Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 30 Disember 2011

Automatik jadi bengap !

 

 

DSC_0410

Aku ingatkan takde la orang kenal aku kat situ ..  Tau tau , bermula dari jeti nak g island hopping tu , aku dah ditegur .. Kemudian , di Tasik Dayang Bunting akhirnya dia ajak bergambar .. Huhu.. Best part .. Aku boleh tanya soalan bodoh kat dia .. Gugup punya pasal !

“ Awak kenal saya ke ? “

Aku nak tanya kat dia memula tapi takut rasa cam kurang ajar la pulak … “ Saya kenal awak ke ? “ Atau “ kita ada berkenalan kat mana mana ke ? “

Tapi sepatutnya apa patut aku tanya ialah ..

“ Awak blogger ke ? “

Kan senang gitu ? Tapi apa nak buat .. Sesekali bila datang bengap tu , mmg gitulah aku ..

Sekurang-kurangnya aku mengaku kan ? Tak la hipokrit !

Rasa menyesal tanya soalan bangang tu bermain di kepala otak aku .. Haish… Bila dah selesai , aktiviti tu .. kat jeti , aku ditegur sekali lagi dan kali ni oleh adik dan kawan dia yg mana selama 4 jam bersama dalam bot , dia diam je ! Loh..

Aku pelik bila dia ajak bergambar .. Dan kali ni aku tanya ..

“ Adik kenal abang ke ? “

Dia gugup jap .. “ Kenal kot ? “

“ Kenal kot ? Kenal kat mana ? “

“ Akak akak tadi tu dok bercerita pasal abang .. tu yang tau tu.. “

Erkk…

" Abang ada web kan ? “

“ Aah.. “

Aku sebut nama Ben Ashaari..

“ Haa.. kenal kenal.. tau.. penah dengar.. “

Loh.. gitu lak .. Kemudian bergambar sekeping dua dan berpisah di situ.. Akhirnya aku melemparkan senyuman setelah 4 jam buat muka ganas !

Tapi , mmg aku segan bila perempuan tegur aku .. Entah kenapa.. Mmg gitu.. Rasa malu je walaupun dah tua beruban !

Sendiri buat silap , tiada maaf buat mu !

Gitu juga dlm dunia blog .. Kita perlu bertanggungjawab dunia akhirat atas setiap penulisan kita termasuk juga dgn gambar yg dilampirkan .


Ada yg fikir ianya cuma sekadar 'mainan' tp kita lupa yg membacanya mampu terpengaruh isi kandungan entri kita .


Lihat saja kes kes yg berlaku melibatkan blog . Berapa byk rahsia terbongkar .. Berapa ramai yg diaibkan ? Sapa nk bertanggungjawab ? Sungguhpon menutup muka tp Allah mengetahuinya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Logo baru bg kategori filem .. terlupa ke ?

Patut disediakan satu lg logo ..


'18 TS' bererti Tanggung Sendiri ..


Bermaksud pelakon membuka aurat .. Tengok atas tanggungan sendiri !  Dosa tanggung sendiri laa..


Kan kan ? 


Published with Blogger-droid v2.0.2

Status di FACEBOOK yang bersifat negatif !

 

Pagi tadi  sebelum keluar g island hopping , aku merayau jap kat blog blog yang punya pengaruh tersendiri … Hehe.. Entrinya mmg senantiasa menjadi tarikan bagi pembaca blog ..

Dan entri yang aku baca tadi adalah berkenaan status di FB yang bagus bagus .. Haa.. Kira status alim ulamak la gamaknya .. Padahal orangnya tak la pulak eh ? Kira gitu la bunyinya.. Aku pasti ada yang bersuara lantang la tu.. Hehe..

Masalah kan ? Semua tak kena kat mata manusia ni.. Aku yang kadang kadang status cinta , kata jiwang.. Letak politik , kata tak mengenang jasa ! Bagi status personal , kata nak muntah ! Huk aloh … Mau je aku kata , ‘ WOI , NI AKU PUNYA FB LAAA.. TAK SUKA , BLAH ! ‘ tapi aku tau .. kalau aku kata gitu , confirm dia terasa dan tercalar hatinya .. Maka tak pe la.. aku pun biar je la..

Dan kadang-kadang status aku bersifat sinis .. Bukan apa , kalau tak gitu nanti ada yang leka.. Maka kita sama sama la tolong ketuk kepala satu sama lain ! Takkan tu pon tak leh kan ?

Mungkin ada yang suka pandang dari sudut positif dan ada yang sebaliknya .. Aku pulak , hanya akan tulis apa yang aku rasa ketika itu.. Kalau terasa tu , maknanya , dia gitu la kan ? Lagipun aku tak sebut nama sapa sapa pon .. Aku tulis secara santai jer..

Terasa ke ?

Tentang Dhia . Episod akhir ..

 

Huk ! Huk ! Huk ! Ramai mengalirkan airmata .. lebih lagi bila Dhia mati .. Perghh…. Serius .. aku tengok sambil main game ! Bila iklan baru aku tengok tv .. Haaa..

Hehehe.. Best ke ?? Tah la.. aku tak ikut dari mula lagi .. Lagi pon aku pemilih skit .. Pelakon-pelakon Tentang Dhia , bukan feveret aku , jadi tak berjaya mencuri perhatian aku dan masa aku di waktu maghrib untuk menontonnya .. Hehe..

Walaubagaimana pon , ianya berjaya menarik ramai penonton terutama yang beragama Islam untuk mengadap tv lebih lama dari mengadap sejadah pada waktu maghrib .. kan kan ? Hehe.. jangan la marah.. Yer , aku pon bukan bagus mana pon.. Kira mesej ni untuk aku gak la kan ? Hahah… 

Akan ada yang kata time iklan nanti g solat .. Haa… Korang tau sebenarnya kan ? Takkan nak tulis gak .. Nak tipu sapa sebenarnya ? Heheh.. Jangan beri alasan sedangkan kita tahu hakikat sebenarnya.

Aku tak salahkan drama Tentang Dhia mengenai waktu penyiarannya .. TV3 patut pertimbangkan semula.. Kalau dapat buat sebelum subuh lagi bagus kan ? Hahaha.. Jangan la pk sangat keuntungan. Kalau Allah nak bagi rezeki tu , tak kira waktu dah.. Tapi kan bagus beramal sambil berhibur.. hehe..  Yelah , rakyat Malaysia sanggup bangun untuk menonton bolasepak pada awal pagi , takkan tak leh bangun untuk tengok drama kan ? Ha… Cer fikirkan ? Hahaha.. Bukannya tak logik kan ?

Entahlah .. Malaysia ni dah terlalu banyak sangat hiburan .. Nasib baik la masih ada  mengunjungi masjid untuk bersolat.. kalau tak ? Sila rujuk entri Namun kita masih riak dan bongkak ! dan Wah.. sambut Tahun Baru eh ? ..

Kita dah semakin alpa dan leka dengan hiburan .. Wallahualam.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI