Tak jumpa .. Haih … Untuk elakkan kelewatan , aku guna kunci simpanan aku …

 

“ Kat mana la aku taruk kunci ni … “ Bentak hati aku ..

 

Lepas pulang dari klinik , aku tak puashati.. Aku mencari lagi. Masih tak jumpa . Ok , aku putus asa !

 

Tergerak hati aku .. Lalu aku seluk poket seluar .Huh !!  Tadi masa cari takde !! Ni anak toyol mana yang letak balik dalam poket seluar aku neh !! Saja nak pedajal aku la tuuu !!

 

Padahal salah sendiri ! Wife wat dek !

 

“ Biasa dah ! “ .. Katanya.

 

Kes 2 :

Hurm… Ada seminar kat Kementerian  Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan , Presint 4 , jap lagi .. Seminar Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia .. Atas jemputan Kementerian Dalam Negeri .. G sebagai blogger ..

 

“  Kat mana pulak Presint 4 ni .. Aku ni nama je duk Putrajaya. Presint presint ni aku gagal…”

 

Google… tak jumpa .. Mengarut dah ni !! Amik ikhtiar yang terakhir ,aku whatsapp kawan aku.. Kot dia tau ..

 

“ Ko kan snap resit gym tu smlm , tgk balik .. ko akan tau kat mana presint  4 mana “

 

Erk… Biar durian langsat dan duku !

 

image

 

Aiseyman .. Hari hari aku ke Presint 4 !! Hahahaha.. Kata dah kan ? Masuk air ! Kat area tu je bangunan tu .. Adoiii..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI