Bernafas dalam lumpur !

by - Rabu, Januari 11, 2012

 

Sekarang ni aku berstatus KULI cum BOS ke BOS cum KULI ? Aahh .. sama jee .. Status aku dulu dengan kerajaan , kontrak . 3 kali aku dipanggil interview , cuma satu je aku g .. Tu pon yang Insp Polis tu.. Fizikal lepas.. Ujian lepas cuma kantoi sbb pakai spek ! Haha.. Tak pe .. Memang aku cari alasan utk ditolak sbb aku tak yakin mampu jadi polis yang baik ! Yup , aku sedar diri masa tu ditambah lagi dek nasihat oleh senior-senior  yg kebetulan satu bilik asrama ngan aku sewaktu induksi tu . Yelah , bila jadi polis ni , sahabat baiknya adalah penjenayah. Iman kena kuat lebih lagi lelaki . Kalau tak $$ , godaannya adalah kuasa. Haa.. Tu berpangkat tu.. Alhamdulillah , syukur pada Allah sangat sangat masa tu. Lega gila ! Aku tak perlu bagi alasan dah pada orang tu aku kalau aku dapat tapi aku tak nak .. Hehe..

Lepas dari tu , aku kerja kontrak dengan kerajaan bermula sbg guru hinggalah ke kementerian .. Hurm .. Sewaktu di kementerian aku dipanggil temuduga 2 jawatan tetap , AADK dan EO tapi aku tak pergi sbb aku tak berminat nak kerja tetap.. Malas nak g kursus dan byk lagi la alasan aku..

Setelah hampir 6 tahun aku berkhidmat di Kementerian Pelancongan , aku amik keputusan untuk tidak menyambung lagi atas alasan ‘CUKUPLAH JADI TUKANG ANGGUK ‘ .. Aku tak larat lagi nak berpura-pura. Tak berbaloi langsung ..

Pelbagai pengalaman yang aku dapat di sana . Dan aku ni spesis suka kritik terang-terang . Tapi masalahnya , ‘ada pihak’ tak boleh terima .Nak kata apa kan ? Dari kita mencemar nama buruk , ada baiknya tak yah sambung. Apa guna kerja tak ikhlas kan ?

Alhamdulillah , sebelum aku merealisasikan hasrat aku tu , aku dah sediakan payung .. Entah mmg rezeki aku dalam bidang penulisan ini , walaupun tak menjanjikan Ferarri atau pangkat  , aku tetap gembira kerana aku tak perlu lagi mengikut kata orang lebih lagi yang .. yang.. haa.. ni tak perlulah aku abiskan ayatnya. Mereka yang bekerja di sektor awam saja tahu.

Maaf .. aku bukan kritik sapa sapa tapi inilah realitinya . Kalau nak kerja di sektor awam , pastikan berpangkat dan punya jawatan yang bertaraf profesional. Kalau sebagai kakitangan sokongan , hurm.. ok je cuma jangan la dok membandingkan kerja dan gaji. Tak suka kalu , berenti dan buat bisnis ! Tak perlu nak memberontak dalam diam . Tak ikhlas kerja namanya.

Dulu aku cukup enjoy kerja . Sabtu Ahad pon aku datang tanpa disuruh tak perlu claim OT .. Kenapa ? Sbb aku seronok walaupun tensen .. Dan tahun lepas , merupakan tahun yang cukup cukup merosakkan segala kenangan manis yang aku pungut di sana. Tapi itulah kehidupan. Tak selalunya di atas .

Bila aku bagitau pada rakan-rakan yang aku tidak lagi bersama kerajaan , mereka terkejut.

“ Tak rasa rugi ke ? “

Aku lagi rasa rugi kalau lebih lama kat situ. Aku hidup sekali jer .. Aku jumpa dah apa yang aku minat . Dan sokongan isteri aku , menguatkan lagi azam aku untuk menyatakan bahawa apa yang aku lakukan ini amat berbaloi !

Ya , susah dahulu .. Tapi mengapa ada yang berjaya ? Kenapa mereka boleh dan aku tidak ? Aku dah berjaya buktikan macam macam pada pembaca mahupun mereka yang mengenali aku.. Apakah aku perlu terus makan gaji untuk hidup ??

Rezeki kita , Allah yang tentukan .. Kita perlu berusaha. Dengan ilmu yang kita pelajari selama ini , apakah kita hanya layak makan gaji ??

Fikirkan .. Korang yang berada di IPT sekarang ni , fikirkan kembali cita-cita korang .. Kalau anak cina mampu berjaya selepas keluar dari U , apakah anak melayu hanya tunggu surat tawaran kerja ??

Kerajaan dah sediakan jalan untuk berjaya. Pelbagai arah .. Apakah kita cuma nampak satu jalan yakni ‘ YES BOS ? ‘. Kita ini terlalu takut utk berjalan tanpa tongkat walaupun dah mampu berlari !

Aku tak nak mati dengan penyakit stress ! Lebih baik mati terlebih makan dari makin akibat tekanan jiwa ..

 

Hayati lirik lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR ini ..

 

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan

Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua

Oh kawan

You May Also Like

10 comments

  1. mesti lega kan..hehe
    kami tetap skong abg ben^^

    BalasPadam
  2. fuuuoooo ben kau kerja kerajaan rupanya...aku dah agak dah......kau ini kerja kerajaan. Terus terang aku cakap ini kali pertama aku dengar orang berhenti dari kerja kerajaan. Dulu pun perna juga cuma dulu tu dia orang kaya....jadi buat apa kerja kerajaan. Kalau dah gaji RM80k sebulan...buat apa kerja kan.

    Aku respek lah kau ben.....mesti ada kekosong tu kan...le lah...aku macuk..heheh.

    www.cayob.com

    BalasPadam
  3. orang cakap kerja kerajaan menjamin hidup .. tapi susah sebab terikat sampai la pencen .. kerja swata pulak .. senang naik pangkat & senang kena buang ..
    ape ape pun .. all the best ..

    BalasPadam
  4. orang cakap kerja kerajaan menjamin hidup .. tapi susah sebab terikat sampai la pencen .. kerja swata pulak .. senang naik pangkat & senang kena buang ..
    ape ape pun .. all the best ..

    BalasPadam
  5. hummm..memang tak best keje kalau tak bape nak ikhlas ni kan abg ben..lebih best dan hepi bila buat keje yang kita suka buat dan minat.so,kita selesa..

    tp mmg pelik la org benti kerajaan sbb kat luar ramai nak keje kerajaan..hehe..

    tabik spring kat abg ben sbb berjaya dalam bidang yg abg ben minat...

    BalasPadam
  6. biasalah pokcik ben...nama pun kuli...mmg kena jadi tukang angguk je la..

    pape pun, sbenanya bukan keja keraajaan je camtu. keje swasta pon sama je.tak kurang dengan politiknya untuk naik. tapi sume tu depends kat boss kita. kalo dia ok, kita pun ok. Mcm sy so far Alhamdulillah dapat bos yang best. Tapi department sebelah saya ni kesian betui..dapat bos macam harem...mcm duk dalam neraka je dorang huhu lepas tu sorang demi sorang resign..tak pun transfer p department lain. sy ngan orang2 department saya yang bukan staff dia pun rasa bahangnya.

    plus, keje swasta kena jaga performance, kalo tak..bye2 ler..huhu. kecuali kalo pandai gosok n kipas bos. pffftt.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah,kagum en Ben2 dpt keje sendiri

    BalasPadam
  8. owh ok la...at least abg ben dah ada sesuatu utk dibuat lepas brenti kerja nie...gud luck abg ben..(^_^)

    BalasPadam
  9. salam bro, kita cakap serius. jika ko minat menulis, kenapa tak cuba berjinak dengan akhbar, cara penulisan ko masih boleh diperbaiki dan ada kemungkinan diterima masuk sebab ko mampu membuat ulasan yang bijak. aku ex journalist NST. skrang kita cakap santai, ko pernah terfikir nak berlakon iklan? bukan peragaan atas runway. i know people in the industry. if u are not too proud to visit my blog, then you know how to contact me. aku d presint 11, dekat dengan ko. tapi aku pasti ko punyai cita-cita dan taste lebih tinggi. seikhlasnya, i wish u all the best ben.

    BalasPadam