Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 31 Januari 2012

Bila lagi nak try kan ? | Pertandingan Fotografi

 

 

image

image

Amacam ? Aku masuk dah ! Gambar apa ?? Haa .. Tu nampak tak ?? Gambar apa ? Ala… Gambar ikan koi ..

image

Bila tgk ikan ikan ni kan , aku seperti berada di Tahun Baru Cina. Kenapa ? Sebab warnanya yang begitu menyerlah ! Cam blog aku gak la kan kan .. Menyerlah dengan merah ! Kan merah tu tandanya tuah bagi orang cina .. 

Lupa lak… hehe .. Sori eh .. Aku masuk pertandingan fotografi anjuran Petronas sempena Tahun Baru Cina 2012 ni haa .. Ala , bukan susah pon nak masuk pertandingan ni .. Semudah A,B,C ! Haa .. Klik SINI kalau nak tau dengan lebih lanjut ..

Berbalik pada gambar aku tu , apa  tajuk yang aku bagi ? 1MALAYSIA , 1CNY , SEJUTA WARNA ! Kenapa ? Ikan tu , namanya ikan koi .. Warna merah sinonim dengan Tahun Baru Cina dan warna kat situ walaupun nampak ‘biasa’ tapi seolah olah punya jutaan warna yang menerangkan mata .. Bila melihatnya seperti kembali ceria walaupun dalam keadaan kemuraman .. Gitulah yang aku nampak .. Heheh..

Tunggu apa lagi .. Jom la join … Bukan kena bayar pon.. Free jer !

Jalan-Jalan Blog : 5 blog baru lagi 2012/1

 

Ok , aku buat siri gini pon ok kan ? Senang nak tau .. hehe .. Blog yang aku pilih hari ini adalah berdasarkan follower .. Esok lusa , tak tau lak camana .. Hehe ..

 

1)

aku ni simple je..org senang dgn aku..aku senang la dgn org tu..take easy smua problem..yg pasti aku ni seorg yg ceria..ada mslah ke xde mslah ke..aku sntiasa senyum..inilah aku..

..HANANIA EEDAYA...

2)

image

 

3)

seorang anak kepada ibubapanya,seorang isteri kepada suaminya,seorang ibu kepada anak-anaknya,seorang individu kepada masyarakatnya dan seorang hamba kepada penciptanya.....syukur nikmatmu Ya!Allah....

TINTA UMMI

 

4)

simple but not prejudice, quite good looking women...♥♥ ;D not a sweet talker... but someone u can find after all ur friend not available to be arround u...♥♥ trust me..

~cRaZy mOmMy~

 

5)

image

 

Selamat Berkenalan dan Terima kasih ..

Dan satu lagi teksi ..

 

Ahh .. lega… Tak sangka sepenat ni ! Yelah , meeting kul 1 tengahari tapi kul 8 pagi dah keluar rumah .. Orang kata , bila hadiri sesuatu yang penting , datang awal . Jangan kasi orang tunggu kita ! Tak bagus tu .. Sama gak solat kan ? Heheh.. Jangan lengahkan .. Nanti tercicir terus .. Haa ..

Selesai meeting tadi , bro Denaihati dengan ikhlasnya hantar aku ke KL SENTRAL untuk aku terus balik ke Putrajaya. Dalam kepala aku dok fikir satu job Petronas yang tak settle dan datelinenya esok . Takde idea !  Grrr..

Naik ERL terus ke Putrajaya dan plan nak naik teksi je dari situ .. Aku tahu tambang teksi situ cam ala ala KLIA punya harga .. Nasib baik aku dah standby duit ..

Sampai kat kaunter .. Bagitau staff yg bertugas .. Amik kau …

“RM15.50 .. “

Perghhh .. Tambang ERL baru RM6 ! Hahaha .. Bapak mahal ! Tapi tak kisah la.. Nak murah , g naik bas la kan ? Hehe .. Dalam kepala aku nak cepat je sampai rumah. Aku bukan leh tahan sangat panas skang ni.. Cepat pening kepala lak.. Makin manja ! Grrr ..

Masuk dalam teksi .. Pergh… Aircond pasang tapi cam pasang kasi semut yang sejuk jer ! Adoiiii … Aku nak bersuara suruh kuatkan , tapi malas la pulak … Hurm .. Panas pon panas laa…

Bila dah nak sampai rumah aku .. Pemandu tu bersuara..

“ Kat Putrajaya ni banyak kes jenayah kan ? Tapi senyap je kan ? Tak masuk akhbar la pulak .. “ ..

Lebih kurang gitula.. Memang betul pon … Cuma banyak atau tiidak tu , aku tak pasti la.. Aku tak keje kat balai polis Putrajaya .. Hehehe .. Betul ke ? Hehe .. Tu kena tanya orang Putrajaya laa ..

“ Eh , Ben .. Aku dengar Putrajaya ada banyak kes jenayah ?  Betul ke ? “

Lupa lak aku orang Putrajaya .. Hahaha ..

 

Dua entri pasal teksi lagi .. Sila la baca … Pasti berguna.

"Jilat pon jilat laaa .. "

Berjasa pada tanah lebih baik !

Selesai dan bermulalah projek baru ..

Tak sangka lak dijemput projek besar gini .. Hari tu ngan Honda .. Yang ni lak dengan Toshiba-Intel .. Siap dpt nanti Ultrabook  lg .. tu nanti citer eh ..


Selain aku , bro Denaihati.com dan EmilaYusof.com .. Pergh .. kenal tak ? Huhu .. nama besar tu dlm dunia blog di Malaysia ..


Tak sia sia blogging siang malam aku dulu .. hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Berjasa pada tanah lebih baik !

Sampai dah aku kat Wisma UOA , Damansara dgn teksi .. hehe .. Dari Stesen PWTC tadi yg buat aku tergamam jap dengan adanya jejantas cun tu .. Memang selesa dah tp sayang , tak dijaga kebersihannya ..


Seperti biasa , dlm teksi .. aku berborak .. Huhu .. Pemandu teksi ni bg aku sopan orangnya .. Aku tak pasti samada India atau mamak sbb dia ada sebut 'insyaAllah' ..


Ceritanya sangat berbeza dr pemandu teksi berbangsa melayu tadi ..  Pemandu teksi ni berhenti kerja sbb panas baran dn juga fitness instruktor..


Dia kata teksi ni sumber pendapatan sampingan .. Sejak dia berenti kerja , dia usahakan tanah milik keluarganya dengan bercucuk tanam .. Dan sangat ok pendapatannya ! Haaa..


Dia siap nasihat kat aku , kalau ada tanah tu , usahakan je .. lagi best ! Tak payah pening kepala layan karenah orang !


Huhu .. mmg betul pon kata dia tu .. Kalau pandai ,silap silap leh jadi cam chef jepun yg aku pernah baca kisahnya di akhbar baru baru ni .. huhu..


Rezeki ada di mana mana ... Yg penting cari dan usaha ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

"Jilat pon jilat laaa .. "

Sedang dlm perjalanan ke pusat bandar Damansara .. Ada projek kat situ jap lg ..


Tadi aku singgah umah mak aku .. Pakat demam la diorang termasuk anak buah aku .. 


Hurm , aku ke rumah diorang tadi naik satu teksi ni .. Seperti biasa , aku borak ngan pemandu tu .. Saja tanya mengenai peribadi dia.. Lelaki dlm umur 50an aku rasa . 


Katanya sebelum ni dia bisnis dan pendapatannya mmg masyuk ..Tapi lepas tahun 2007 , semua merundum .. Kata dia kat aku , alangkah bagus kalau dia kenal 'orang besar ' ni .. Leh mintak projek .. Kalau kenal bini dia lagi bagus !! Dia sanggup buat apa saja . Kalau suruh 'jilat b@#$%&' pon dia sanggup ..


Aku terkedu .. Dia ni sindir atau mcm dah terdesak dengan kehidupan ?? Takkan sampai gitu sekali dia punya azam ..


Hurm .. betullah manusia ni .. Sanggup buat apa kerana dunia walaupun tipu mak bapaknya sendiri !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru setahun jer aku tinggalkannya ..

RapidKL .. Lrt .. byk benar perubahannya .. dan skg tak seteruk dulu .. mudah gila ..


Dulu guna kad .. skang coin jer .. huhu..  Dan menariknya, selain coin leh guna Touch n Go dan terus menghubungkan antara LRT dan PUTRA tu haaa .. perghh.. sekali harung jeee weehh ..


Memang jimat masa ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kecil tapi besar !

Sejak pindah masuk rumah ni , kerosakan yg korang nampak tu , tak diambil tindakan langsung .. Dah pon buat laporan ..


Kayu tu , kalau ada org yg malas nk betulkan kembali kedudukannya , bayangkan jika isteri atau anaknya tergelincir ..


Mungkin kecil bg kita tapi kesannya mungkin amat besar . Bertindak dahulu  sebelum menyesal nanti ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perempuan ‘ sombong’ bila dapat pegang stering kereta ?

 

image

Yelah , cam biasa, bukan semua macam tu tapi biasanya yg aku jumpa selalu gitu .. Spesis hati kering punya laa .. Pastu kalau bawak kereta BESAR tu , perghhh …. seolah jalanraya ana yang punya laa ..

Malas nak ngumpat lebih isu ni sbb wife aku pon memandu , adik aku.. mak aku , adik ipar aku , makcik aku , jiran sebelah aku , bekas cikgu sekolah aku , awek lama aku , secret admirer aku .. Haaa .. Jadi , buat wanita wanita yang setiap hari pegang stering tu , buktikanlah kata kata aku ni salah sama sekali ! Perempuan sebenarnya pemandu yang cekap …

Konon .. hahahah .. Larikkkk !!!!

Isnin, 30 Januari 2012

Bila si isteri menjeling ..

 

IMAG1438

Memang salah aku pun .. Selalu sangat tak off power bila tak guna atau guna berlebihan. Ni baru letrik .. Air lagi ? Hehehe .. Jangan contohi perangai aku eh … Tak elok !

Apa pendapat korang ?

 

 

Lagu buat Ibu nyanyian An-Nur , hasil karya Ary Ariasputera ni masih baru di Youtube.  Sedap gak suara dia .. Lagu ? Bagi aku , ok .. boleh layan n ‘terasa’ gak kat hati ..

Korang lak rasa camana ?

Header-header blog pilihan ..

 

Yeargh .. Header blog-blog  yang aku amik ni adalah dari entri INI .. Kira mana yang berani kata header dia menarik maka aku masuk .. Yang kata tak tu , maka tak masuk sbb dia sendiri pon kata tak cantik dah kan ? Hehe.. Tak la.. aku masuk gak la .. hehe ..

Ok , jom g tengok blog mereka .. Apakah sesuai header mereka dengan blognya ? Klik saja gambar tu ..

image

image

image

image

image

Amacam ? Mana paling menarik ? Terima kasih atas pandangan korang eh ..

Pengaruh filem !!

Haih ... Geram tengok badan si The Rock dlm The Mystrious Island yg aku tengok tghari tadi kat Alamanda..


Badan dia bukan badan bodybuilder tp badan athlit , ahli sukan .. Dia kan main American Football n wrestler ..


Dpt cam dia pon jd ler ..  Ada kawan tanya aku blog blog sukan bina badan ni .. Aku tak sure sgt tp kalau google , confirm jumpa byk punya ..


Tips ? Pon berlambak .. Aku tak boleh bg sbb aku tak berkelayakkan .. Nanti ajaran sesat lak ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Produk anti penuaan ..

 

image

Cellular Rejuvenation Serum

     

Berasaskan teknologi yang paling canggih, LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum telah membuat penampilan sulungnya sebagai produk anti-penuaan pertama yang dapat merangsang kebolehan badan bagi menambah kembali, menguat dan memulihkan kulit. Serum anti-penuaan yang berkuasa ini akan bertindak pada setiap masa untuk menghidupkan semula kulit anda di samping menetapkan piawaian baru dalam industri ini. LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum telah dirumuskan dengan menggunakan formula sel stem dewasa yang dipatenkan secara eksklusif dan mengandungi 200+ jenis faktor pertumbuhan manusia yang mampu mengubah penampilan kulit dengan menambah kembali protein-protein dalam badan, seperti kolagen dan elastin.

  • Dirumus khas dengan menggunakan teknologi yang dipatenkan untuk mengembalikan keserian, kepejalan dan kelicinan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di kulit wajah
  • Mengelakkan prosedur-prosedur kosmetik yang berisiko tinggi melalui penggunaan alternatif lain yang tidak invasif dan kurang agresif
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menembusi jauh ke dalam untuk mengembalikan tahap protein kulit
  • Menambah kembali kandungan faktor pertumbuhan dan protein kulit yang akan berkurang seiring dengan pertambahan usia.
  • Bahan semulajadi dan hipoalergenik – tanpa kandungan paraben
  • Mengandungi sejenis pemulih kedutan semulajadi yang akan mengekalkan keanjalan dan kepejalan kulit

Penggunaan LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum setiap hari mampu memperbaiki kerosakan sel kulit, agar kulit kelihatan berseri, licin dan tegang. Selain mengurangkan garis-garis halus dan kedutan secara ketara, formula penjagaan kulit yang paling maju ini juga membawa kesan yang selamat dan luar biasa.

*Kenyataan di atas belum mendapat penilaian dari Badan Pemeriksa FDA Amerika Syarikat. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apakah kelebihan teknologi sel stem dewasa yang digunakan dalam LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum?

Media yang disesuaikan oleh sel stem dalam LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum mengandungi sitokin yang seiras manusia, di mana ia adalah bersifat sama dengan sitokin tubuh manusia. Keadaan ini membenarkan interaksi yang sempurna antara produk kami dengan proses-proses semulajadi badan anda.

Bagaimana LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum boleh membuahkan hasil ?? Tu kena baca sendiri kat SINI

Kenapa perempuan jalan gini ?

 

Baru balik dari Alamanda .. Hehe .. Tgk dah citer The Myterious Island tu ? Kalau lom , g la bawak anak sekali tengok .. hehe.. 

Sepanjang kat sana , aku tak tau nak tgk mana dah .. Tengok barang dalam kedai , terliur .. Tengok makanan , malas makan .. Tengok awek , haa .. ni boleh laa.. Aku tengok sekali je ok ! Pastu tengok awek lain lak.. hehehe ..

Tamo cita pasal pakaian mereka tapi yang ni selalu buat aku tertanya-tanya .. Lelaki maklum bahawa perempuan jalan seperti dibawah ini .. Salah jalan tgk leh menaikkan syahwat woo ..

image

Tapi kalau ada yang jalan cam di bawah ni ..

 

image

Haa.. camana pulak ? Maksud aku jalan seperti pemain bolasepak la.. Faham kan ? Aku bukan perli atau nak kutuk ciptaan Allah tapi ni bab jalan ni aku rasa boleh betulkan kan ? Kecuali la mmg dah ada penyakit ke apa ..

Bukan apa.. Sayang la kalau rupa tu dah lawa tapi bila bab jalan , cam lelaki .. Kalau tak lawa ? Pon kena la bagi lawa gak jalan tu .. Tak kira la , asalkan perempuan .. Kalau dah kawin tu , lain la cita .. Tapi kalau dapat maintain , ‘ abang sayang uuu ‘ punya laa ..

Lelaki yang jalan kepit ? Tu penyakit tu … Penyakit gatal !

Jadi , cuba-cuba la betulkan jalan tu .. Kalau tak nak betulkan , pakai hijab .. Haa.. Tak la nampak bentuk kaki dan jalan tu kan .. Sbb tu suruh tutup aurat betul betul .. hehe ..Kan selamat dah .. Jalan la camana pon, tak de sapa kisah .. Jangan jalan itik lak..

Jangan marah atau terasa .. Sekadar pandangan seorang lelaki yang prihatin terhadap perempuan ..

Patut tak kedekut bila beli barang baby ?

Semalam aku g Alamanda ngan wife .. Tgk barang baby kt satu tempat ni ..  Nak beli tempat mandi dia ..Cari yg mana aku ngan baby muat masuk .. Leh main air sama sama .. hehe ..gilaa ..


Ok , sambung .. Bila tgk satu besen tu , mmg selesa ala anak menteri punya laa tp harga pon sama gak laa .. harga menteri punyaaa .. Tapi masih mampu gak la sbb aku pon ada bau bau menteri gak laa .. menteri pasola .. hihi ..


Dan skang ni aku di Alamanda lg tp seorang diri utk lyn movie .. Rujuk gambar diatas .. Tp awal la pulakk aku sampai lalu aku terima amanat dr wife utk tgkkan besen kat satu lagi pasaraya ni ..


Tuuuu.. nampak gambar tuu .. Murahkan ? Yg memula aku tgk tu harganya ratusan ringgit tp nmpk selesa la .. confirm keje nak mandi lak si kecik tu ..


Kalau korang la kan .. nak beli mana satu ? Bab kemampuan tu mmg mampu tapi keperluan .. Biasa biasa dah memadai atau yg vvip punya ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

LELAKI .. Sapa lelaki ni ?

 

image

LELAKI oh LELAKI  ..

Diorang kata LELAKI ni perangainya ada musim .. Tu kata PEREMPUAN la .. Kata LELAKI lak camana  ? Sama je ngan PEREMPUAN sebenarnya ..

LELAKI ni kalau sedar diri , dia tau tanggungjawabnya bukan sekadar nak nikah 4 atau dok berlagak macho 24 jam mahupun dok goyang kaki je tapi besar tak hengat punya ! Sebab tu LELAKI ni digelar PEMIMPIN !

Sejak lahir ke dunia lagi baby berjantina LELAKI ni  dah mainkan peranan besar. Bakal jaga adik beradiknya walaupun berstatus adik bongsu !

Bila dah semakin membesar , tanggungjawab LELAKI tu lebih berat ! Kena tolong mak ayah lagi . Ingat anak dara ke yang patut tolong ? LELAKI tauu yang kena tolong , terutama kat dapur tu haaa .. Sebab nanti dah kawin , dia kena tolong isterinya kat dapur .. Tak la kekok nanti atau sampai tak kenal mana satu epal mana satu tomato ! Haa… Ada tau !! Aku la tu .. hahaha .. Tapi tu masa kecik la.. Besar ni confius mana lengkuas mana satu halia jer .. hehe ..

Ok ok .. Aku rasa korang pon sedia maklum bab LELAKI ni kan .. Cuma ada LELAKI tak sedar diri bila dah kawin .. Terasa diri bujang atau macam tanggungjawabnya cumalah pada anaknya saja dan bukan pada isterinya .. Atau langsung tak bertanggungjawab ! Tu lagi sampah masyarakat .. Huh ..

LELAKI kena sedar tanggungjawabnya .. Jangan nak menyedap masa bercinta atau setahun pertama kawin .. Bila dah tau isteri mengandung , silalah buka mata tu .. Beban di bahu semakin bertambah tapi janganlah mengeluh. Kalau rasa beban , maka si isteri tu lebih terbeban sebenarnya. Bila mereka tengok kita cool dan buat kerja kita , mereka rasa ‘ringan’ sedikit .. Kena bijak main peranan kat sini ..

Aku nak cerita lebih bab tanggungjawab ni , aku rasa semua LELAKI tau kan ? Jadi tak payah la aku nak panjangkan cerita yang bosan ni cuma nak saling ingatkan , selagi ada bahu , selagi itu LELAKI punya tanggungjawab .. Selagi waras , maka jalankan dengan penuh dedikasi.

Kenapa ? Itulah tugas kita atas dunia ini selain dari mengabdikan diri pada Allah . Akhirat kelak , kena soal … naya nanti .. Hehe ..

Tidur nyenyak dengan FUJIAIRE

 

Korang tau tak yang kita hanya boleh tidur nyenyak jika suhu 18°Catau 65°F! Haaa… camana nak dapat suhu begitu dengan cuaca negara kita gini kan? Korang boleh baca mengenainya di sini ..

 

Macam aku yang tinggal di Putrajaya ni, suhu belah malamnya yang paling sejuk pernah aku rekodkan sendiri ialah 28.9 darjah celcius .. Tak tau la kalau ada kurang dari tu .. Ni aku rekod sendiri la ..

 

Maka setiap mlm , aku akan tarik katil aku untuk tidur di bawah kipas syiling .. Nak pasang aircond , belum tiba masanya sebab skang ni aku tinggal di rumah milik kerajaan. Tahun depan baru siap rumah sendiri dan masa tu baru nak pasang aircond .. Jadi bila ada aircond , kena la set ke suhu tersebut (18 darjah Cel )

 

Apa jadi bila tak dapat tidur yang nyenyak ? Pergh.. confirm esoknya mengantuk .. Bayangkan nak g sekolah atau g kerja .. Menguap je la kerjanya .. Nak bagi tumpuan pada pelajaran mahupun kerja , pasti tak boleh punya .. Nak balik rumah pon , rasa malas sangat sbb memikirkan rumah yang panas tu .. Huhu.. Suhu dalam rumah atau pejabat sebenarnya penting buat kita . Ianya memberi kesan secara tidak kita sedari terutama bila membuat keputusan , perbincangan mahupun bila berehat di rumah .. Takpe , takpe .. Aku akan pasang aircond nanti.. Tapinak pilih jenama apa???

 

Korang tau tak pasal Fujiaire ? Aku ternampak TVC mengenainya kat youtube ... Cuba korang layan .. Mesti tertarik punya ..

 

Aku buat penyelidikan serba sedikit mengenai Fujiaire. Jenamanya sudah ada nama di negara kita ni dan juga mampu dimiliki aku .. Hehe … Itu pendapat aku la… hehehe ..

 

Dan kelebihannya lagi adalah waranti selama 3 tahun ( aircond unit dan compressor ) . Biasanya alat pendingin hawa dilindungi waranti selama 1 tahun untuk alat ganti dan juga khidmat selepas jualan. Tetapi jika korang mendaftar di laman web FUJIAIRE , 2 minggu selepas membelinya , korang akan dapat jaminan alat ganti untuk tahun kedua dan ketiga. Menarik kan ?

Bila dah jadi ayah ..

 

 

IMAG1412

Tadi g Alamanda Putrajaya .. Lama dah nak beli kasut untuk g outstation atau g events .. Kasut yang ada tu , aku dah bantai g gym. Nak pakai kasut kulit tu , cam macho la pulak .. Aku nak santai jer ..

Masa tengok kat Langkawi ari tu , aku berkenan dengan satu kasut Adidas ni tapi takde size . Maka cari la kat Al-Ikhsan Alamanda .. Hurm..  Jumpa .. Tapi cam ilang minat dah nak beli ..

Tengok Timberland pulak .. Berkenan .. Tapi wife lak tak berkenan sbb ala ala treasure hunter lak .. haha .. Aku mmg minat style gitu .. Malboro Classic style woo ..

Harganya mmg mahal tapi masih mampu dibeli .. Hurm.. G tengok kat butik Camel lak .. Aku mmg minat jenis boot ni .. Tapi cam tadi , wife tak minat .. Jadi , aku batalkan terus niat ..

Wife kesian tengok muka welfare aku .. Disuruhnya aku angkat .. Tapi , aku tamo .. Kenapa ? Sebab dengan harga begitu , aku boleh beli banyak menda untuk baby nanti .. Maka , sebaiknya aku jimat dulu .. Mana tau nak guna nanti .. Apatah lagi nak pindah rumah nanti nak guna duit lagi .. Haaa..

Selain dari tu , cara aku berjimat ialah dengan menyimpan semua duit baki yang telah aku pecahkan bila membeli barang .. Hahaha.. Jadi , aku hanya guna duit besar saja.. Duit kecik ,terus masuk tabung .. Hehe .. Dan tua tua baru nak menabung ..

Betul kata bapak aku .. Bila dah bekeluarga , si suami akan lebih beratkan keluarganya ..Tak kisah dah bab pakaian dia asalkan anak isterinya lengkap segalanya .. Bapak aku tu , bertahun tak tukar baju raya … Dan aku sendiri pon , dah 3 kali raya tak tukar .. Aku tak kisah pon .. Selagi boleh pakai dan kelihatan kacak . aku pakai je !

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26/2012

 

image

Malas nak layan sebenarnya tapi memandangkan aku pernah buat entri mengenai AJL ni , nak taknak kena cover skit je la..  Tu pon bukanlah tahap nganga depan tv pon.. sesambil jer ..

Hurm .. Entah , bagi aku tahun 80-90 punya AJL lagi berapi dari skang ni .. Jangan la kata skang ni bukan zaman aku pon atau nak kata aku ni kolot tapi zaman tu , mereka yang bertanding semua mmg ‘hot’ n ‘spicy’ arr … Sampai sekarang , bagi aku , takde yg sepanas mereka walaupun sekadar  kumpulan rock kapak !

Tapi nak kata semua tak best tu , tipu la kan .. Bagi aku persembahan dan vokal Alyah menarik , lagu Sungai Lui , Aizat , Awan Nano , Hafiz ( aku minat lagu nehh ) mmg unik .. Yang lain , ehem… biasa jee.. Tu citarasa aku okeh !

Dan kalau korang perasan , wang tunai untuk pemenang pon dah berkurangan .. Ini menunjukkan penaja pon dah kurang berminat untuk menaja AJL ni .. Apakah dah sampai penghujungnya atau perlu suntikan yg lebih menarik lagi nanti ? Tunggu je la tahun depan eh .. Harap ada perubahan d..

Bab kritik , aku malas nak kritik artis-artis kali ni  terutama lagu yang tah hapa hapa tapi layak ke final .. Dah rezeki diorang dan keputusan pon dah diumum pon kan ? Jadi tak yah nak kalut dah ..

Fesyen  AJL kali ni ? Hurm … Ada yang ok dan sikit je yg tak reti nak sedar diri lagi tu .. Tak pe la , yg ok tu .. tahniah dan yang belum tu , semoga Allah beri hidayah pada mereka ..

Dan keputusan AJL 26 kali ni ..

Persembahan Terbaik :

Kisah Hati – Alya ( dah jangka dah ) ( RM10K)

Vokal Terbaik :

Awan Nano – Hafiz ( yearghhhh ) ( RM10K)

 

ANUGERAH JUARA LAGU

3 ) Faizal Tahir – Karma ( RM12K )

2 ) Jac , Ning , Shella – Beribu Sesalan ( RM15K)

1 ) Hafiz – Awan Nano ( ahahahhaha .. .cayalaahh .. RM30K)

 

TAHNIAH HAFIZZ  , M.NASIR dan BUDDI !!!

 

Pada masa yang sama gak , Ustaz Azhar Idrus juga mengadakan ceramah agama di masjid Shah Alam .. Hehe .. Ada pilihan samada nak tonton AJL atau layan ceramahnya .

image

Aku ? Selalu je layan ceramah agama ni kat youtube terutama Dr.Asri punya .. huhu ..

Uik , kemas header blog dia !

 

image

Kemas .. Segalanya kena antara satu sama lain. Penggunaan font , size  , mmg buat aku cemburu benor ..  Hurm … Orangnya ? Takde kaitan eh .. Tapi baju dia tu kena dengan warna font .. Bijak dia main warna kat sini ..

Blog dia ? Muahahah .. Entri terkini dia mmg boleh buat panas punggung buat ‘ si dia’ .. huhu .. Korang baca sendiri la nanti eh .. Jom  ke blognya ..

http://hazanis.blogspot.com/

 

Korang rasa header korang unik , lain dari yang lain ? Leh tinggalkan link url kat sini .. Terima kasih ..

Pelumba basikal lebuh raya cedera parah ketika sesi latihan dilanggar .

 

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.  - Lanjut di Hmetro .

image

image

image

BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ??  Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?

Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..

Takde keje ke ?

Aku ternampak iklan ni di sebuah pasaraya terkenal di Bangi .. Hehe .. Kalau susah sangat cari kerja , maka biarlah kerja cari kita tapi kena bijak 'mengumpan' dan tau kat mana lubuknya ..


Yang penting jangan putus asa dan bykkan berdoa ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nak buat cam dia laa..

Haih .. seminggu tk g gym ni .. Otai sini pon tanya lama ilang .. Nak dtg ni pob bercinta gak sebenarnya tp paksa diri !


Kena cari semangat .. Tgk gambar si The Rock tu baru berkobar balik .. huhu ..


Entah berapa lama bertahan pon tak tau .. Dah rasa tua diri ni ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saintis Russia kesan jengking di planet Kejora ( Venus )

 

image

Dari Berita Harian  :

Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

Lanjut di Bharian.

image

Planet Kejora

image

Permukaan Planet Kejora

 

Camana ngan korang ? Percaya tak ? Hehe .. Sesungguhnya memang wujud makhluk lain selain kita cuma kat planet lain tu , tak pasti la aku kan .. Dah diorang nampak , nak kata apa kan ? hehehe.. 

Aku rasa diorang explore planet lain sbb takut bila bumi nak hancur nanti , diorang dah pindah kat sana kot .. hehe..

Melukis doodle itu haram hukumnya ? ..

 

image

Pulak ?? Biar betul ? Kali pertama aku tengok tajuk entrinya , aku dah tersengih .. Kalaulah melukis doodle tu haram , camana ngan komik lak ? Haaa .. Majalah komik ni berlambak kat pasaran lebih lagi masa aku kecik dulu.. Takde pulak yg kuarkan fatwa masa tu malah ada komik siap berdakwah lagi .. haaa.. Camana tu ?

Aku pon masuk dan baca ! Tu penting tu ! Jangan baca tajuk saja lalu terus buat kesimpulan ! Salah tu !! Haaa.. Kena masuk , baca betul betul baru buat kesimpulan. Tu pon kena rujuk pada yang pakar dulu kalau keliru lagi .. Jangan memandai kuarkan fatwa sendiri lak .. Cari pasal namanya tu ..

Jadi , doodle ni lak camana hukumnya ??  Haa , tu korang leh dapatkan jawapan dari rakan blogger yang telah buat sedikit rujukan pada yang ahlinya .. Klik SINI ..

Pening kepala ? Aiseyman .. Menda gini pon pening eh ? Sebelum nak pening menda menda gini , kita patut pening dengan perkara yang lebih asas seperti aurat , solat ,maksiat dan lain lagi .. Tang tu , ramai pulak pandang ringan eh ? Hurm ..

Sabtu, 28 Januari 2012

Cerekarama TV3 : Aku mahu terbang

 

Sebuah lagi cerekarama yang menarik untuk ditonton. Semangat setiakawan , semangat untuk maju dalam hidup dan tidak ketinggalan juga , sikap dengki  ditonjolkan dalam cerekarama AKU MAHU TERBANG ini .

image

Yang menariknya , pelakon untuk cerekarama ni kebanyakkannya muka muka fresh ! Tu yang best tu.. Tak la muka sama je kan .. Baru la seronok tengok ..

Ni kalau tak , dia tu la hantu , dia tu gak la awek cun , dia tu gak laaa mak tiri ! Aiyooo

Bercita-cita tu mmg mudah tapi nak mengejarnya memerlukan semangat yg kuat disertai dengan belajar rajin rajin laa kan ? Takkan nak cakap je kan ?

image

Berkaitan dengan cerekarama ni , bagi aku ceritanya mampu membina semangat anak anak kecil yang menontonnya untuk mengejar cita-cita mereka dan sedikit sebanyak menginsafkan mereka terutama yang suka lawan cakap orang tua mereka .. Haa..

Dugaan tetap ada .. Dengan wujudnya dugaan , segala pencapaian lebih manis untuk dikenang . Kalau semudah A,B,C , tak menarik la pulak kan ? Itulah kehidupan yang tertulis buat kita semua . Harungi dengan tabah disertai dengan tawakal dan iman di dada. Jangan putus harap dan senantiasa berdoa pada Allah.

image

Nama pelakon ramai la pulak .. hehe.. Tak sempat nak  hafal.. hehe.. Tak kisah la… Janji cerita OK!

image

Teruskan hasil drama drama begini .. Tahniah buat pengarah , Mohammad Feroz Kader dan juga para pelakon.

image

Download Aku Mahu Terbang .. Tarak laa kat sini .. Hehe..

Ku bukan pembunuh upahan !

 

 

IMAG1395

Kenal tak menatang kat atas tu ? Haaa .. Tak kan ? Kenal eh ? Haa .. Kalau masa aku kecik dulu , confirm ni berjenama YONEX punya arrr .. Tapi bila dah tua ni , takde jenama pon okeh dah , janji ada bunyi ‘ buzz’ .. haaa ..

Memandangkan wife akan bersalin tak lama lagi , jadi persekitaran  dalam rumah perlulah jauh dari bau bau yang punya racun ni haa… Maka racun penyembur tidaklah digalakkan sama sekali digunakan ! Haaa…

Sebagai ganti , aku guna reket elektrik ni haa.. Kalau kena kat nyamuk , confirm hangus punya aarrr .. Tiada belas dah ! Bukan aku kejam tapi dia yang wat hal dulu !! Sapa suruh hisap darah aku sampai merah kulit aku yang putih gebu tuuu.. Haaa .. hehe ..

Kali pertama aku tengok reket ni , kat rumah kawan wife aku nun kat Alor Setar bila mana suaminya dok menghayunkan reket tu ke sana sini .. Dan menariknya bunyi letop letop tu haaa.. Hehee.. Ye la , aku geram kat nyamuk ni lama dah !

Kalau dulu , kat rumah mak aku .. Aku akan guna gayung dan basahkan dengan air sabun .. pastu aku hayun kat port dia.. Hahaha.. Amik kauu .. Dekat 20 ekor gak arrr.. Kalau tak sampai 20 tu , aku jadi pelik lak .. Mesti diorang dah keluar memburu tu.. Hahaha..  Alhamdulillah , walaupun banyak nyamuk tapi bukan spesis aedes .. hehe ..

Apa pun dengan membeli reket ni , aku harap aku dapat mengasah bakat aku dalam dunia badminton yang mana telah lama aku tinggalkan … Aku kidal okeh ! Hehe.. Nak try  jumping smash ala Misbun kee ??

Lupa lak , reket elektrik ni boleh di beli di Mydin .. Murah je.. Tak sampai RM20 pon .. Atau kat pasar malam berhampiran dengan rumah mak mertua atau pakwe korang ..

Nasihat ! Jauhi dari kanak kanak ! Dan baterinya , rechargeable …

Ololo.. comelnya header dia .. hehe ..

 

image

Hehehe .. suka tengok mata dia .. Hahaha .. comel gitu .. Skang ni aku perasan ramai blogger perempuan terutama yang remaja ni suka header – header gini .. Bagus la kan .. Sekurangnya takde la isu isu remeh seperti nak kata blogger tu top sebab muka dia atau dok tayang body je memanjang kan ? Ni la masa nak buktikan bahawa penulisan blogger tu la punca blog tu ‘panassss’ .. kan kan ?

Camana nak buat header cam ni ? Haaa.. tu kena belajar kat anak buah aku tu haaa , Lyssa Faizureen .. Aku tak buat tutorial blog ni .. Cuma tips ringkas pasal blog je  .. Letih nak buek entri tutorial ni .. dan nak balas komen.. hehe ..

OK.. jom g tengok blog tuan punya header kat atas tu .. Aku pon nak buat header cam ni gak la.. OK tak ?

http://www.belogkayangan.blogspot.com

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI