Kita mengalakkan dalam diam sebenarnya ..

by - Sabtu, Januari 07, 2012

 

Yelah , blog aku bukan blog agama tapi inilah kesedaran namanya ..

Tapi cuba kita fikir kembali eh .. Segala dosa yang ada di depan mata kita sekarang ni sebenarnya kita menyokong dalam diam .. Tak percaya ?  Bukan semua la yang sokong .. Ada yang dah tau dan lama dah menolaknya ..

Buka mata eh ! Paling mudah ialah hiburan ! Filem .. Dalam tu ada yang tak menutup aurat .. Berpegangan tangan atau bersentuhan antara satu sama lain yang pastinya bukan halal bagi mereka .. Betul ? Kita tengok je ? Eh ? Yelah , mereka yang dapat dosa .. Kita tengok yang baik jer .. Betul ? Tapi kalau kita g tonton , bukankah kita sokong gak ?? Seperti menonton lumba kereta di jalanan .. Polis kata tu dah salah ! Tapi kenapa bab ni , tak salah lak ?? Sedangkan dalam agama terang terang dah kata salah ?

Kita sebenarnya mengalakkan mereka lagi ! Cuba kita tolak ! Pakat tak nak tengok selagi ada unsur unsur gini … Beb , kita nak besarkan anak kita dalam dunia camana ?? Kalau sekeliling kita penuh dengan unsur-unsur gini , kita nak sorok anak kita dalam rumah je ?

Memang benar kita bagi didikan .. Jangan lupa dugaan Allah.. Kita bendung dari sekarang sebelum dugaan yang amat mencabar turun pada anak kita .. Kita sendiri pun ada yang gagal walaupun punya dinding yg kuat (kononnya la) ..

Fikirkan kembali .. Kita sokong mereka berpelukan dalam filem.. Bergaduh dan banyak lagi unsur-unsur  yg tak patut ditonjolkan .. Beb , budak sekarang tak tau apa itu nasi kangkang .. Tapi bila dah tengok kat tv/filem , baru mereka tau , ‘ ohh… itu rupanya .. Dari tak tau , mereka dah tau .. Rupanya ada cara nak menundukkan orang lain.. Walaupun tau itu dosa besar , apakah gerenti mereka tidak akan lakukan seperti mana dah bagitau berpegangan tangan yg bukah mahram itu haram hukumnya ? Membuka aurat itu haram .. Tapi mereka tetap buat kan ?

Fikirkan kembali .. Apakah yang kita nak untuk anak cucu kita di masa depan ? Inilah masa untuk membetulkan kembali ..  Kita mulakan dari diri kita.. Mereka takkan buat untuk kita sebaliknya , kita mulakan perang dulu.. Tolak  hiburan yang tidak berlandaskan ISLAM !

You May Also Like

18 comments

  1. memang btol apa yg abg ben ckp.tapi bila dah dibesarkan dengan situasi mcm ni.tak taunak ckp mcm mna.tengok wayang tu dah jadi mcm kemestian org sekarang.hmm

    BalasPadam
  2. Betul tu..mari kita mulakan perang dulu!

    BalasPadam
  3. senang je nak tau filem ikut islam ke tak.. tengok poster filem pun.. dah.. macam jadah.

    BalasPadam
  4. Betul la tu. . Sue sokong dan sgt setuju dgn apa yg abg ben tulis tu. Tu la cabaran yg paling besar bg ibu bapa sekarang. Pendedahan luaran tu lg banyak dan sukar dikawal.. .

    BalasPadam
  5. suka entri nie.
    tapi cmne...benda nie da jd tabu dlm msyrkt kte......muslim xspecially.

    BalasPadam
  6. kalau macam tu, kau baik tak payah tengok tv. nak kata semua sokong apa, kau tengok jugak tv

    BalasPadam
  7. sokong, yang penting jika kita ibubapa yg anak masih kecil kita yg perlu berubah dahulu dan kemudian jadi contoh kpd anak2, jika anak2 sudah besar .... berhijrahlah jika kita masih menyokong situasi ini agar segalanya baik utk kita dan keluarga ... terutamnya saya

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulillah....sekurang2nya ada sifat kesedaran di sini.....

    BalasPadam
  9. sokong entry ni..
    selain daripada kita sokong dan dapat dosa, kita yang melihat aurat pelakon2 dalam filem juga dapat sahamnya..belum lagi adegan2 yang menaikkan syahwat. Selain daripada filem2, perkara yang turut menaikkan lagi saham adalah dengan meng'upload' gambar2 manusia yang terdedah auratnyake dalam blog2. seolah2 kita mendedahkan aurat 'beliau' untuk tontonan ramai. Walaupun gambar yang di'upload' gambar nonmuslim. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dan hidayahNya.

    BalasPadam
  10. jadik macam tuh,sebab kurangnya ingat mati..cube ingat mati,insyallah takde yg hiburan merosakkan.

    ingat mati!

    mati itu pemutus kesedapan dunia...

    http://www.wannurulsyafawati.blogspot.com/2012/01/nikmat-mana-yang-kamu-dustakan.html

    BalasPadam
  11. Sepatutnya harus dicegah awal supaya ia xtakkan jadi trend untuk masa hadapan.. Mengkritik bukan bermaksud kita yang hebat dan cuba menimbulkan pemasalahan tapi ia untuk kita mencegah daripada kita terus setuju dan diam jesteru diam itu tanda menggalakkannya untuk terus terjadi di masa hadapan

    BalasPadam
  12. huhu..saye pun terfikir jgk..
    banyak filem melayu yang orang Islam lakonkan babak-babak berkemban dan ....
    kenapa kalau kat taman-taman jabatan agama islam datang serang tapi kat dalam drama,perkara macam tu dibiarkan???

    walaupun dalam drama,perkara tu tetap HARAM!

    BalasPadam
  13. yea... camnilah bakal bapa mithali... cegah sebelum parah... kembali kpd fitrah... kita manusia, fitrahnya suka kebaikan.. kecuali mereka yg sudah hilang sifat manusianya

    BalasPadam
  14. Betul apa yg bro beritahu tu.
    Kita bukanlah pandai sgt bab agama, tpi itu bukan beerti kita tak boleh sampaikan pesan agama. Dgn teknologi yg kita ada ni lah digunakan untuk berpesan2 supaya ada kesedaran. Gunakan teknologi utk kebaikan. Kerana itu yg kita mampu, nak buat filem yg betul2 menepati ajaran Islam rasanya kita belum lg sampai ke tahap itu. Sebab tu kena hati2 dalam tindakan kita sebab takut mengundang dosa atau secara tdk langsung menggalakkan orang lain pula...

    BalasPadam
  15. Yang ini I kurang setuju, Ben.

    Adalah tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anaknya untuk berakhlak baik dan berhati mulia sejak dari kecil. Jika anak-anak kita dah terdidik dari segi itu, maka kita tak perlu bimbang dengan apa jua anasir-anasir yang bakal ditempuhinya.

    Filem-filem yang menonjolkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan tuh, I anggap sebagai pembuka mata. Banyak benda yang sebenarnya realiti tapi kita tak dapat melihatnya dalam kehidupan seharian kita. Kita cuma dapat melihatnya di dalam filem-filem.

    Pelakon cari makan jugak. Tanpa pelakon, kita tak akan dapat melihat dunia yang lebih luas di luar sana. Kita tak boleh nak salahkan pelakon dan melabelkannya sebagai tak berakhlak semata-mata kerana wataknya dalam sesebuah filem itu. Dah namanya pelakon, kan? Manalah kita tahu kan... mungkin dia tak pernah pun meninggalkan sembahyang? Itu kalau kita bercakap pasal pelakon-pelakon Melayu lah...

    Memang betul lah semuanya bermula dari dalam kita sendiri. I sokong. Tapi I rasa cara 'berperang' yang disarankan Ben nih... agak mustahil.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Hujan

    [10PG] Lawak pilihan #5: Sweet Seventeen

    [18ST (sendiri tanggung)] Nampak panties amoy berwarna shocking pink!

    BalasPadam
  16. Tak yah tgk wayang ... duk umah je cam aku .... layan TV pun berat dah. TV kata kawan aku, setan kotak kat umah ..hahaha... adeh. Lama dah tak gi tgk wayang, dan aku pun tak ada Astro. Cukuplah TV yang ada dengan hiburan yang ada.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  17. tp bila orang bagi nasihat sket ko perli2 pulak. mcm mana tu ben?

    BalasPadam
  18. @Tuan Tanah perli eh ? nasihat la lagi .. kita kan manusia ..

    BalasPadam