Cerekarama TV3 : Aku mahu terbang

by - Sabtu, Januari 28, 2012

 

Sebuah lagi cerekarama yang menarik untuk ditonton. Semangat setiakawan , semangat untuk maju dalam hidup dan tidak ketinggalan juga , sikap dengki  ditonjolkan dalam cerekarama AKU MAHU TERBANG ini .

image

Yang menariknya , pelakon untuk cerekarama ni kebanyakkannya muka muka fresh ! Tu yang best tu.. Tak la muka sama je kan .. Baru la seronok tengok ..

Ni kalau tak , dia tu la hantu , dia tu gak la awek cun , dia tu gak laaa mak tiri ! Aiyooo

Bercita-cita tu mmg mudah tapi nak mengejarnya memerlukan semangat yg kuat disertai dengan belajar rajin rajin laa kan ? Takkan nak cakap je kan ?

image

Berkaitan dengan cerekarama ni , bagi aku ceritanya mampu membina semangat anak anak kecil yang menontonnya untuk mengejar cita-cita mereka dan sedikit sebanyak menginsafkan mereka terutama yang suka lawan cakap orang tua mereka .. Haa..

Dugaan tetap ada .. Dengan wujudnya dugaan , segala pencapaian lebih manis untuk dikenang . Kalau semudah A,B,C , tak menarik la pulak kan ? Itulah kehidupan yang tertulis buat kita semua . Harungi dengan tabah disertai dengan tawakal dan iman di dada. Jangan putus harap dan senantiasa berdoa pada Allah.

image

Nama pelakon ramai la pulak .. hehe.. Tak sempat nak  hafal.. hehe.. Tak kisah la… Janji cerita OK!

image

Teruskan hasil drama drama begini .. Tahniah buat pengarah , Mohammad Feroz Kader dan juga para pelakon.

image

Download Aku Mahu Terbang .. Tarak laa kat sini .. Hehe..

You May Also Like

17 comments

  1. Baru je lepas tengok cita ni gak.. Kesian dengan family dia.. Nasib demi cita2 dia masih kuat..
    Sesuai untuk tontonan semua.. Impian harus dijulang dengan usaha yang setimpal..

    BalasPadam
  2. tak tengok pun. nantilah download. haahlah. biar banyak pelapis sikit. asyik muka sama je, bosan juga kan?

    XD

    http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2012/01/world-bloggers-and-social-media-awards_2110.html

    BalasPadam
  3. best..suka sgt tgk lakonan adik2 idola kecil..byk kemajuan..

    BalasPadam
  4. Mula2 bosan gila citer ni..sangat bosan...tapi lepas kemunculan Syafie naswip..terus best..sedih jalan citer dia..

    LIKE!

    BalasPadam
  5. selain dar pelakon mohsin, budak tu selalu ada mengacara kat tv9.. baru aku perasan abg dia tu pelakon rancangan tv yg x pernah aku tengok sampai abid NILA PURA TV3... yg abg pilot tu, cikgu dalam citer juvanakan.. bagus lakonan dia..

    BalasPadam
  6. aku cinta dan cita2..

    sesuai dgn name belog cik nur eh..heee... :p

    macam2 kita dpt dr cerita ni kan..

    BalasPadam
  7. aku cinta dan cita2..

    sesuai dgn name belog cik nur eh..heee... :p

    macam2 kita dpt dr cerita ni kan..

    BalasPadam
  8. rase mcm nk nangis pn ada.. huhu.. best2..

    BalasPadam
  9. Scene ketiga tu buat saya sebak ! hmmm..
    dlu mase saya form 5, kakak sy meninggal dunia sbb kemalangan jalan raya...
    sebulan sebelum dy pegi, dy ade pesan suruh saya belajar elok2, dapat kerja yang bagus, senangkan mak ayah dan tidak lupa asal usul..
    start daripada hari tu saya belajar betul2 dan berjaya..
    sekarang sy bakal menjadi seorang GURU :))

    BalasPadam
  10. asyik cerita cinta terhalang je,. boring kan...

    cerita tadi ttg semangat dan cita-cita.. bagus., lain sikit dari kebiasaan.

    http://lady-milo.blogspot.com/2012/01/ciri-blog-yang-aku-tak-suka.html

    BalasPadam
  11. eka pun tgok jugak cite ni....

    eka mmg suka tgok cerekaram tv3 ni..banyak pengajaran cerita2 dia..

    sedih..tapi kalau fikir balik..hidup ada dugaan dan paling suka ayat

    'tak guna pandai kalau malas.'

    BalasPadam
  12. hurm sempat tgk kat kedai sikit je time makan tadi..nak lyan smpai habes lambat pulak balik umah nti :) usaha tangga kejayaan

    BalasPadam
  13. halamak aku terlepas meskipun dah mark nk tgk citer nih..
    cari2 kat tonton.com xde plak..

    BalasPadam
  14. Suka tengok budak laki tu berlakon nampak real tak fake la kata orang kan. hehe

    Nice story! :D Menangeh tengok kawan baik dia meninggal dunia. huhu

    BalasPadam
  15. wah ruginya saya tak dapat pun tengok cerita ni...

    BalasPadam
  16. Huhu.. gua yg dapat tumpang 1 scene dlm drama ni pun tak sempat nak tonton.

    BalasPadam