Blogging dimana mana bersama seluar jeans komputer riba !

by - Khamis, Februari 23, 2012

 

Mengarut ? Merepek ? Tah hapa hapa ? Hehe.. inilah kreativiti namanya ! Mana tau satu hari jadi kegilaan. Tapi kalau kena samun , tak leh bayang laaa camana kan ? Hehe

image

Di Belanda , sepasang pereka menghasilkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada istilah “komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara yang digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi memudahkan penggunanya bergerak ketika masih berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,” katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh menggunakan komputer tanpa perlu duduk di persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya. Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB dan dijangka berada di pasaran pada harga 250 pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi pasaran. -  Hmetro

image

image

image

Aku tak bercadang lagi nak beli kalau ada duit byk pon.. hehe .. Bukan gaya ku.. Tua dah kot.. hahaha …

You May Also Like

18 comments

  1. Salam Ben
    wah class gitu
    kat mana2 pun boleh berblog

    BalasPadam
  2. stailo tu~ takleh byg kalo seluar ni jd kegilaan ramai nnti.. hehe~ blogging di mana2 shj ^_^ boleh sold out jeans tu... haha

    BalasPadam
  3. waahhaa.. macam-macam dunia moden sekarang

    BalasPadam
  4. hahahah...macam2 la.kreatif sungguh

    BalasPadam
  5. macam pelik je.. tapi memang moden da.. bile2 mase boleh update blog.. haha

    BalasPadam
  6. klu mcm gini tak basuh lah suar tu sampai bila2.. takut nti rosak kena air

    BalasPadam
  7. perghhhh! moden habis tu..nanti tetiba kena air hujan.rosak jugak..ke kalis air..ehehe

    BalasPadam
  8. abg ben .. jum singgah blog sy baca pasal disebalik sikap lelaki yg popn xsuka ..yang lain pun djemput singgah ye .. tq ! kisahrahsia.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Hahaha..ni kalau kena rompak mau perompak tu tanggal sekali seluar dia..memang naya la jawabnya..

    BalasPadam
  10. scroll mouse je..lps 2 touch pad..

    BalasPadam
  11. Benda mcm ni pun manusia boleh terfikir untuk cipta!....hebat sungguh

    BalasPadam
  12. maknanye lepas pakai sluar ni, tak basuh2 lgsg! gitu?ahahahaa

    BalasPadam
  13. makin mengarut plak teknologi skrg aih! HAHA

    BalasPadam
  14. yang muda pun mesti ramai xnak gak..hihih

    BalasPadam