Janganlah aniaya manusia lain untuk cepat kaya ..

by - Jumaat, Januari 27, 2012

 

image

Dari Kosmo Online . Gambar kat atas menunjukkan ada manusia yang sanggup mencari rezeki di atas ‘penderitaan’ orang lain ! Kenapa aku kata derita ? Ada ke patut ditaburnya paku atas jalanraya  .. Pasti korang tau la apa akan jadi kan ? Pastu harga yg dikenakan adalah 2 kali ganda dari biasa ! Tak ke menderita nak membayarnya ??

Tu kat Jakarta , Indonesia  tuu .. Haa.. Korang tau la pendapatan mereka kat sana tu berapa laaa sangat kan ? Bukan ramai yang mewah pon .. Tapi bila jadi gini , sapa tak sakit hati kan ?

"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal.

Hehehe .. Tau berapa  pendapatan mereka yang melakukan kerja ni ?? Pendapatan harian mereka  sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.

Amacam ? Keji tak ? Ni cari rezeki atau nak cepat kaya ?? Kat Malaysia pon ramai wooo .. Jangan tak tauu.. Haa.. Bukak bukak mata skit yer sebelum terkena ..

 

IKLAN

promopb

Lanjut di http://muniiera.com/

You May Also Like

12 comments

  1. cara mendapatkan duit haram. cm tu laa.

    BalasPadam
  2. tak patut betul carik rezeki dgn cara mcm ni. kesian la yg jadi mangsa. :(

    BalasPadam
  3. kat mesia pun ade gak cenggini...
    manusia ati busuk camtu berlambak..

    BalasPadam
  4. mau nyer tak de kat sini...malaysia boleh apa...u bole buat apa saja yg penting u pandai makan n pandai simpan. sekali kantoi u kena pandai jawab pusing balik. sure u boleh selamat. :)

    BalasPadam
  5. doa orang teraniaya..selalu dimakbulkan..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Ben,ni Kak Sal nak kongsi satu insiden.Seorang sahabat yg.berulangalik bekerja di Penang.Motosikal dia telah pancit dan terbabas di atas Jambatan P.Pinang --telah berlanggar dgn.divider jambatan.Dia telah patah kaki.Alhamdulillah ketika itu tak ada kenderaan yg.dtg.dekat dr.belakang.Bayangkanlah gara2 penabur paku2 di atas jalan.Memang ramai dah tau yg.paku tu ditabur di jalan sebelum sampai ke tol jambatan.

    BalasPadam
  7. kat highway depa tabur paku selalunya kat laluan motor.Pastu kalau malam depa pasang perangkap dan tunggu kat tepi tu standby untuk merompak.Lokasi dikenalpasti kat highway Shah Alam ke Jalan Kebun tu.

    BalasPadam
  8. tak berkat hidup cari rezeki macam tu..

    BalasPadam