Sememangnya menulis blog amat mudah !

by - Rabu, Januari 25, 2012

 

Aahh .. Kadang-kadang aku teringin benar nak amik gambar perempuan bertudung dan berpakaian ketat yg sememangnya mengiurkan mana mana lelaki kalau tengok dari belakang .. Tengok depan , mungkin jadi lain ceritanya kan ? Hahaha ..

Macam entri aku Inilah namanya persaingan .. ini tadi ..Sapa sapa boleh meniaga kalau ada modal ! Tapi nak ada modal kan ? Selain modal , apa lagi ? Skills meniaga ? Selok belok ? Ilmu ? Macam macam lagi kan ?

Apakah ingat meniaga ni dengan cara letak barang kemudian menjerit suruh orang datang beli atau letak kerusi dan tunggu orang datang ?

Kalau begitu , maka kejap jelah lingkup perniagaan kita .. Sama gak dengan blog .. Ingat dengan mengkritik sesuka hati tanpa ilmu atau memaki hamun kononnya berhati kering sudah cukup melayakkan diri bergelar blogger ?

Sama gak dengan blog .. Main tulis tanpa memikirkan hati orang yg membacanya sememangnya mengundang bala pada diri sendiri . Untuk apa sebenarnya ? Kepuasan diri ? Laaa .. Kepuasan diri yang menyebabkan dosa terkumpul setiap kali orang membacanya ? Apakah sebenarnya ??

Aku dah 3 tahun berblogging dan pelbagai komen dan karenah aku temui.. Dan sememangnya jawapannya ialah , pengalaman mendewasakan kita dalam dunia blog ini ..

Blog ialah mengenai penulisan kita berdasarkan perasaan kita tapi masih punya batas iaitu agama ! Jangan sesekali langgar batasan tersebut..  Dan kalau tiada batasan itu , rasanya aku sendiri lama dah memaki hamun dalam blog ini dan syukur aku sedar akan hakikat itu ..

Di kiri kanan bahu kita ada malaikat yg mencatatkan setiap perbuatan kita . Maka sebelum menulis entri , fikirkan semula. Apakah ganjaran yang akan aku terima dengan entri ini ? Dosa atau pahala ?

Wallahu a’alam ..

You May Also Like

9 comments

  1. as salam..
    menulisnya mudah.
    menangguhnya susah.

    apa2 pun.pengalaman perlu juga berpandukan ilmu. Insya'Allah selamat dunia & akhirat.

    lagipun..takkan sampai hujung nyawa, kita nak penuhkan blog kita dengan sesuatu yang tak berfaedah untuk dibaca kan..

    yang penting, ada sandaran-Nya yang boleh kita ambil

    (^^,)

    BalasPadam
  2. setuju dgn apa yg abg ben kata....syukur setakat nie sy menulis entri tak pernah lagi meyinggung perasaan mana2 pihak.

    BalasPadam
  3. saya perhatikan entry bang ben, tak de letak gambar mana-mana artis seksi...
    dosa kan sebar aurat orang...
    saya pun ikut jela otai.. hehe.

    BalasPadam
  4. berfikir sblm b'tindak..begitu jgk b'fikir sblm menulis..x moh lah buat entry yg boleh m'jatuhkan seseorg..x baik..

    BalasPadam
  5. dunia pun semakain dkat ng kiamat..aduh,..mkain takot..
    bykan bdakwah..tp blog abg ben 10 mmg bgus kdng mnyedarkan rmai org. kdng2 sy pon sentap gak

    BalasPadam
  6. tujuan saya tulis blog nah suh org hepi..bile diorang hepi sy pon hepi

    BalasPadam
  7. stiap perkataan jugak ad batas nya .. :D

    BalasPadam
  8. sebab itulah lebih baik kita menulis entri yang lahir dari idea kita sendiri daripada entri mengenai gosip2 artis ke... nanti tak pasal2 kita sama2 menyebarkan fitnah!

    BalasPadam
  9. Semoga setiap entri yg kita tulis dpt memberikan manfaat kpd org lain di samping mnjdi saham kebaikan utk kita di akhirat nanti.

    So,fikir2 sblm menulis lbh baik drp berfikir krn menyesal atas apa yg ditulis.

    BalasPadam