Buat duit atas duit !

by - Khamis, Januari 19, 2012

 

Baru abis borak dengan abang ipar aku yang baru sampai dari Teluk Intan , Perak. Orangnya , mmg kepala bisnis. Asal bergerak , segalanya bisnis. Memang bijak mencari peluang untuk memajukan diri serta keluarganya. Ni datang pon sebab nak promote roti arab pada aku . Dan ternyata roti arab tu mmg sedap ! Buat mereka nak diet , bolehlah order kat aku . Serius sedap ! Bukan nak promote tapi kenyataan.

 

Bila tengok jam dah kul 3 lebih pagi , aku mintak izin naik ke bilik dulu sbb nak settle keja tertunggak di blog . Ku sangkakan bila dah jadi full time blogger ni , rileks skit tapi rupanya tidak ! Alhamdulillah, bukan mengeluh tapi bersyukur. Biar takde masa dari banyak masa ! Kan ?

 

Antara topik perbincangan ialah mengenai penipuan dalam berbisnis. Kenapa ada orang mampu maju dalam bisnis dan mengapa dia pilih bisnis dari bekerja dengan orang . Teryata menarik sekali pengalaman hidupnya. .. Benar kata orang , zaman sekarang ni kalau nak kaya .. MENIPU saja jalannya . Atau kalau nak lebih kaya , gunakan prinsip BUAT DUIT ATAS DUIT ! Haaa.. camana tu ?

 

Naik atas , bukak laptop .. belek berita terkini dan menyampah tengok muka jantan yang serupa perempuan tapi  gila glamer ! Naik meluat dah tengok dia yang tak leh terima kenyataan ‘ awak tu tak glam dahhh ‘ … Dan ada satu isu menarik .. Hehehe .. Blogger menuduh Wardina berlakon dalam kes rompakan baru baru ini eh ??

 

Lantak korang laa.. Yang penting skang aku nak belajar jadi kaya !! Buka roti kaya atau kaya dengan budi bahasa tapi sebaliknya dengan harta dunia namun bahagia je.. Hehehe ..

You May Also Like

11 comments

  1. Bolehla order satu roti arab... mcm sedap jew.. nsib baik jauh je..

    BalasPadam
  2. jap. sebelum menabur komen, adakah ini komen pertama ? ouh oke. perasan =.="



    yupp. bila cakap tentang duit, semua akan terpinga. wahh duit ! ade yg sanggup gado, sebabkan duit. see ? eh, bukan nak kondem ke ape tau. just nak ingatkan, carik duit di liang yang betul supaya bahagia diliang lahad :)

    pesanan kita bersama :)

    BalasPadam
  3. kongsi2 la sesama kita nak jadi kaya..hehe

    BalasPadam
  4. Nak kaya gak!(^_^)...inshaallah, berkat usaha dan doa, pasti berjaya,kan?

    BalasPadam
  5. selamat pagi BA.. dah bgn lom ni? hehe

    wahh enchek suamiku suka makan roti arab tp susah nak cari kat kotaraya metropolitan ni..

    agak-agak abg ipar BA tu supply kat ner ek kat kl ni?

    BalasPadam
  6. salam ben..kesian wardina..kena rompak pun dikatakan berlakun tp blogger tu mmg mengong la tulis benda mcm tuh, nk tumpang glamer wardina la tuh.. kesian to both...adoiii

    BalasPadam
  7. Bisnes jual beli barang yg sebenar mmg cara yg tepat bknya MLM yg nak cepat kaya tu. Nak kaya cepat makan roti kaya ",

    BalasPadam
  8. wardina berlakon dlm kes rompakan? eh boleh pulak?? =.='

    BalasPadam
  9. Kawan saya pun sedang bergiat belajar cara jadi kaya dengan belajar kaedah menyimpan dari bos dia berbangsa Cina. Dia pun dah mula ubah jadi otak business. Nak bukak business personal nurse katanya.
    p/s: Jangan jadi hamba fitnah.

    BalasPadam
  10. sapa x nk kaya kn...^_^
    heh!!sape kte kes rompak rumah wardina tu lakonan semta2???korg ade bukti ke??kalo x itu di kira fitnah!sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dr membunuh...nauzubillah..

    BalasPadam