Anugerah Juara Lagu ke 26/2012

by - Ahad, Januari 29, 2012

 

image

Malas nak layan sebenarnya tapi memandangkan aku pernah buat entri mengenai AJL ni , nak taknak kena cover skit je la..  Tu pon bukanlah tahap nganga depan tv pon.. sesambil jer ..

Hurm .. Entah , bagi aku tahun 80-90 punya AJL lagi berapi dari skang ni .. Jangan la kata skang ni bukan zaman aku pon atau nak kata aku ni kolot tapi zaman tu , mereka yang bertanding semua mmg ‘hot’ n ‘spicy’ arr … Sampai sekarang , bagi aku , takde yg sepanas mereka walaupun sekadar  kumpulan rock kapak !

Tapi nak kata semua tak best tu , tipu la kan .. Bagi aku persembahan dan vokal Alyah menarik , lagu Sungai Lui , Aizat , Awan Nano , Hafiz ( aku minat lagu nehh ) mmg unik .. Yang lain , ehem… biasa jee.. Tu citarasa aku okeh !

Dan kalau korang perasan , wang tunai untuk pemenang pon dah berkurangan .. Ini menunjukkan penaja pon dah kurang berminat untuk menaja AJL ni .. Apakah dah sampai penghujungnya atau perlu suntikan yg lebih menarik lagi nanti ? Tunggu je la tahun depan eh .. Harap ada perubahan d..

Bab kritik , aku malas nak kritik artis-artis kali ni  terutama lagu yang tah hapa hapa tapi layak ke final .. Dah rezeki diorang dan keputusan pon dah diumum pon kan ? Jadi tak yah nak kalut dah ..

Fesyen  AJL kali ni ? Hurm … Ada yang ok dan sikit je yg tak reti nak sedar diri lagi tu .. Tak pe la , yg ok tu .. tahniah dan yang belum tu , semoga Allah beri hidayah pada mereka ..

Dan keputusan AJL 26 kali ni ..

Persembahan Terbaik :

Kisah Hati – Alya ( dah jangka dah ) ( RM10K)

Vokal Terbaik :

Awan Nano – Hafiz ( yearghhhh ) ( RM10K)

 

ANUGERAH JUARA LAGU

3 ) Faizal Tahir – Karma ( RM12K )

2 ) Jac , Ning , Shella – Beribu Sesalan ( RM15K)

1 ) Hafiz – Awan Nano ( ahahahhaha .. .cayalaahh .. RM30K)

 

TAHNIAH HAFIZZ  , M.NASIR dan BUDDI !!!

 

Pada masa yang sama gak , Ustaz Azhar Idrus juga mengadakan ceramah agama di masjid Shah Alam .. Hehe .. Ada pilihan samada nak tonton AJL atau layan ceramahnya .

image

Aku ? Selalu je layan ceramah agama ni kat youtube terutama Dr.Asri punya .. huhu ..

You May Also Like

17 comments

  1. Btol bro Ben aku setuju AJL taun ni suam2 kuku.Xde prestij langsung.Nampak sngt bajet kurang..Persembahan xde aura..Nasib baik lagu yg menang boleh dkategori sbg karya yg Ok jgk.

    BalasPadam
  2. saya tonton dua-dua..haha..berlawan satu ceramah satu lagu

    BalasPadam
  3. Tahniah hafiz...you are the best....

    BalasPadam
  4. HUHU . Lyssa layan ceramah dari Ustaz Kazim je . hekhek #

    BalasPadam
  5. jac,ning,shahila dapat rm 15 je??
    hahaha

    BalasPadam
  6. salam terjah abg ben.. hahaha..
    tahniah wat pemenang

    BalasPadam
  7. keputusan tahun tak mengecewakan peminat. adil dan saksama. ALYAH the BEST!

    BalasPadam
  8. keputusan mmg sy setuju 100%... tp, ajl mmg bnyk peubahan... dulu lg best... pentas kecik tp persembahn gah dgn penari... skrg penuh dgn prop je... tak menarik la... klu dulu tgok excited gaban... skrg tak pun...

    BalasPadam
  9. Tak tengok AJL kali nih, tapi rasanya Awan Nano memang best dan layak menang.

    Cuma kalau Anuar Zain yang menyanyikan sendiri lagunya Sedetik Lebih, pasti nasib Hafiz akan berbeza. I rasa Jaclyn Victor telah merosakkan lagu tuh. Just my opinion...

    BalasPadam
  10. ade bace suratkaba arini? Pasal bayi tanpa kepala. Kejam betul la sape yg bunuh bayi comel tu. Harap2 yg bunuh tu ..... Cepat! Sory lari topik.

    BalasPadam
  11. @logorithm setuju...semalam tak paham apa yg disebut JAC utk lagu SEDETIK LEBIH.

    BalasPadam
  12. @misz_eyza
    Terima kasih misz_eyza.

    Mungkin agak keterlaluan statement I yang mengatakan bahawa Jac telah merosakkan lagu tuh sebab I buat andaian tersebut berdasarkan kepada persembahannya di separuh akhir.

    I baru jer menonton persembahan Jac di final AJL26 kat Youtube. Jac sebenarnya telah mencuba yang terbaik. Persembahannya boleh tahan, tapi lagu tuh tetap bukan milik Jac... bukan untuk penyanyi wanita, IMHO...

    BalasPadam