Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 31 Disember 2011

Segmen 2011 ke 2012 : Sebelum dan selepas !

 

Wargh… Heheh.. satu segmen antara dua tahun ! Hahaha… 2011 dan 2012 .. saja nak cipta satu sejarah peribadi .. Yelah , aku kan kaki segmen dulu … kini dan selamanya ! Muhahaha … Ada aku kisah ?

OK.. segmen ni mudah jer .. Aku akan lanjutkan sehingga jam 2 pagi 1/1/2012 .. Haa.. menarik kan ? Heheh.. Segmen  pasal apa lak ? Ala , senang punya .. Jom join sebelum garu kepala nanti.. hehe..

Nak join .. Buat satu entri baru ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : 2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS ! dan linkkan ke entri ini …
  3. Apa yang korang kena buat ialah , ceritakan apa yang korang lakukan pada detik detik terakhir  tahun 2011 dan kemudian masukkanya tahun 2012 …  Contohnya , ada yang g dengar ceramah agama dan bila masukknya tahun baru , perkara pertama yang korang buat ialah salam kawan korang atau cium pp ibu korang .. haaa… Cam tu la.. ok ?  Paham ? Kalau ada gambar , letak sekali eh ?
  4. Siap ? Tinggalkan link entri korang di ruangan entri ni .. Terima kasih ..

p/s : Selamat Menyambut Tahun Baru .. Dan buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran , selamat harijadi … Ehem.. terutama buat isteri tercinta … Kata-kata ? Nanti je aku bisik kat dia .. hehehe ..

Chef Wan tutup akaun FB ! Aku sokong !!

 

Memang betul katanya ..  Ada manusia mmg suka mencari isu walaupun menda tu kecik jer .. Apa saja tulis , mesti nak dikontroversikannya ..

Memang betul la .. Ada menda boleh dipersoalkan tapi jangan la sampai baru tulis ‘A’ pon nak dijadikan isu ! Hampeh betul la perangai gitu ! Buruk benor !

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online.

Chef Wan berkata, keputusan menutup menutup akaun Facebook miliknya disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan. lDia mengambil langkah tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

" Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Sumber – Mstar

Tindakkan yang tepat ! Biar diorang rasa ! Bila nak dekati peminat , ada pulak lalat yang menghurung. Kalau nak kritik , kritik la secara ilmiah ! Ni kalau dah tersasar mengarut , aku rasa Mike Tyson pon geram woi !

Jaga muka sendiri dari sibuk dengan jerawat orang !

Tom Cruise melepaskan watak hero Ethan Hunt pada rakyat Malaysia ??

 

Dia dah tak larat katanya .. Nak releks lak bersama keluarga.. Tengok rupa dia pon dah tak larat dah kan dalam Mission Imposible 4 .. Jadi dia buat screen test online ari tu .. Haa.. Maka dah dapat dah hero yang mengantikan dia !

image

Haaa…. nak tau ? Aku tau dah korang tau punya kan ? Muhahaha .. Tengok ! Belum apa apa lagi korang dah gelak ! Tak pun jelir lidah ! Cer bagi sokongan kat rakyat Malaysia skit ! Haa.. cam tu laa … Jeng jeng jeng … Nak tau sapa ??

 

image

Amacam ?? Boleh ? Boleh blah ? Memang pon nak blah ke Hollywood neh ! Hahahah…  Tapi selepas aku ditawarkan watak tu , aku menolakkanya sebab aku tau , kawan kawan aku kat dunia maya ni takkan kasi punya sbb ada  perempuan tak tutup aurat dalam filem tu kan .. Tak pon nanti kena .. ehem.. ehem.. hahaha …

Perasan ! Tapi aku mmg suka watak Ethan Hunt .. Cool giler ..

10 blog terakhir 2011 Pilihan BEN ASHAARI

 

Yeargh.. ni kira sejarah gak ni.. blog terakhir yang menjadi pilihan aku ! Blog manakah ?? Jom tengok ..

 

image

http://nusrahyahya.blogspot.com/

 

image

http://akuamirhariri.blogspot.com/

 

image

http://hatiamira.blogspot.com/

 

image

http://shahrulfahmie.blogspot.com/

 

image

http://langkahratu.blogspot.com/

 

5 lagi ? Heheh.. blog korang .. tinggalkan link kat sini ..

 

Semoga mendapat manfaat dari blog mereka ! Selamat menyambut Tahun Baru .. Elakkan dari melakukan kemungkaran ..

Pagar makan padi ? Ada ke pagar yg makan padi ? Sapa yang lepaskan batuk kat tangga ? Hantu ?

 

Akhirnya , persoalan aku terjawab .. Kalau dulu aku tanya kat cikgu , cikgu jawab .. “ Dah buku tulis gitu , ikut je la .. “. Tapi zaman ini , cikgu pon dah susah nak percaya kat buku , kan ? Hahaha ..

HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI ! Betul pepatah tu ? Cam pelik je kan ? Haaa.. Aku pelik tapi malas nak tanya banyak. Ikut je la… Kalau salah , bukan sebab aku tak belajar tapi kes lain !

Sama gak dengan MELEPASKAN BATUK DI TANGGA .. Sapa pulak yang lepaskan batuk tu ? Momok ? Iskh .. Biar betul ?? Aku tertanya tapi cam biasa la , mampu tertanya jer ..

Namun segalanya terjawab bila rakan aku yang juga seorang blogger telah membuat satu entri berkaitan dengan kedua-dua pepatah itu .. Ah , lega kepala otak aku .. Hahaha.. Yelah , mana ada pagar boleh makan padi ! Kecuali nama dia Ahmad Pagar atau Siti Pagar !

 

Kalau nak tau sapa yang makan padi tu , maka tengok gambar bawah ni ..

image

Nama burung ini ialah burung PEGAR ! Heheh.. Dan gambar kat bawah ni lak ..

image

Ini namanya BATOK .. Haaa… Boleh bayangkan tak ? Ok ok.. aku tau korang pening .. Pe kata , korang baca sendiri kat blog kawan aku tu.. Klik SINI .. Harap persoalan korang  selama ini terjawab !

image

Tarian tiang di Langkawi ? Biar betul ?

 

IMAG1378

Apadahal ! Aku yg menari kat tiang tu haa.. Seksi tak ? Ada sapa sapa ghairah ? Hahahha .. Takde keje eh ? Saja lepaskan penat  … Penat g shopping siutt.. hahaha … Penat ikut orang ! Grr..

Patut ramai gila bila sampai Idaman Suri , Langkawi.

Amacam ? Mat Gebu confirm kereta dia bila masuk sini ! Muhahaha..


Orang sini kata Idaman Suri punya cerita tersendiri .. hehe.. tu korang kena tanya sendiri kat orang Langkawi.. hehe..


Aku sendiri pon gila bila masuk sini .. Murah murah dan byk pilihan .. hurm..


Semalam dah g Hj.Ismail Group.. Shopping kat sana.. Cokelat sana mmg byk !


Hurm.. curi keluar dari mengekori wife.. Penatttt...  Perempuan ramai woo.. cuci mata sat .. lalala .. Yeeeerlaaaah.. dosa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Aku ditangkap mencuri !

 

Sangat tak disangka ! Aku bersama seorang rakan aku di kawasan perumahan orang kaya. Kat situ aku ternampak sepohon mangga yang sangat lebat buahnya. Aku tertarik lalu memandang rakan aku tu. Dia tersenyum. Perut lapar dah ni !

Aku ngan dia kebas mangga tu  dalam 2,3 bijik .. Nampak masih muda tapi aku mmg gemar yang masam. Bila dah amik , nak lari la kan ? Maklumlah mencuri. Tetiba , ada bunyi anjing menyalak !

Pakat kelam kabut la aku ngan member aku tu. Beria nak lari keluar dari kawasan perumahan tu tapi akhir tersesat kat dalam tu dan kembali ke rumah yang aku curi mangga tu..

Tuan rumah tu , suami isteri muncul dari belakang aku lalu tersenyum .. Dia kata tak usah takut. Setakat curi mangga jer. Lalu dia jemput aku dan kawan aku ke rumahnya.

Best part ni .. Dia berbangsa cina !Haaa… Kat dalam rumah dia , kitorang berbual mesra seolah tiada apa yang berlaku dan dia langsung tidak menyentuh bab mangga tu . Dan terus berbual hinggalah kitorang mintak diri . Yang pasti kitorang malu sendiri ..

Aku terharu walaupun ianya sekadar mimpi !

Curang 50 tahun yang lepas , tetap kena cerai !

 

Mak aih.. tu diaa ! Dah tua dah tu. Umur 99 tahun dah pon .. Yang isterinya 96 tahun .. Haa.. Kawin dah 77 tahun .. Tapi sebab isterinya pernah curang 50 tahun yang lepas , maka cerailah juga mereka !

 

Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun memfailkan perceraian daripada isterinya berusia 96 tahun selepas menemui sepucuk surat isterinya berlaku curang 50 tahun lalu.

Lelaki Rome berasal dari sini dikenali sebagai Antonio C yang berkahwin dengan isterinya selama 77 tahun, terjumpa surat yang dikirim bekas kekasih isterinya pada 1940 an, ketika dia menggeledah laci lama beberapa hari sebelum Krismas, lapor agensi berita ANSA kelmarin.

Apabila lelaki itu meminta penjelasan daripada isterinya dikenali sebagai Rosa C, isterinya mengaku curang namun akibat berasa bersalah beliau tidak mengambil langkah mencabar perceraian terbabit, kata ANSA. Pasangan itu memiliki lima anak, 12 cucu dan seorang cicit.

The Telegraph menyatakan Antonio C kini menjadi orang tertua di dunia bercerai. –Bharian

Bharian

Hurmm .. tu diaa !! Cemburu tidak mengenal usia !

Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012

 

image

KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

 

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini.

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.

“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.


Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.


“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.


Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).


JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

OSBON buktikan rupa bukan segalanya ! Tahniah !

 

Yeargh.. aku belum tengok lagi final Maharaja Lawak Mega tapi keputusan dah aku ketahui melalui rakan-rakan aku di Whatsapp.. Tempat mesyuarat ahli ahli tingkap dengan kipas lipas.. hahaha..

Memula nak ucapkan tahniah buat  abang Os dan abang Abon atas kejayaan mereka.. Begitu juga buat Boboi .. Tapi entri ni nak aku tuju buat Osbon terutama abang Os ..

Aku antara peminat Os dulu .. Membesar dengan filem komedi dia bersama Salleh Yakob .. Mmg pecah perut la dua orang ni .. Sesungguhnya Os telah mengubah nasib mereka yang punya rupa macam dia .. Dulu mungkin ada yang malu dengan gigi gitu tapi dia berjaya membuktikan giginya tu membawa tuah ! Haa…

Dan Abon .. tahu tak korang yang dia tu bukan Jawa ? Haahahah .. Serius .. aku tau ni dari abang Ilya ( Senario ) sewaktu aku lepak dengan diorang dulu .. Kalau tak silap aku la.. Lama sangat dah kenangan tu .. Tahun 99 kalau tak silap..

Paling mengharukan ialah , Os sekarang menyara hidup dengan memandu teksi . Bila dunia mementingkan rupa dari bakat , maka inilah kesannya.

Tak kisah la.. Yang penting mereka berdua telah berjaya membawa watak mereka dengan baik . Sapa sangka pada mulanya mereka agak slow tapi meningkat sedikit demi sedikit sehinggalah bergelar juara.

Amik kejayaan mereka sebagai satu motivasi untuk kita mencapai matlamat dalam mengejar impian kita ! Jom layan …

Tahniah OSBON !

Kadang-kadang alasan diorang mengarut !

 

image

Ini bukan kali pertama bila mereka yang punya kuasa memberikan jawapan yang sedemikian rupa ! Aku pasti korang pon akan sokong dengan kata-kata aku bila mana kedai-kedai haram bersepah ada namun tindakan dari mereka yang punya kuasa seolah olah …. Haa..

Yang peliknya , gerai-gerai kecil yang meniaga setiap pagi tepi jalan pulak yang sering diambil tindakan ..  Hurm .. Bak kata orang la kan , yang ikan bilis ni jugak la jadi mangsa !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI