Aku bukan tomboy ! Eh .. Bukan hipokrit !

by - Jumaat, Januari 06, 2012

 

Prinsip aku ! Aku berpegang hingga aku buktikan ! Aku tak sambung kontrak aku dengan xxxx  sebab banyak perkara dan paling utama sbb aku gemar mengkritik serta tak puashati dengan pengurusan. Aku amik langkah berani dan buktikan kata-kata aku..

Bodoh ?  Rugi ? Keje mudah ? Betul .. mmg rugi .. Apatah lagi aku dah berkeluarga .. Tapi aku fikir satu je… Aku tak nak mati stress weh !! Stress dengan orang-orang yang kipas lipas dari atas sampai ke bawah !

Betul ! Yang penting cukup bulan dapat gaji ! Beb ! Tu bukan motif aku hidup diatas dunia ini selain menjadi hambaNya. Nehi ! Nehi ! Nehi ! Aku nak nikmati dunia ini dengan aman .. Tak nak sakit kepala awal pagi hingga petang hari !

Ada yang fikir , mesti masyuk ni dengan blog ! Itu bukan persoalannya .. Yang penting hati gembira dengan apa yang kita buat .. Baru boleh ikhlas .. Apa guna aku terpacak awal pagi tapi engkar dengan arahan orang atasan ? Pastu duk mengutuk belakang-belakang ? Nak dapat pahala , kena buat baik.. Bila dah dapat , bagi kat orang lak ! Tak ke sia-sia ?

Itu antara alasan aku kenapa aku jadi full time blogger .. Cukuplah .. Aku jumpa dah apa yang aku minat dan juga memberi pendapatan pada aku.

Boleh hidup ke ? Kalau ‘diorang’ boleh ? Kenapa aku tak ? Bapak aku bawak bas sekolah , bermula dari van dan sekarang dah ada 4 biji bas sekolah ! Sapa tau rezeki kita di masa depan ?

Yang penting kita tau arah tuju dan usaha ! Selebihnya , berdoa dan tawakal !  Janji tidak langgar undang-undang dan agama !

Mesti korang nak tau apa perasaan aku sekarang kan ? Korang tau tak camana rasa beban atas kepala ? Aku tak rasa dah sekarang ! Serius , aman siut ! Aman dari mengumpat mengeji teman sepejabat dan jugak bos yg sangat hampeh .. Bos nun kat atas sekali tuuu ! Yang penuh kepura-puraan .. Grrr…

Sori beb ! Aku tak larat jadi tukang angguk !

You May Also Like

8 comments

  1. untung r dia jd blogger full time...heheh

    BalasPadam
  2. Waaaaa...kalau dah rasa senang mcm beban ats pala dah hilang..maknanya itu keputusan terbaik...mst ada yg lebih baik menanti... Eh jgn mati stress...xnaaak laaa... Kita buat apa yg merelaxkan otak kita la kan... Tahniah Ben, semoga penghijrahan ini membawa seribu kebaikan lg...amiin..

    BalasPadam
  3. haha...sama kes mcm aku la ni. aku dah setahun resign gomen kat tempat lama. skrg sambung PhD (cuti belajar 3 tahun)...otak pikir study je. rezeki ada kat mana2...yang penting aku takde pulak mati tak makan. kereta abes bayar gak...hehe

    BalasPadam
  4. teringin nak tau yang mana lah agaknya blog ben lagi satu... tak kan bergantung kat blog yang satu ni je kan... hmm..

    BalasPadam
  5. abang ben ! tahniah ! abang ben baru sahaja tercalon dalam 20 blog terbaik untuk 2012....kalau nak tahu lebih lanjut boleh tngok dekat link ini


    http://storygempak.blogspot.com/2012/01/senarai-blog-terbaik-2012.html

    BalasPadam
  6. Dapat rasakan perasaan mcm tu
    Mmg aman...
    Yg pnting kita bt perkara yg baik ",

    BalasPadam
  7. kalau kita buat sebab kita minat,insyallah menjadi kan. btw gud luck abg ben!

    BalasPadam