Filem-filem gengster ? Tak payah dah la !

by - Sabtu, Januari 07, 2012

 

image

Dari Hmetro - Umpan populariti artis

 

Makin galak pembikin filem buat filem gengster .. Kenapa ? Sebab rakyat Malaysia suka tengok..  Bukti ??? Tuuu .. KL Gengster laku tak hengat punya !!!

Diorang kata filem gengster tu punya motif yang bagus .. “ Jangan jadi gengster !! “ .. Betul ? Berapa ramai yang mampu fikir gitu ? Aku berani kata , mereka lebih teruja babak gaduh dari babak insaf tu haaa !!

Amik contoh filem Hong Kong yang terlebih dahulu dah bikin filem gengster ni dan ditayangkan di Malaysia .. Kenapa makin menjadi jadi lak gengster di Malaysia ??  Filem Hollywood ? Mungkin ada yang kata , masa tu di Malaysia tak de gengster .. Sekarang baru ada dan inilah masanya nak bendung , melalui filem !

Alahai.. kalau nak bendung , dalam filem tu  dari mula hingga 10 minit terakhir dok tunjuk negatif jer .. Bila nak abis , baru tunjuk babak taubat ! Apa jadahnya ? Kalau gitu , diorang pikir , nanti nanti je la insaf !

Ini lumrah pemikiran manusia .. Bukan semua mampu fikir baik buruk apa yang mereka tonton .. Bila tengok Harry Porter , mereka nak jadi Harry .. Bila tengok Vampire , diorang nak jadi pontianak .. Tu siap buat kelab tu , budak kecik ke ?? 

Filem dibuat berdasarkan peristiwa sebenar ? Memang la.. Lebih lagi di Malaysia ni .. Pembikin filem bukannya ada idea sangat nak bikin.. Tengok kejadian sebenar pada masyarakat sekeliling lalu dijadikan filem dan TAMBAHKAN LAGI IDEA AGAR LEBIH SEDAP DITONTON !! Tang ni yg salah ni ! G tambah rempah ratus supaya lagi best dan ianya menjadi idea kembali pada mereka yang tonton terutama yang tak matang lagi pemikiran mereka !

Apa yang aku boleh kata satu jer pada penonton filem di negara Malaysia ni .. Pembikin filem takkan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi pada korang .. Mereka cuma fikir keuntungan.. Kalau korang terpengaruh dengan apa yang ada dalam filem tu , maka itu kesilapan korang sendiri ! Sapa suruh tak fahamkan filem tu ..

Akhir kata dari aku , sebelum nak bawak anak , keluarga atau diri sendiri ke panggung tu .. fikirkan semula .. Berbaloikah ? Kalau setakat nak tengok sepak terajang ni , tak payahlah .. Cari filem yang benar-benar unik , lain dari yang lain untuk ditonton .. Kita bagi pembikin filem pening kepala menghasilkan filem yang benar-benar berkualiti untuk ditonton ! Kita bayar , mereka buat ! Baru best !

You May Also Like

11 comments

  1. itula filem kita..aksi lagak ngeri, melucah lebih, mesej baik adala seciput.

    benda buruk lebih cepat tersebar dari yang baik.. kita penonton kita kontrol, bukan main tengok je..bagi untung.

    BalasPadam
  2. Setuju. Budak2 seronok tengok lepas tu ikut2 perangai gengster tu. Terus terang, memang takut tengok. ada adik lelaki dan anak buah.

    BalasPadam
  3. setuju .. tengok budak2 zaman sekarang .. mesti ada geng masing2 .. sape xde geng , disisihkan . confirm,!

    BalasPadam
  4. ha'ah,, sampai terikut2 dialog citer tu,, huh..

    jemput datang blog.. :)

    BalasPadam
  5. Filem gangster, hantu...buat meracuni fikiran je.

    BalasPadam
  6. filem kadang2 merosakkan minda
    remaja..
    remaja darah manis
    nak memberontak je

    BalasPadam
  7. yeee.budak2 sekarang ni cepat belajar.apa yg diorang tengok,diorang buat.tu citer gangster.masuk bab cite hantu plak,nanti nak pergi sana takot pergi sini takot.kata ada hantu. besar sebenarnya pengaryuh filem ni.

    BalasPadam
  8. Mujur r Cik Ana nie tak minat gangster nie huhu tgok pon bkn ada pape fedah .

    BalasPadam
  9. susah nak cari filem tempatan yang banyak pengajaran berguna...

    BalasPadam
  10. dah lama tunggu entri macamni!!
    byk cerita buat bende negatif dr awal sampai dekat nk akhir, pastu 5minit sebelum habes cite, barulaa ade moral seciput..hmmm~ =,=

    BalasPadam
  11. Berbeza dgn filem dulu. Klu dulu filem yg tak senonoh, tahyul dan banyak negatif maka menteri tak approve utk ditayangkn. Bru betul ada penapisan.
    Sekarang nih dah tak kira apa dah yg penting diorg masuk duit. Apa daa!
    Lepas tu tambah pula babak2 'rempah ratus' dah mcm filem barat. Kononnya dh maju la filem tu, apa kejadahnya, dah lupa ka dosa dgn pahala?

    BalasPadam