Betul ! Tak mudah tapi berbaloi !

 

“ Gila ? Buat blog dapat duit ??? Hahaha .. hampehh ! Omputih boleh la.. Tak pun diorang buat bisnis dalam blog tu , baru leh dapat duit ! “

 

Aku pon tak caya gak dulu .. Tapi tak guna tak percaya kalau tak cuba dulu kan ? Maka , 2 tahun lepas .. aku mula buat blog dan hari ni , aku tak sambung kontrak dengan kementerian kerana aku enjoy dengan apa yang aku buat !

Apa yang aku dapat dari blog , lebih dari aku dapat kat sana .. Dan paling penting ialah , aku minat bidang ini ! Tensen tensen aku pon , inilah pilihan aku ..

Berapa ramai yang berjaya setelah bekerja sendiri ? Walaupun ramai kecundang , ianya tidak akan mematahkan semangat aku . Aku hanya perlu kerja keras dan berdoa.

Tak susah sebenarnya .. Bayangkan .. Aku ini cuma manusia biasa yang takde sebarang ‘bintang ‘ atau status pon tapi korang kenal aku dan baca tulisan aku. Bukankah itu satu pencapaian ??

Ramai takut untuk melepaskan tongkat sedangkan dia dah mampu berlari ! Mereka lebih rela berjalan menggunakan tongkat seumur hidup kerana takutkan masa depan !

Yup .. itulah semangat yang aku dapat dari filem 3 IDIOTS ! Rezeki Allah ni luas ! Cari dan gali … insyaAllah .. Hanya pemalas saja duduk dan ngangakan mulut … Harapkan burger jatuh dari langit !

18 ulasan:

  1. tahniah abg Ben kerana berani membuat 1 keputusan yg boleh dktakan berani..yela mengenai masadepan..huhu..bukan senag tu..huhuhu..moga terus maju jaya!!!

    BalasPadam
  2. oleh itu apa lagi kengkawan!? jom gali blog otai, cari rahsia dan baca tips!... (^_^)

    BalasPadam
  3. good luck bro..kagum dengan kesungguhan bro menjadi boss dan membawa halatuju ke arah yang lebih positif...

    di mana ada kemahuan,di situ ada jalankan?

    BalasPadam
  4. caiyokkkk Ben..

    kerja sendiri nak solat dhuha anytime pun boleh kannn :)

    BalasPadam
  5. abg ben saya jdikan sumber inspirasi utk maju dalam blog.saya kagum dengan kesungguhan dan bakat abg ben. Semoga suksess;)

    BalasPadam
  6. tahniah. majulah blog untuk negara. :)
    peace ^^

    BalasPadam
  7. dah kaya nanti jangan lupakan kim :P heheh !

    BalasPadam
  8. 3 idiots ni best eh...macam best je...

    BalasPadam
  9. moga blog ben terus maju...saya pun dah rasa nikmat berblog.ia bkn mustahil

    BalasPadam
  10. Gd luck abg Ben.. dan slamat maju jaya..Sy xleh nak jagi blogger sgt sbb karier saya dlm bidang lain..so sy berblogging sekadar hobi je.

    BalasPadam
  11. keputusan yg sangat berani....apa2 pun semoga berjaya dengan keje sebagai full time blogger. bukan senang untuk capai ke tahap sekarang.

    BalasPadam
  12. tahniah abg BEN... @_@

    nak tanya abg BEN, nape syieda xpernah dapat 10sen lagi..sedih betul...=.=

    BalasPadam
  13. perghh dah 4 juta kot pageview....

    BalasPadam
  14. Hahaha... I tonton jugak filem 3 Idiots hari tuh. Sebuah filem yang sangat bermakna!

    Wah... tahniah Ben sekarang dah full time blogger! :-D

    Ermmm... dah genap setahun usia blog I pada 21/12/2011... dan sejak bulan lepas, trafik agak masyuk walaupun I tak update blog / tak promote / tak blogwalking. Apakah I dah jumpa rentak I??? :-p


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Hari terakhir bekerja untuk tahun 2011

    [10PG] Kain pelikat Tok Imam tersepit kat celah punggung

    [U] Nombor plat kereta yang cool tapi HARAAAAAAM!

    BalasPadam
  15. moga makin suksess di tahun 2012 ni..^_^

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.