Jangan kedekut demi keselamatan anda !

 

Jimat elektrik ? Berpada-pada gak la kan ? Walaupun nampak macam membazir tapi ianya mampu mengurangkan risiko dari dirompak atau disamun !

Pasang lampu disekeliling rumah anda atau nak selamat lagi , pasang alarm .. Kalau anda sorang , dan tak sayangkan nyawa .. sila jimatkan duit anda !

 

image

 

Kebelakangan ini makin kerap rumah dipecah masuk .. Demi keselamatan keluarga tersayang , sila amik tindakan .. Biar rugi sedikit dari rugi banyak … kan ?

 

BA : Huhu .. 18/1/2012 .. harijadi mak aku ari ni .. hurmm..

19 ulasan:

  1. Selamat Ulang tahun IBU abg Ben.. hehehe...

    Jangan la kedekut sangat untuk keselamatan diri.. Duit xkan menjamin keselmatan anda..
    Sekiranya rumah anda dipecah masuk..duit la benda pertama yang akan hilang...
    Usahla berkira demi keselamatan... :)

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir juga untuk bonda ben - makcik aini...

    BalasPadam
  3. betul tu abg ben..jgn kita kedekut demi keselamatan....kalau bergelap je rumah ..jgn ckp perompak jer ley msk rmh..hantu pun suka gak menyinggah..hihii :)

    BalasPadam
  4. hepi besday mak..kim salam mak bro..

    BalasPadam
  5. berjaga-jagalah, kes pecah rumah memang makin menjadi-jadi sekarang ni. Takde kesedaran sivik lansung nak rompak harta benda org.. huh.

    Selamat ulang tahun kelahiran kepada mak abang ben. :)

    BalasPadam
  6. apa org yg pecah masuk ni... tak ada kerja lain agknye...

    ap yg ben ckp btl pn... jgn terlalu kedekut... jimat dan kedekut ada bezanya...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/fahamilah-dia.html

    BalasPadam
  7. Betul tu.psg lah lampu sekeliling rumah..klu mampu, satu tmn pakat upah guard..plg penting baca doa pelindung..insyaAllah dijauhkan drpd bala bencana ;-)

    BalasPadam
  8. Btl tu.psglah lampu sekeliling rumah..cek pintu sume dah kunci..dan bc doa sblm tdo ;-)

    BalasPadam
  9. takpe membazir demi keselamatan diri.. ^^

    BalasPadam
  10. kedekut membawa padah.


    selamat hari lahir buat ibu ben

    BalasPadam
  11. happy birthday to mak abang ben! semoga Allah memberkati hidup kalian!

    BalasPadam
  12. abang Beb , lepas abang tulis entry ni RUMAH WAFA PULA KENA PECAH MASUK ! Mujurlah Allah menyelamatkan kami . Diharap semua pembaca berhati-hati dan jaga keselamatan anda

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir "puan ibu ben :)

    BalasPadam
  14. berguna entry ni..btw,dah follow abg ben :)

    BalasPadam
  15. ya betul tu smlm pun dh kgsikan entri ttg kes rompakan wardina saffiyah.duit blh dicari...nyawa blhkah diganti kalau terjadi sesuatu yg x diduga?

    slmt hari lahir buat ibu yg tersayang ye :)

    BalasPadam
  16. Nak jimat elektrik kan ada alat penjimat elektrik tu.
    Kalau taknak membazir pasang jer auto switch yang gunakan PIR sensor, lampu akan automatik on bila ada org lalu disitu mengikut timer yg ditetapkan. Lg pun kan byk lampu yg watt dia rendah tetapi cerah skrg ni ",

    BalasPadam
  17. HAPPY BIRTHDAY MUM...tuk ibu Mr BEN

    BalasPadam
  18. jgn time tu baru ternganga..
    "sesal kmudian xde guna "

    BalasPadam
  19. betul tu, umah sy pon dah pernah kene pcah masuk. mmg trauma sampai skrang.wpon dah sthn berlalu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009