Amik gambar bogel , pastu kasi boyfriend ! Baru I LOVE U kan ?

by - Isnin, Februari 20, 2012

 

Nak kata takde otak , ada .. Orang tak de otak pon leh pk dengan waras lagi .. Bukti ? Google sendiri ! Heh ..

Nak kata takde akal .. tak gak .. Mungkin sbb terlalu taksub pada cinta ? Atau percaya pada kekasih ? Tang ni mungkin la kot. Lelaki bermulut manis sehingga ramai perempuan menjadi mangsanya termasuk la sanggup jadi ‘ keldai dadah ‘ yang akhirnya merengkok dalam penjara sorang sorang dan lebih teruknya , kat negara orang lak tu.. Tak leh bayang penderitaan mangsa tu .. Jahanam betul lelaki macam ni ..

Dan pagi ni , dalam akhbar .. kes macam ni banyak dah pon cuma diorang ni mungkin jarang blogwalking kot sbb ramai dah blogger up isu isu gini ..

“ Seorang janda beranak dua yang mendakwa menjadi hamba seks bekas teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu hampir mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana amat tertekan.

Mimpi ngeri dia bermula kira-kira empat bulan lalu selepas lelaki itu mengugut akan menyebarkan lebih 80 gambar bogelnya melalui internet sekiranya beliau menolak untuk mengadakan hubungan seks selepas hubungan cinta mereka berakhir.

Menariknya semua gambar bogel itu diambilnya sendiri sebelum menghantar melalui e-mel kepada lelaki itu atas permintaan teman lelakinya sebagai tanda cinta kepada lelaki berkenaan enam bulan lalu. “ – BHARIAN

Bila dah jadi cam ni , nak salahkan sapa ? Percaya tu , boleh.. tapi bukanlah sampai 100% . Cukuplah sekadar percaya ala kadar jer .. Bila dah jadi gini , nak menyesal pon dah .. hurm.. tak tau la nak sebut apa ..

Namun , andai berlaku pada kawan kita atau mereka yang kita sayangi .. janganlah tambah tekanan tu .. Amik langkah yang sewajarnya.Buat laporan polis dan biarkan mereka buat tindakan. Janganlah amik tindakan sendiri. Risau nanti ikut nafsu , bertambah masalah lagi ..

You May Also Like

15 comments

  1. aiyoook..
    tak cool lah macam tuh >_<

    BalasPadam
  2. bila duit menguasai diri...
    bila cinta membutakan hati...

    BalasPadam
  3. syang yg berlebihan punya psai...

    BalasPadam
  4. bangang betul boleh senang-senang je nak kasi gambar bogel diri kat bf/ partner. takkan tak blaja kot dp berita-berita sebelum ni, di mana byk gambar bogel tersebar. sedangkan gambar tak bogel pon boleh superimpose, apatah lagi gambar real bogel. zaman moden ni apa-apa je boleh jadi.
    plus takkan tak boleh fikir dengan hukum-hakam agama & budaya timur, apa perasaan ibubapa, keluarga semua tu. senang-senang je boleh serah diri to the dunia lucah ni, hatta cuma borak lucah/ gambar lucah.
    org2 yg terlibat ni lelaki pompuan pon sama je. menyampah!!

    sorry kalau terkasar bahasa, but i dah bosan dgn kebodohan golongan-golongan ni. benci. harap-harap mereka ni insaf betul-betul & kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  5. bahaya semua nie..diharap kepada wanita-wanita diluar sana jangan sesekali percayakan BF korang..hehhe

    BalasPadam
  6. huh..
    cinta bdn dh nie..
    bukan cinta org..

    BalasPadam
  7. cinta tu buta...
    kadangkadang yang berpendidikan tinggi pon macam gitu.
    pokok pangkal nya tanya hati sendiri.

    BalasPadam
  8. tu la org ppuan ni..x pk jaoh ke hadapan..bukti cinta pe kejadah bg gmbr bogel..aiyarkk! ssh nk ckp klu dh jauh menyimpang dr agama islam ni..

    BalasPadam
  9. alah budak sekolah sekarang pon banyak buat.. tak tau le apa nak jadi..

    BalasPadam
  10. bercinta tu agak-agak laa..kenalah jaga maruah diri juga..adoi

    BalasPadam
  11. huhu org kata kerana cinta aku turutkn...ni ler jd nya...nauzubillah jd kat keluarga n kwn2 kita

    BalasPadam
  12. Subhanallah. Semoga perempuan di luar sana jaga aurat kita baik2. Jangan senang2 nak tunjuk kt org. Peringatan untuk diri sy jugak.

    Lagi satu, x baik kita mengata pd mereka. Doakan yg terbaik buat hidup mereka. X semua manusia boleh berfikir dengan baik di saat hati terlalu taksub dgn cinta.

    "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" (Riwayat Tirmizi)

    BalasPadam
  13. perempuan skunk mmg murah! sy berdoa jgn sy terlibat dgn mende2 mcm ni..

    aminn.

    BalasPadam