Kekasih pengkid saya lebih hebat dari suami !

by - Khamis, Januari 12, 2012

 

Baca dah Hmetro Online hari ni ? Tak pelik kan ? Memang dah terjadi lama dah .. Golongan bernafsu songsang ni semakin mengarut . Seolah tiada mati bagi mereka ... Seolah akhirat itu satu mimpi ngeri saja. Atau paling tepat , dosa pahala ibarat satu markah peperiksaan jer.. Sebab tu diorang leh buat kerja tu tanpa rasa bersalah langsung.

Lelaki liwat lelaki .. Perempuan ? Kalau buat , confirm tak mengandung. Dari buat berlainan jantina kan ? Pasti lebih teruk atau rasa bersalah punya kan ?

Hebat sangat ke dari pasangan halal mereka ? Hebat la kan sampai hari hari menjilat jari mencarinya . Tak dapat , rindu la konon… Geram la konon eh ?

Jawapan kepada ‘hebat’ ni satu jer …

image

Kenal gambar kat atas tu ? Walaupun kita tak tau bagaimana rupa makhluk yang dilaknat Allah dan NabiNya ini sebenanya , tetapi itulah simbolnya .. Iblis dan tenteranya , syaitna - syaitan yang ditugaskan menyedapkan segala yang haram dan mentawarkan segala yang halal bagi anak cucu Adam.

Bila haram , segalanya indah belaka . Halal ? Kerja sapa tu ?? Ingatlah kita bahawa dunia ini hanya satu cermin saja .. Dunia yang penuh tipu daya syaitan untuk menjadikan kita teman mereka dalam neraka kelak ..

Tau ke neraka ?  Kalau tak tau , g dapur kemudia nyalakan api.. Letaklah tangan atas api tu ..Sakitnya disebabkan api tu tak sampai langsung kesakitan nun api neraka tu .. Itu janji Allah ..

Mana aku tau ?

 

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini.

 

Apakah Nabi Muhammad s.a.w tipu kita ? Fikir kembali sebelum melakukannya ..

“ Sedap eh ? Sedap tu datang dari perasaan je.. Hakikatnya ? “

You May Also Like

14 comments

  1. Salam

    Terim Kasih atas info ini En Ben..

    BalasPadam
  2. na'uzubillah..minta dijauhkan dari golongan mcm ni dan minta dijauhkan dari t'jebak dgn gejala mcm ni...

    dunia akhir zaman ni mcm2 benda pelik yg jadi...

    BalasPadam
  3. erkkk... gila lh mereka tu... minta2 dijauhkan...

    BalasPadam
  4. betul tu abg ben...segala yg tak baik ni makin kita nak buat sebab ada yg menyokong dari belakang... berdoalah untuk kita jauh daripadanya... api yg ada di duna ni hanyalah asapnya sahaja dari api neraka...api yg sebenar belum tahu lagi kepansannya bagaimana... Allahu Akbar!!

    BalasPadam
  5. assalamualaikum en.ben...manusia skg ni dah betul2 terpesong imannya tu sbb jadi mcm tukan...x fikir dosa pahala janji dpt buat n sedap tu je yg mereka tahu....hanya Allah yg mengetahui segala2nya...

    berubah la anak2 jgnlah terlalu mengikut hawa nafsu syaitan tu....

    syaitan mmg sgt suka menyesatkan anak kaum adam ni kerana itulah janji syaitan pada Allah sentiasa akan meyesatkan umat manusia...

    BalasPadam
  6. Bahaya terlalu ikut nafsu, sampai masa nanti akan terima balasan yg telah dijanjikan.

    BalasPadam
  7. allahuakbar...mnt dijauhkan keturunan ku dr sgl maksiat..amin..

    BalasPadam
  8. makin menjadi2 bende y pelik2 kay dunia akhir zaman ni..menakutkan... jauhkn la umat islam dari gejala y bkn2 cam ni....

    BalasPadam
  9. nauzubilaminzalik..kiamat semakin hampir tanda2 kecil hampir kesemunya manusia buat setiap hari...astagfirullahhalazim...

    BalasPadam