Hantu betul geng gores dan menang ni !

by - Jumaat, Januari 20, 2012

 

image

Dari Hmetro melaporkan , seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur , hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

 

Isu ni banyak kali dah aku update dalam blog aku ni sewaktu aku dok ke hulu ke hilir di stesen TBS tu haa .. Sampai sekarang masih ada ! Bila tengok muka muka penyangak tu , mmg sakit hati ! Dia punya lakonan macam si mangsa menang hadiah tu , Aaron Aziz pon kalah ok ! Pandai gilaa wooo .. Dia eksaited lebih lak ! 

Kesian .. serius kesian bila tengok muka yang majoritinya perempuan dan mmg nampak  gaya orang luar . Pesan aku buat student terutamanya , bila kat tempat tempat macam ni  , tolong jangan amik port dengan diorang .. Bila berjalan tu , jgn tengok muka diorang . wat bodoh jer.. keluarkan handphone , dan buat buat call orang atau terus je geleng kepala ! Jangan takut .. Semua tu penyangak besar tu !

Pelik sampai sekarang masih lagi wujud walaupun aku rasa pihak berkuasa berkeliaran kat situ .. Kebal betul ..

You May Also Like

12 comments

  1. geram jugak ngan org macam ni sebab kdg2 tu sampai paksa2 org..

    BalasPadam
  2. [elik juga bile masih ada yang percaya dan kesian bile teruk plak diorang terkena sampai camtu sekali...

    BalasPadam
  3. saya selalu kena 'approach' oleh mereka ni di area TBS, dia siap boleh kejar saya bila saya tolak offer dia.

    Last2 saya sound baik punya, sebab dia lah saya dah terlepas ERL, free2 je kena marah...

    BalasPadam
  4. syieda pernah kene dekat LRT Pasar Seni. eksaited gile kunonnya kite menang. pastu siap nak bawak g opis diorg naek teksi. kene kuat tolak diorg ni. kata-kata diorg tu semuenya TIPU!! nanti xpasal2 kene samun.

    BalasPadam
  5. mmg dia org ni hantu..very persistence n kaki paksa tahap dewa,mmg kalau jumpa kena berlakun jadi pekak n bisu n blur blur then cepat cepat cabutttt...

    BalasPadam
  6. kalo tmpt2 awam mcm tuh mmg sy wat sombong! sombong! sombong! sgt. .haha untk kslamtn bro..

    BalasPadam
  7. hmm..selalu kalau jumpa org2 macam ni sy memang cakap "tak berminat" je..habis cerita..btw memang kesian kat siapa yg dah jadi mangsa tu

    BalasPadam
  8. Salam pagi Jumaat,

    masih ada lagi rupanya ...dulu dia orang target orang2 tua yg kat kampung2 tu..sebab mak saya kat kampung pernah kena..ialah orang kampung manalah sanggup nak halau2 orang kalau orang dah terjengul depan pintu rumah ... layan-layan terus terperangkap dek kelicikan mereka berkata-kata dan berlakon ...

    lepas tu teruk juga akak kena settlekan...buat laporan polis etc etc etc... akhirnya duit tu lesap macam tu aja...tak dapat balik pun...

    yang senang, jangan layan langsung dia orang ni..

    cakap aja tak interested ...

    BalasPadam
  9. isk yeke....dia bekeliarn kat TBS-BTS? isk menakutkan je...

    BalasPadam
  10. kesimpulannya, jgnlah trpengaruh :)

    BalasPadam
  11. SAYA DAH TERPENGARUH ... ABIS DUIT RM4000... SEDIH GILER .. NANTI SAYA UPDATE BERKENAAN NI .. BEH KURANG CAM GORES DAN MENANG LE .. X SAMPAI SERU LAGI NAK UPDATE KAT BLOG, MASIH BERSEDIH LAGI, UNTUK ORG MACAM SAYA RM4000 ITU SATU JUMLAH YANG BYK.. NANTI BILA DAH BERSEDIA SAYA AKAN CERITA PENGALAMAN SAYA DALAM BLOG SAYA EKK... ARAP2 JGN ADA LE KENGKAWAN YG TERKENA .. SURF INTERNET RUPANYER RAMAI DAH TERKENA .. ADOILA, SAYA PLAK BARU TAU...

    BalasPadam
  12. sy antara mangsa mereka...sebulan gaji sy habes...derang guna cara paksa utk kita serahkan duit...hmmm...nyesal jalan sorang2 mase tu...

    BalasPadam