Maki hamun,mencarut di Internet satu kebiasaan ?

by - Rabu, Januari 25, 2012

 

IMAG0336

Terbaca di satu artikal di akhbar harian negara berkisarkan dunia maya yang mana aku selalu dok luangkan masa dan mencari rezeki .. Heh ..

Aku rasa semua orang tau dah isu ni kan ? Dah macam satu kebiasaan seolah tak wujud dosa pahala .. Hurm .. Macam ada satu pertanyaan  kat twitter aku smlm berkenaan mengumpat.. Dia kata aku tulis baik je pasal umpat ni tapi aku umpat Yuna dan Norlia Ghani tu tak pe eh ? Aku tulis terang terang di situ mengenai kritikan. Aku bukan caci maki atau menjatuhkan maruahnya tapi sebaliknya sebagai salah seorang yg punya medan untuk menulis , maka aku tulis dalam bentuk berhemah .. Itu yang aku rasa sbb aku sendiri meminati lakonan Norlia Ghani .. Yuna tu , tak la minat cuma sbb saudara seagama , aku punya hak untuk menegur. Dan takkan teguran begitu dah buat maruahnya tercemar kan ? Tiada caci maki atau umpat keji. Cuma pandangan aku sebagai seorang lelaki dan paling penting , aku tak sembunyi identiti .. Kalau mintak cakap depan depan pon aku berani. Bukan tak pernah lakukannya pon ..

Ok , balik pada isu yg aku baca ni .. Pendapat Timbalan Dekan Akademik Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia ( UPM ) , Prof Madya . Dr. Arba’e  Sujud , mengatakan segelintir pengguna internet gemar meninggalkan komen komen ‘kosong’ dan bertujuan melaga-lagakan para pengguna lain adalah perbuataan tidak bertanggungjawab sama sekali ! Tak salah nak bagi pendapat tapi jangan la sampai terkeluar dari batasan kesopanan , nilai budaya dan agama , kan ?

Ni best part !

IMAG0337-2

Yang ni mmg berlambak ! Serius .. Bila jumpa depan , alahai .. diam seribu bahasa .. Malu la pulak ! Dalam internet , siap nak balik lembing mahupun nuklear lagi ! Adeh ..

Kita masing masing punya kesilapan dan tugas kita adalah sama sama mengingatkan .. Dunia maya ni kalau digunakan dengan betul , pergh .. memang menarik sekali .. Tapi apa nak buat kan ? Dalam kelas seramai 45 orang tu pon boleh berpuak atau dalam pejabat yg punya 10 kakitangan pon leh ada pelbagai parti dalam tu ..

Oh dunia ..

Sumber Berita : Kosmo

You May Also Like

20 comments

  1. Saluran yang ada, kalau kita gunakkan utk kebaikan,insyaallah akan bermanfaat utk semua.
    Sebaliknya???pilihan di tgn kita...nak jd org yg mmberi manfaat ke atau org yg menjatuhkan org lain???sendiri mau ingat la kan...huhu

    BalasPadam
  2. betul tue abg ben...depa kutuk, maki hamun dan mencarut nie sebab orang tak kenal. cuba face to face, sahih lidah kelu tak terkata.

    BalasPadam
  3. kalau x puas hati ke, nak menegur ke, nak beri pendapat ke.. guna bahasa yang elok pun boleh.

    BalasPadam
  4. org byk salah gunakan lama sosial ni....sabo jele....silap2 pasni smua lama sosial di tutup.

    BalasPadam
  5. Ada juga tak puas hati dengan orang, tapi saya tak pernah menulis namanya di blog.. huhu.
    biarlah rahsie...

    BalasPadam
  6. internet kalau salah guna, semuanya jadi berantakan...ye dak??

    BalasPadam
  7. gunakan lah saluran internet tu utk kebaikan... kita ada akal fikiran yg diberi oleh Allah.. renung2kan lah..

    BalasPadam
  8. waa ada jugak yg berani dgn ben.. tapi ayat dia kasar sgt tu.. biasa lah ben.. org pemes banyak kawan banyk juga lawan..

    BalasPadam
  9. memang betul.. sekarang ramai jadi keyboard warrior..

    BalasPadam
  10. betul3x....setuju.... xde kelass taw mereka2 nih

    BalasPadam
  11. selalunye yng suka maki-maki ni bila post fb.. sakit mata plak status maki-maki org je..

    BalasPadam
  12. internet, dunia tanpa sempadan.....
    itu lah kalau kemudahan yang ada disalah guna, haru jadinya.....

    BalasPadam
  13. Hmm, benda ni (laman sosial/ forum) umpama orang bercakap dalam hati jer..geram. marah..kutuk..umpat..menyumpah..cuma bezenya kita dapat luahkan keluar melalui laman mcm tu.....

    BalasPadam
  14. hmm..kita cakap yang betul tak salah kan abg ben...=)

    BalasPadam
  15. "Prof Madya . Dr. Arba’e Sujud , mengatakan segelintir pengguna internet gemar meninggalkan komen komen ‘kosong’ dan bertujuan melaga-lagakan para pengguna lain adalah perbuataan tidak bertanggungjawab sama sekali"

    setuju dengan kenyataan ni.actually, kalo ikut logik, sape yang keluarkan entri berkenaan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk tapis komen2 yang berunsur untuk melaga-lagakan antara pihak.tapi xramai yang buat mcm tu.that's why ramai yang masih gunakan identiti palsu untuk berselindung disebalik tabir.sebab tak ramai yang ambik kesah.sepatutnya,komen/pandangan yang 'kosong' tu,delete je terus.xperlu nak bagi muka sangat to that so called keyboard-warrior nih.sekadar pandangan jela. ;)

    BalasPadam
  16. itu lah dunia baru...reality yg semua terpaksa terima walaupn xnk terima...

    da world of 1990 taking over totally different with da world 1950.

    BalasPadam
  17. ckp blkg brani lah..cuba suh face to face,mau lidah kelu..huhu

    BalasPadam
  18. keyboard warriors..
    nama macam website
    wawanfaiz.com la,

    BalasPadam
  19. hehe harap keyboard warrior itu sudah berubah... ala bebudak..

    BalasPadam