Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 5 Januari 2012

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan .. “

 

Hurm… hurm… Antara agama , ibu bapa , dan peminat , agama tolak tepi dulu .. Apa-apa , jaga hati ibu bapa dulu dan peminat baru pk agama ?

Dua isu yang meletop minggu ni , aku rasa korang tengok dah penjelasan Nur Amalina tu kat youtube yang pastinya membuatkan kita ‘tersenyum’  mendengarnnya dan juga isu Yuna pakai legging dalam muzik video dia yang terbaru ..

Yang ni penjelasan Yuna ..

Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,”  - Gua.com.my

 

Maka akan ada yang kata nanti  , ni media yang salaherti ni ! Yuna mungkin cakap lain , dia tulis lain ..

 

Kalau benar Yuna cakap lain , kita tengok je la akan datang nanti .. Apakah dia dengan imej dia lagi setelah isu ni panas atau dia tukar gaya dia .. Senang je kan ?

Jangan fikir hati peminat sangat .. Fikir sapa yang bagi awak tu rezeki ! Haihh … 

Sori la yer peminat Yuna .. Jangan fanatik sangat .. Aku bukan anti Yuna .. Aku tak anti sapa sapa pon .. Tapi , kita ni beragama Islam .. Fikir tang tu je la.. Jangan kerana minat , kita butakan mata dan menyokong membuta tuli ..

Kalau nak tutup aurat , tutup betul betul ! Jangan takat ASAL BUAT ! Ibarat keluar rumah , pakai baju je.. seluar tak yah pakai.. Tak kisah la.. janji berbaju !!

 

Entri berkaitan :

Boleh ke 'Asal Buat ' ? 

“ Mana telekung akak ?? Nak solat ni ! “

Tidak menutup aurat punca wanita dirogol ?

40 komen :

Hanih Borhan berkata... [Reply to comment]

Saya setuju dengan Abg Ben.Kadang2 jawapan yg keluar drpd mulut seseorg sbg reply kpd teguran org sedikit sebanyak m'cerminkan ilmu pengetahuan & prinsip org yg kena tegur t'sebut... Fikir2lah dulu sebelum m'jawab...Hmm

Wallahualam...

zianazone @ appleijo berkata... [Reply to comment]

yuna kata tak salah?? biar btolo aiyoooo...kalau btol lah tak salah..tp nampak tak elok sgt org btudung pakai legging itu cik yuna yg sgt sy cintai..hmmm

Maryati berkata... [Reply to comment]

moral of the story?
didiklah anak dengan ilmu agama secukupnya, agar dia tahu membezakan mana yang halal, mana yang haram...

Maryati berkata... [Reply to comment]

moral of the story?
didiklah anak dengan ilmu agama secukupnya, agar dia tahu membezakan mana yang halal, mana yang haram...

Syuhada Nasya berkata... [Reply to comment]

saya stuju abg ben :)

Cik Oda Gelang berkata... [Reply to comment]

Takde alasan lain ke yang lagi pandai?

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) berkata... [Reply to comment]

sy pun setuju abang ben...fikirkan siapa yang bagi rezeki tu.. =)

Lady Milo berkata... [Reply to comment]

harap lebih memahami. diantara.

menutup aurat VS membalut aurat.. beza tu.....

contoh;
saya membalut aurat dengan legging.. ha..tu dia..

apapun istilahnya, keutamaan utama ialah Agama.., bukan hati manusia... gogogoglll

fieyona raias berkata... [Reply to comment]

fashion zaman sekarang memang lagu tu..huhu~

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata... [Reply to comment]

cara fikiran org liberal.maera penah terjebak dengan fitnah dunia (berpakaian spt akhir zmn) tapi tak pernah la sampai pakai legging.syukur diberi keinsafan sebelum pintu taubat ditutup.tp org zmn skrg bila ditegur pekaiannya, cepat melenting. subhanAllah..

JR berkata... [Reply to comment]

Jangan ingat populariti boleh menenggelamkan hukum Allah. Tak perlu takut kepada kehilangan rezeki, tak perlu takut kepada gemuruh sokongan peminat, cuma takut kepada Allah..

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Guna Kasut Untuk Ajar Polis Erti Budi Bahasa"

MyHeart berkata... [Reply to comment]

bile iman dan ilmu tidak jalan seiringan, mende2 ni akan jadi pada diri kita. tidak memilih, samaada engko public figure atau insan biasa.bezanya public figure orang kisah sangat sementara yg biasa2 ni tak jadi kisah pun.

Fareha Rahmat (Bos Besar) berkata... [Reply to comment]

rambut sama hitam, hati lain-lain...adeiiii terpulang pd diri masing-masingla...yang tak boleh tu jgn lah dibolehkan ya...

fRaMe+LenSeS berkata... [Reply to comment]

nadh setuju enchik ben kata bab pkai baju x pkai sua tu. Nice. Sgt mkn dlm. Miahahahahahaha.

Doa2 depa sedaQ la ye. Amin

Mohd Shahrin berkata... [Reply to comment]

abg ben, cam mane nak jadikan blog saya terkenal cam blog abg ben? nak tahu jugak rahsia.

Pembawa_Wacana berkata... [Reply to comment]

Biasa la tu bro....artis.... hanya tau pandangan peminat jer.. pandangan agama tak berapa nak pandang...

LINDAHERY berkata... [Reply to comment]

hurmm..bila ditegur, dia suruh kita tgk diri kita dulu...kalau tak tegur, lagi lah bertambah dosa yg kita dapat... masyallah ... sedihkan bila islam dipandang remeh !!!!

Akulah Pak Lan berkata... [Reply to comment]

Iman tidak dapat diwarisi, begitu juga dg bertudung dan menutup aurat. Lebih baik berpakaian mengikut kehendak agama dari kehendak peminat. Agama cuma minta satu, menutup aurat. Berbeza dgn peminat yang punya banyak ragam dan permintaan

CINTA UNTUK KITA berkata... [Reply to comment]

hmm susah nak cakap sebab org2 yg terkenal ni dh terbiasa dgn suara rkyt.. hehe dh mcm politik pulak.. ;p di tegur nanti, kita kena maki balik. tapi tulah, klau tak ditegur mkin mnjdi2..huish! musykil2..

~ Secantik hati ~ berkata... [Reply to comment]

setuju ngan abg ben!!heeeee...

Nur Raihana Abd Rahim berkata... [Reply to comment]

ramai yg bertudng tapi pakai legging skrg ni.nampak pelik.kepala dah bertutup,baju pun ok labuh dan tak ikut bentuk badan.tapi tang seluar pulak tiba2..ketat menampakkan bentuk kaki.saya rasa ramai slh fhm tntg aurat.mereka ingat aurat tu sempurna kalau bertutup dan tak menampakkan kulit.tapi sebenarnya berpakaian mengikut bentuk badan dan jarang pun dikira berdosa..saya sure ramai yg konfius ni sebenarnya..apa pun banyak2 la membaca tambah pengetahuan tntg agama atau apa shj supaya kita boleh perbaiki diri.

Nur Raihana Abd Rahim berkata... [Reply to comment]

ramai yg bertudng tapi pakai legging skrg ni.nampak pelik.kepala dah bertutup,baju pun ok labuh dan tak ikut bentuk badan.tapi tang seluar pulak tiba2..ketat menampakkan bentuk kaki.saya rasa ramai slh fhm tntg aurat.mereka ingat aurat tu sempurna kalau bertutup dan tak menampakkan kulit.tapi sebenarnya berpakaian mengikut bentuk badan dan jarang pun dikira berdosa..saya sure ramai yg konfius ni sebenarnya..apa pun banyak2 la membaca tambah pengetahuan tntg agama atau apa shj supaya kita boleh perbaiki diri.

Beauty Farmasi Colour Cosmetics berkata... [Reply to comment]

setuju... kalau nak fikir apa peminat suka & tak suka, sampai bila pun tak settle..

Prince berkata... [Reply to comment]

Artis adalah penghibur. Sekadar untuk hiburan, jangan ikut perbuatan yang salah.

fiq. berkata... [Reply to comment]

takkan la bende simple tu tak tahu?
nak berubah pun, sebab peminat? betul2 tak tahu kot.

pena berkata... [Reply to comment]

salam bro, tolong izinkan aku link ko dalam entri http://alteregoandanonymouspena.blogspot.com/2012/01/kenapa-suka-saya-awak-kata-saya-sombong.html

cik Es ღ berkata... [Reply to comment]

hurmm- semoga diri kite dijauhi oleh perkara sedemikian..amin :)

Ca Cik Duyung berkata... [Reply to comment]

skang macm makin ramai orang lagi2 artis mula buat 'hukum' sendiri..macam agama tu boleh letak kat tangan mereka.suka hati la nak guna ke tak.bukan berlandaskan 'islam' tu sendiri..hummmm....

Ca Cik Duyung berkata... [Reply to comment]

skang macm makin ramai orang lagi2 artis mula buat 'hukum' sendiri..macam agama tu boleh letak kat tangan mereka.suka hati la nak guna ke tak.bukan berlandaskan 'islam' tu sendiri..hummmm....

Razifredz berkata... [Reply to comment]

sangat setuju dng ben .... dahulukan keperluan mengikut kepentingan

Dylla Abas berkata... [Reply to comment]

setuju tu bro..saya pun pernah buat pasal entri yg lebih kurang pasal menutup aurat ni..

atpi agak sentap juga bila baca jawapan Yuna tu..bukan dia tak nak buat lagi sebab Allah marah ye..tapi sebab peminat tak suka..na'uzubillah..

saya bukan peminat Yuna..tapi saya layan je lagu2 dia..best :)

Munnafendy berkata... [Reply to comment]

kesian yuna...knp la dia jwb mcm tu? rasanya sblm ni dia bijak jwb soalan..tp jwpn yg ini mmg menunjukkan kebodohan...hurm..

Syazfida Afzan berkata... [Reply to comment]

Assalam...tumpang lalu ye...Fida ada tag abang ben....maaf ye...

http://syazfida.blogspot.com/2012/01/ampunkan-fida-yang-naif-ni.html

wanG berkata... [Reply to comment]

masa saya jalan2 kat HK, masa tu winter...ramai org pakai skirt pendek and legging..nampak very fashionable..jadi saya pun excited la nak ikut jadi fashionable..pakai legging n pakai tdg..tapi ada la sorang hamba allah ni tegur,merah padam muka saya tahan malu...hahaha..that's the power of fashion..tapi hati kena kuat..hehe..

mekjangok berkata... [Reply to comment]

setuju bang ben...islam hanya pada nama...

Athirah Zain berkata... [Reply to comment]

btol2...mane boleh pakai lagging, dosa kot, sama mcm xpkai sluar je pun, ketat. Ni salah satu tanda akhir zaman yang Rasulullah ckp, melunakkan suara di depan ajnabi pun tak boleh, sorry ler jgk buat peminat yuna, tapi ni kenyataan yer, jangan menyokong yang bukan haq kerana kita sekali akan terjebak,,na'uzubillah...

(^___^)

mamaNoriz berkata... [Reply to comment]

kaki cute molek lagi pakai legging ni wlupun keyataan sebenar ia tetap legging dan bukan erti sebenar seluar :)

Eryati berkata... [Reply to comment]

semua nak menang style berfesyen

Suhaili Sulaiman berkata... [Reply to comment]

ibarat mcm sorg artis tu...pakai tudung ialah meletakkan sehelai selendang lps di kepala dgn syarat nampak jambul.

Pakai tudung tu merangkumi kewajipan tutup aurat. tutup aurat wanita tu; pakaian jgn ketat, tudung yang labuh sehingga menutup leher-dada-rambut dan hanya muka, tapak tgn je yg blh dedah.

deeya_shouranlee berkata... [Reply to comment]

abg ben... komen sikit...

http://www.jumiesamsudin.com/2012/01/nur-amalina-che-bakri-apa-pendapat-i.html

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI