Cadang potong gaji suami sukarela .. - BEN ASHAARI

Cadang potong gaji suami sukarela ..

 

“ Suka­relawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) mencadangkan satu rang undang undang dapat dirangka bagi membolehkan isteri mendapat nafkah menerusi potongan gaji suami secara automatik.  “ –SinarHarian

Wow …Berkesankah ? Bagi aku la kan , dengan buat gitu pasti akan mengurangkan rasa kasih sayang antara suami isteri. Kenapa aku kata gini ? Ini hanya membuatkan hubungan suami isteri itu menjadi satu hubungan TANGGUNGJAWAB semata mata. Dan mereka yg nak berkawin akan fikir , perkahwinan ini sekadar satu tanggungjawab .

Apa yang patut berlaku ialah , perkahwinan adalah satu ikatan kasih sayang yang sah , disulami dengan cinta yg akhirnya menimbulkan rasa bertanggungjawab pada orang yang mereka sayangi dan mereka akan menghulurkan nafkah dengan lebih ikhlas dan gembira.. Bukan PAKSAAN !

Ada baiknya dengan cadangan tersebut cuba bagi aku kekurangannya adalah bab hati .. Biarlah segalanya berlaku dengan kasih sayang . Dan jika ada ketidakadilan berlaku , gunakanlah saluran yang ada ...

Itulah tujuan perkahwinan. Bibit bibit pertemuan , rindu dan diakhirnya dengan perkahwinan , yang bahagia ke akhir hayat. Tanggungjawab adalah sebahagian darinya dan jangan jadikannya tujuan utama satu satu perkahwinan .

Faham tak ni ? Ada orang beri alasan , aku malas nak kawin sbb malas nak jaga anak orang atau habis harta aku nanti ! Fikir fikirkan lah …

Kenapa kita nak kawin ? Kembali lihat pada agama ..

4 ulasan:

  1. Macam2 trend dicipta skrg ni seolah2 ada hero nak selamatkan keadaan, pokoknya adalah agama. Klu yg tu pun tak jga, buat la apapun hasilnya tetap kabur

    BalasPadam
  2. betul tu.. memang org kata lelaki bertanggungjawab bagi nafkah kat isteri dan keluarga.. kalau keluarga tu penuh ilmiah dan kasih sayang perkara tak bagi nafkah tak kan terjadi.. hanya mereka tahu kenapa diri mereka jadi mcm tu.. tak patut.

    BalasPadam
  3. setuju je cdgn peguam tu.. byk llaki dh trlupa tgungjwb tu..byk sgt..wlupun title datuk.. ini pgalamn ms krja kt firma dulu.peace ben, klu smua llki baik, pndpt ben sy sokong, tp llaki tak semua mcm ben.hehe

    BalasPadam
  4. setuju dgn cadangan tu, tp betul gak apa kata abg ben ni.....nnti mesti laki-laki rasa kawin ni hanya semata2 tanggungjawb je....hmm....susah gak kalau dah mcm ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.