Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 25 Disember 2011

Blog mana yang best dan menjadi pilihan mereka pada hari ni ?

 

Pasti ada blog yang korang tak pernah tau kewujudannya .. Maka aku syorkan , ada baiknya g tengok .. kot kot blog korang pon ada yg menjadi pilihan mereka.. Sapa tau la kan.. hehe ..

Aku pecahkan kepada kumpulan sbb mudah untuk blogwalking.. Tak la kalut sangat.. Nanti kalut , jadi cam aku lak.. abis g cukur bibir aku skali ! Huwaaa… ilang encem ! Huhu.. guwau jer ..

Jomm…

Kump 1

 

Kump 2

 

Kump 3

Terbalik benar dunia ni ..

 

Masih aku ingat lagi zaman aku sewaktu kecil .. Nak angkat muka tengok muka bapak aku pon takut .. Dengan misai , dengan garangnya .. Perghh , mmg evil dead sungguh laa.. Kalau dia balik rumah , sahih aku lari masuk bilik padahal waktu tu dok layan kartun Thundercats .. Peveret tuuu..  Sampai gitu punya takut kan ?

Sekarang ni ? Mak aih.. kecik kecil lagi dah berani ajak gaduh ngan ayah dia ! Tu belum nak mintak permainan lagi ! Mintak ipad ko !! Bapak dia sendiri guna hp nokia zaman P.Ramlee dulu haaa.. Ni anak lak lebih .. hurm… Kalau tak bagi ? Satu shopping complex boleh dengan anak dia buat ujian Pilih Kasih ! Grrr… Malu mak ayah woo ..

Tu anak.. Camana pulak dengan suami isteri .. Hahaha.. Suami menunduk je kepala bila isteri bagi arahan .. Bukan takut , tapi malas nak bergaduh .. Kang bergaduh , buat pulak repot kata suami pukul .. Paling tidak , mengadu kat adik beradik .. Camana tu ?

Zaman ni , dah ilang langsung rasa hormat pada yang patut dihormati .. Dah terbalik pulak segalanya .. Akhir zaman ? Memang lama dah akhir zaman .. Tunggu nak terbalik je dunia ni .. Haish..

Segmen : BLOG PALING MENARIK HARI INI IALAH..

 

Aku pasti ramai blogwalking hari ni memandangkan hari ni cuti umum .. Pastinya korang akan jumpa blog blog dengan entri mereka yang menarik , kan ? Apa kata kita kongsi bersama rakan-rakan lain entri tersebut ?

Jom layan .. Buka hingga jam 11 malam ni saja .. Tamo panjang panjang.. Ok ? Mula-mula , cam biasa buat satu entri khas ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : BLOG PALING MENARIK HARI NI IALAH  dan linkkan ke entri ini ..
  3. Berikan 1 buah blog beserta tajuk entrinya yg telah berjaya menarik perhatian korang dan kenapa ianya berjaya mencuri perhatian korang ..
  4. Tinggalkan url entri di ruangan komen.
  5. Tu jer ..

Sekali lagi , tutup jam 11 malam ni .. 25/12/2011.. Terima kasih ..

“ Akak nangis yer ?? “

 

image

 

“ Nak kotak yang akak mintak tadi.. Er , kak .. kenapa mata akak merah ? Akak nangis yer ?  “

 

"Biasalah dik .. Gaduh ngan pakwe akak. Cemburu dia tak abis abis. Duduk rumah pon dia ingat akak keluar dengan orang lain. “

 

“ Akak solat dah ?  “

 

“ Dah .. “

 

“ Menangis tak ? “

 

“ Erk .. kenapa lak nak menangis ? “

 

“ Dari akak menangis pada manusia yang tak percayakan akak , adalah lebih baik akak menangis pada Allah yang sememangnya nampak setiap perbuatan kita .  Waktu solat tu la kita merayu padaNya. Meminta ampun .. Bertaubat .. Dan berdoa apa saja yang kita nak .. Yang nangis kat jantan cam tu wat per.. Buat abis air mata jee ".. “

 

“ Amboi dik… sejak sejak bergelar blogger ni , akak asik kena ceramah jeee .. Ni mesti banyak blogwalking ni !  “

 

“ Hehe.. Biasalah kak.. banyak blog blog ygn memberi insiprasi dan pengajaran dalam internet tu .. Maaf yer kak ..  “

 

“ Tak pe la.. terima kasih kerana sudi tegur akak. InsyaAllah , akak cuba ubah yer dik.. “

 

Pergh.. Kalaulah wujud perbualan begini …

Semalam adalah pengajaran . Hari ini adalah pembetulan. Dan esok adalah peluang terakhir !

 

Perjalanan hidup kita ini satu cuma satu dugaan dari Allah ..  Apakah yang kita lakukan semalam  ? Kita akan ingatinya sebagai kenangan sebaliknya melupakan dosa yang telah kita lakukan . Dan terus mengulanginya dengan harapan esok masih ada .. Esok bagi kita adalah TUA .

Kita terlupa , maut hanya menunggu masa saja. Tak kira tua mahupun muda !

Renungi semula apa yang telah kita lakukan semalam dan apakah kita telah mengisafinya ? Andai hari ini masih bernafas maka itulah peluang terakhir yang diberiNya .

Jika esok masih ada , ianya satu bonus untuk memperbetulkan serta bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhaiNya. Apakah kita berpeluang untuk menikmati hari esok ?

Ibu dan anak .

 

Dari kecil si ibu menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Tidak dibenarkan walau seekor pun nyamuk hinggap pada anaknya.

image

Tapi bila anaknya mengaku sudah dewasa , tak sampai satu hari .. apa yg ibunya takutkan itu menjadi kenyataan ..

Hurm..

Kalaulah ada di Malaysia , alangkah selamatnya anak cucu kita ..

 

image

image

image

Pasal apa semua ni ? Ok , gi baca sendiri kat SINI .. Kalaulah dilaksanakan di Malaysia , confirm penuh masjid setiap masuk waktu solat !

“ Mana telekung akak ?? Nak solat ni ! “

 

 

image

“ Adik , nampak telekung akak tak ? Nak solat ni .. cepat la.. “

 

“ Tuu.. Akak ni ,cari ngan hidung kee  ?? Er , kak .. Allah melihat kita setiap saat. Bukan masa nak solat je tau .. “

 

“Maksud adik ? “

 

“ Yelah , masa solat , tutup aurat.. Lepas solat ? Akak pakai ketat ketat tu.. Rambut akak tu .. Hehe.. “

 

“ Erk… “

Aku pelik la dengan perempuan yang minat Mat Afrika ni !

 

image

Aku tepuk dahi je bila baca ! Mungkin aku terlewat tapi itulah .. Bila kita pandang , dia kata kita cemburu ! Kata la lelaki melayu tak romantik ! Atau paling tidak pon lelaki melayu ni tak berduit.. Mulut je bermadu !

Tuuu .. Bila kena kes kes gini ? Sapa yg malu  ? Aku gak !! Nape ? Tuuu .. Bangsa aku gak tuuu .. Malu sehh ! Macam kemaruk sangat dengan duniawi !

Kadang-kadang aku fikir , diorang ni .. akal letak kat dalam tupperware kot bila bersama dengan Mat Afrika ni ! Ke diorang kena voodoo ? Ni dah fitnah ni ! huhuh ..

Tolong la eh .. Jangan rosakkan diri sendiri ! Aku tau ada yang berfikiran , ‘ dari bagi free baik dapat duit ‘ kan ? Haaa.. amik makan dia !

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

 

Sekadar perkongsian memandangkan blog ini punya rakan pembaca yang pelbagai kategori umur. 

Dari DRMAZA.COM

 

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

 

Jawapan dari  Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.. Sila klik SINI ..  Semoga persoalan terjawab.

Filem Ombak Rindu ibarat blog copy paste yg tinggi trafik .

 

Filem Ombak Rindu yang dikatakan mencecah RM10 juta dan pastinya memanaskan ramai bontot pengarah filem .. Filem yang diangkat dari novel Ombak Rindu yang mana sudah punya ‘hot’nya sendiri dikatakan berbeza sedikit dari novel.. Apa pun , aku belum tertarik untuk menontonnya.

Tak susah bagi pengarah nak bikin filem begini apatah lagi dengan pelakon yang sudah pastinya ada ‘pengaruh’ mereka sendiri yang awal awal dah buat promosi di laman sosial masing masing .. Hanya tunggu masa nak serbu. Yang kaki novel , akan kecewa. Yang kaki drama , teresak-esak menangis .. Yang kaki download , senyum saja .

Kenapa aku kata filem Ombak Rindu ni ibarat blog copy paste ? Dulu blog aku , mmg banyak entri copy paste terutama dari artikal agama blog DR.MAZA yang mana aku cukup tertarik dengan setiap tulisannya. Respek gila ! Cukup teliti dan punya dalil untuk menguatkan lagi hujahnya. Jadi , dari aku buat silap dengan membuat rumusan , maka aku copy jer .

Begitu juga dengan artikal berita , mana yang best dan hot .. aku copy .. Trafik ? Memang kencang ! Rasa best .. Tapi lama lama aku sedar .. Ini bukan karya aku ! Apa guna 100 orang masuk dan baca tapi bukan karya aku yang mereka baca sebaliknya orang lain yang punya. Jadi apa guna aku jadi blogger ?

Begitu juga dengan filem Ombak Rindu. Novelnya saja dah cukup meletop. Kalau dibuat filem , memang lagi meletop tapi apakah kepuasannya ? Cuma $$ ?? Dari segi lain ?

Lebih baik buat filem filem yg membuka mata masyarakat ( memberi kesedaran dari mula hingga abis ) dan juga memberi keuntungan pada masa yang sama . Bagaimana ? Anda pembikin filem , anda fikirkan. Kata kreatif , maka buktikan. Takat adaptasi , baik tengok movie omputih ! Sama je dosanya.

 

Sekadar pendapat. Bukan merendahkan sesiapa tapi cabaran buat mereka yang gemar menyahut cabaran.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI