Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 24 Disember 2011

Cerekarama Ajaibnya Cinta vs Shaolin Soccer

Oh man .. serius .. aku tgk sekali lagi cerita Shaolin Soccer  yg jauh mengarut dr layan drama Ajaibnya Cinta nun kat TV3 tu haa.. haihhh..


Eirma Fatima ? Loh ..


Published with Blogger-droid v2.0.2

10 blog baru pilihan Ben Ashaari

 

Berikut adalah 10 buah blog yg dipilih secara rawak di ruang FOLLOWERS

 

my name is nurnaqilla binti zaini , fer the short name is " qilla" or "naqilla" u guys can coll me "qilla" i was born in 14.feb.1999 .. so i'am 12 yearsold in 2011 .. for the extension of all of you , i have become the property of a person namely "hairul ikmal" fer the short name is "ikmal" or "hairul" he is my new boyfee ! ;) ilovehimsomuch .. he was born is 2.dec.1997 .. 14yearsold this year ;) bhaha ! however i still love him ;) - story about me !! ♥♥

 

Yuliana Bahar 071189 LieQ, TAWAU,SABAH Anak Tunggal Oledy taken by AAY!! Lop FUTSAL Very Much opkos DAVID BECKHAM CHELSEA die hard fan - ஐ Misz Roti Kaya ஐ

 

Hey i'm emily adha... I luv singing... I eat a lot but i still thin... I dont eat kerang -  Si Gadis Purple

 

Blogging juz for fun, not an active blogger yet,,now I'm 17 n had finished my school life -Does Everything Is Here? 

 

right now i am one of the matriculation students in kolej mara kulim.. - dear diary : story about a girl 

 

W.N.A Shuhadda is a beautiful name belongs to me, D.O.B 11/09/1997. - sTaRs tWiNkLeZ

 

I'm just an ordinary girl trying to live life to its fullest, even if it kills me. - JUST A PART OF ME | NURUL FADILLA AZWANI 

 

find out what's is possible if you never give up - Lysha fauzy

 

Simple living girl . 5teen . an ordinary girl . i am not a perfect girl . My hair doesn't always stay in place . I spill a lot of things and i am pretty clumsy . But when i think about it && take a step back , i remember how amazingly lifetruly is && that maybe i like being IMPERFECT . - #APPLEPIE♥

 

i'm cute..hahaha - teNtAnG dIRiKu...

 

TERIMA KASIH ..

Filem cuma satu seni. Lukisan budak darjah 1 pun seni juga .

 

Aku bicarakan mengenai filem di negara kita .. Kalau Allayarham Tan Sri P.Ramlee atau arwah Yasmin Ahmad , pasti mereka akan terus mewarnai dunia perfileman negara yang semakin ketandusan idea akibat mengejar status box-office dan sejarah kutipan filem..

Tempoh hari , ada aku buat beberapa entri mengenai seorang cerdik pandai dalam bidang perfileman negara yang mengeluarkan pendapat bahawa pembikin filem adalah jujur dalam karya mereka , lebih jujur dari ahli politik . Aku hanya mampu senyum saja .. ( Rujuk SINI ) .

Bagi aku , zaman ini hanya beberapa pembikin filem saja yang benar-benar jujur dalam karya mereka.. Jumlah mereka amatlah kecil. Kalau filem pendek tu , mungkin ramai malangnya , filem pendek tak mendapat tempat sangat di negara kita .

Bila nak berbalah bab seni ni dengan mereka ( pembikin filem ) pastinya sukar kerana masing masing punya pendapat tersendiri. dan pastinya mereka lebih bersedia dengan jawapan memandangkan pengalaman mereka berdepan dengan wartawan. Maka , bagi aku seperti begini saja ..

Setiap kehidupan kita ini adalah seni .Manusia adalah hasil seni ciptaan ALLAH yg tiada langsung persamaan antara satu sama lain walaupun diklonkan ! Filem juga adalah seni ( seperti juga blog walaupun ada yang copy paste entri saja entrinya) , begitu juga lukisan budak darjah 1 yang melukis mengikut imaginasinya dan gurunya tidak layak langsung memberi markah terhadap seninya itu !

Dan tidak lupa juga , filem juga adalah seni perniagaan masakini. Tiada apa yang nak dibanggakan langsung. Kita boleh lihat filem dari pelbagai sudut tapi jangan sesekali ketepikan dari sudut agama !

Ada kawan pernah tanya aku , kenapa aku tak berminat nak jadi pelakon .. Maka jawapan aku , " Watak aku yg diberikan Allah ni pon dah banyak dosa .. ni kan pulak nak lakonkan watak yg lain ..".

 

Ben : Sekadar pendapat seorang amatur yang dahagakan filem yang cukup bermutu untuk ditonton dan dibanggakan.

“ Wanita suka tengok lelaki kencing ! “

 

Haaa .. Tengok sendiri yer ! Kang kata aku kaki kencing lak !

image

Amacam ? Percaya sudah ? Hahaha .. Ada ke ? Nak berkenalan boleh ? Hahaha .. Tak la.. nak gak tau nape sampai gitu sekali hobi dia .. Kot dia dah boring dengan hobi hobi yang sedia ada di dunia ni  maka nak buat lain dari yang lain .. kan ?

Semakin pelik manusia ni .. Ada lagi yang pelik tau ! Tu nanti aku wat cerita lain .. Hahaha …

Lisa Surihani dan Yusry nikah dah ???

 

image

Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya  –MStar.

Eh ?? Kata nak nikah 23 Februari 2012 ? Yelah , ni kan posing ala ala pengantin baru ! Ala ala baru nak kawin tu , lain posingnya kan ? Adoiii…

Kata Yusry ..

Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,".

Amboi.. Hubungan kasi  sorok sbb hormat keluarga eh  .. Bergambar cam ni tak hormat Allah ke ?

Well .. Artis.. Mereka lebih arif .. Bro , buat kat laut mana kali ni ? Takkan tasik lagi kot ? Ombak rindu la tengok ! Satu lagi mau tanya , bila mau dapat Dato ?

Andai aku jatuh cinta , sekali lagi ..

 

image

 

“ Aku jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi aku jatuh cinta kerana keikhlasan kamu terhadap agama kamu .. Sesungguhnya itulah yang membuka pintu hati ini untuk kembali bersujud padaNya , keranaNya !”

“ Aku ditinggalkan kekasih .. lagi .. “

 

image

“ Ko ni kenapa ??? Muka ketat jeee  “.

“ Hurm.. entahlah .. aku rasa aku kena mandi bunga ni .. “

“ Apasal ? Cer citer skit kat aku .. Mana tau aku boleh tolong .. “

“ Tak pe la.. kang aku citer , aku pulak kena maki ngan ko  .. “

“ Iskh ko nih.. kata kawan.. Citer laaaa .. “

“ Aku… aku baru putus dengan awek aku laa .. “

“ Aaaahhh … bosan laa ko nehh .. Tak abis abis putus ! Sejak dari sekolah rendah lagi ko dah couple ngan dia .. Sampai dah umur 30 ! Kawin tak jugak ! Putus dah beribu kali .. Ari ni putus , esok sambung ! Giler betul la korang ni ! Betul , nyesal aku tanya !! Grrrr !! Kalah budak budak bercinta ! Nikah laaa cepatt !! Dan nak monopos dah awek ko tu  !! “

“ Huh ! Kata dah .. Cer ko bayang , nasib baik tak menikah lagi .. Kalau menikah ? Entah berapa kali aku guna cina buta !! “

“ Ya tak ya gak eh .. Dah dah .. g cari lain.. Banyak lagi anak dara ada ! Kalau tak nak , aku nak ni ! Ada 3 lagi kosong ! “

“ Lagi hampeh ! “

“ Hari Tanpa Bra "

 

Ada ke ? Hahahaha .. Serius , ada orang mencarinya .. Sat , aku try google … kot ada ke .. Aku yang tak perasan .. Hahaha .. Aku gak yang malu nanti kan .. hehe .. 

Serius !! Ada tuuu .. hahahaha … Tapi nun kat seberang ! Hahahaha.. Lawak laa .. Gamaknya kalau kat Malaysia ni buat Hari Tanpa Bra ni , kena duk umah diam diam la.. Kalau keluar g town , mau pakcik pakcik mahupun abang-abang akan memenuhi kopitiam , shopping complex mahupun kedai kedai mamak untuk menjamu selera ! Hahaha .. Gilaaa …

Memang betul la pakai bra 24 jam ni tak bagus .. Eceh , aku tau tuuuu .. Hahahaha .. Aku dulu nak amik medic tapi risau lak nanti kena goda dek pesakit ! Hahaha.. Bengong punya alasan ! Baca boleh , caya jangan yer .. Aku guwau jer ..

Keyword Hari Tanpa Bra ni tersesat kat blog aku sbb entri “ Kebaya jarang tanpa bra ni haaa .. Tu pasal la ada orang leh tersesat kat blog aku .. Hahaha .. Adoii..

Kalau aku nak pakai bra , bra camana eh ?  Wife aku kata , aku patut pakai sbb besar pulak dada aku disebabkan g gym ! Hahaha… Serius arr .. Dulu member kat gym pon kata gitu gak ! Nasib baik aku jantan ! Kalau perempuan , lama dah dia tergoda ! Boleh ?? Hahaha ..

Benda HARAM memang lazat !

 

image

Betul tak aku kata ? Haa.. Arak tu haram .. Peliknya ada minum bertong-tong setiap hari ! Sedap sangat ke ? Menurut mereka yang berpengalaman , tak sedap pon tapi ketagih nak minum ! Kenapa ? SYAITAN .

Berdating ? Haaa.. ni korang pon tau kan hukum dia .. Sebelum kawin , dating hari hari .. Janji kat kekasih nak bawak pusing satu dunia bila dah kawin nanti .. Jalan berpegangan tangan .. Bila dah dapat ? Bila dah dimiliki ?

“Sori la yang , abang punya duit cukup-cukup untuk hidup sampai hujung bulan ni .. “ .

Tapi peliknya , bila beli benda peribadi , boleh la pulak eh ??? Tak ke lawak gitu ? Tak kira la laki ke perempuan , sama jer isunya !

Ni isu yang panas di pasaran ! Kes skandal skandal bagi mereka yang dah berkahwin , nak kawin , atau baru ada kekasih ..

SKANDAL ! Tak kira dah laki perempuan .. bila syaitan dah menghasut , ayat ayat cinta pon dah terliur ! Padahal sama je ayat tu dilafazkan dek pasangannya yang halal .. Tapi kenapa bila si skandalnya yg melafazkannya , rasa cam .. “ Wow , dunia ni aku yang punya .. “

Ini boleh berlaku pada sapa sapa tak kira status mahupun pangkat .. Kalau Allah dah bagi dugaan pada hambaNya , maka yang tinggal waktu tu adalah kekuatan keimanannya ..

Kewujudan internet sekarang ni ibarat menyediakan lagi jambatan untuk melakukan kerja-kerja suruhan syaitan ni .. Maka berhati-hatilah dan jauhilah dari kemungkaran ..

Sedap cuma 5 minit , bala seumur hidup !

Siapa ajar siapa ?

 

image

image

Dua artikal berita yang berbeza tajuk tapi cerita yang sama ! Camana tu ! Bila blogger guna tajuk tajuk kontroversi , ada yang kata blogger isu murahan padahal sapa yang ajar ???

Bagi aku , segalanya bergantung pada pemahaman masing masing .. Tapi awas , jika salah tajuknya pasti mengundang padah ! Anda boleh di saman malu !  Maka hati-hatilah ..

Hahaha.. FIDA oh FIDA ! Jatuh cinta lagi eh ..

 

Jaaaat gila aku ! Suka benar gelakkan orang ! Haa.. tapi nak wat camana .. Fida Ibrahim suka benar wat lawak arrr … Kenapa lak eh ???  Cer ingat apakah yang membuatkan dia terpikat pada bekas kekasihnya dulu ?

"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," . Entri SINI ..

Skang sudah ada pengganti Mamat ! Perghh .. Sekejap je luka diubati ! Hahaha.. mantap gila sehh .. Memang wanita melayu terakhir arr .. Dalam drama je la boleh !

Kali ni dia terpikat pasal apa lak ?

Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

“Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali,” katanya di Mstar .

Dengan sapa lak dia terpikat kali ni ? Artis ? Retis ? Betis ? Oh tidak sama sekali !! Sudah tentu mereka yang punya uwaaang !! Apa kelas mamat takde duit kan !! Pergh !Mantap sehhh .. Contoh terbaik !

Pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

Walahweiii … Lama tuuu.. Sebab tu tak kisah putus ngan Mamat .. Hahaha.. Mamat , mamat ! Ekau tertipukah tipah ? Pergh.. Dalam diam ku mencintai dia ..

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

Sat.. aku mampu gelak je la ! Hahahahah .. Gila kejam aku ! Sapa calarkan sapa pon tak pasti eh ? Yang aku pasti , dua dua tiffin biru Mat Gebu  ! Hahahahha …

Udah udah la berlakon Fida .. Dalam drama dah la .. Luar ni , bawak bawak berpijak di bumi yang nyata .. Jangan berlakon.. Cukuplah kita melakonkan watak yang sememangnya kita pegang dari kecik lagi ..

Mintak maaf yer Fida.. Saya bukan benci awak .. Cuma buang sikap hipokrit tu .. Dulu saya ingat awak mawar dikelilingi duri .. Rupanya durian gak … Nasib baik laku ..

Anak pemain bola terkenal , hilang dalam perut !

 

IMAG1309

Betul , tiada yang mustahil .. Semuanya kuasa Allah .. Apa saja yang DIA kehendaki , maka terjadilah ..

Cuma aku terpinga-pinga je la.. Walaupun ini bukan kes pertama yang pernah aku dengar namun … Haa.. Nak tulis lelebih , aku kena jaga bahasa aku ..

Aku tau pasal ni pon masa adik aku cerita kat aku tadi .. Aku macam tak percaya je la.. Kemudian dia bagi bukti dari mulut pemain bolasepak yang cukup popular masakini , NorShahrul Idlan ..

Aku hanya mampu simpati pada dia .. Kebetulan pulak tadi perlawanan persahabatan pasukan Kelantan dengan kelab dari Indonesia .. Bila terpampang wajah dia , kesian terbit di hati aku ..

Orang kata bunian .. Wallahualam …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI