“Tolonglah bantu bapa saya, dia ingin untuk berjalan normal semula.. “.

by - Sabtu, Januari 21, 2012

 

Insaf aku .. Dok mengeluh memanjang je kita ni kan ? Ada je tak cukup .. Bila tengok berita di TV9 tadi , terpanggil aku untuk mengupdate dalam blog untuk membantu menyebarkan permintaan anaknya ..

 

image

Aku google dan jumpa artikal mengenai penderitaan Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan , Terengganu.

Menurutnya, penyakit kulit misteri itu dihidapinya sejak berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga dan sejak itu sudah berpuluh doktor serta bomoh ditemui, namun sehingga kini penyakit kulit misterinya itu masih belum menemui sebarang penawar.

Saya sudah habis berikhtiar tetapi penyakit misteri ini tidak mahu juga sembuh. Namun, saya reda dengan keadaan diri saya, mungkin ia tidak dapat dipulihkan. Tetapi saya berharap ada pihak sudi membantu untuk mengubati kaki saya yang cedera ditimpa pokok.

Saya tidak mampu bekerja selepas kejadian pokok tumbang menimpa kaki ketika membersihkan kawasan hutan kira-kira lima tahun lalu. Lebih menyedihkan, sejak belakangan ini saya sering bermimpi kaki ini pulih dan saya dapat berjalan semula,.


Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Amirul menerusi talian 0111-9302549.

Boleh baca dengan lebih lanjut di blog DUNIA ITU . Bagi yang sudi , kongsikan di FACEBOOK dan update dalam blog ..

Penderitaannya bukan dia saja yang rasa , malah ibu kandungnya pon mengalami penyakit yang sama ..

You May Also Like

12 comments

  1. penyakit keturunan kut...semoga beliau tabah..InsyaAllah pasti ada insan yang membantu

    BalasPadam
  2. Mungkin itu tumor yang diwarisi secara genetik. Kalau dah seluruh badan macam tu, susah la nak buang. Kalau orang macam dia lalu, mesti saya nak pandang. Dah berapa lama dia hidup dengan pandangan yang macam-macam? Hmm..

    BalasPadam
  3. Kesian pada dia, beryukurlah kita yg hendaknya

    BalasPadam
  4. semoga ada yg sudi membantu keluarga ini

    BalasPadam
  5. semoga Allah sentiasa bersama dia...bersyukur yg amat atas kesempurnaan yg Dia berikan buat kita...alhamdulillah....

    BalasPadam
  6. Sakit dan penyakit itu adalah ujian, justeru.. sebagai seorang hamba wajiblah bersyukur dengan penyakit yang dihidapi. Namun tidaklah sekadar berpeluk tubuh dan berputus asa (menyerah semata-mata) sebaliknya mencuba serta berikhtiar bagi penyembuhan. LA pun tengok berita TV9 tadi. Sedih nengok ujian yang diterima oleh keluarga ini. Dipersilakan, pengamal2 perubatan alternatif dan moden untuk membuat amal dan menolong keluarga ini. ;)

    BalasPadam
  7. Masyarakat kita memang ramai yang perihatin...

    BalasPadam
  8. subhanaALLAH .. cian nye .. hope dye cepat semboh .. amiin

    BalasPadam
  9. dugaan hidup. cuma berlainan cara yg Allah Taala dtg kan. kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, dan bertawakal. Ingatlah jika kita susah masih ada lagi yg lebih susah dr kita.

    semoga pakcik ini dilimpahi rezeki. sama2 kita berdoa sebagai saudara sesama muslim. amin,

    BalasPadam
  10. AStaqfirullah..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    BalasPadam
  11. Ya Allah .. kesiannyeee :(
    Penyakit ni mmg keturunan or ape ea ?
    Sebab dulu kann, ade gak org kena himpap ke ape ntah ngan pokok pastu kena penyakit cemni gak .
    Hmm . smoge dia skeluarge cepat sembuhh ! aminnnn

    BalasPadam