David Teo rasa filem hantu tempatan dianiaya !

 

image

"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).
"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat?Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif),"
katanya ketika dihubungi Bernama . -  SINARHARIAN

 

David Teo , nama besar dalam industri filem negara sekarang ni kerana berjaya mencipta rekod tontonan pecah panggung dan kemurahan hatinya yang senantiasa bagi bonus pada kakitangannya termasuk pengarah dan pelakon.

Tapi tu bukan isunya la kan .. Isunya berkenaan dengan filem hantu dan seram yg dikatakan dianiaya sedangkan kalau filem dari luar ,tiada masalah  . Ditambahkan lagi dengan kenyataan dari Mufti Perlis , Dr. Juanda Jaya menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Alahai .. Filem luar tu , berapa kerat laaa yg tengok ? Yg g masuk panggung tu , berapa ramai ? Yang beli cetak rompak , berapa ramai ? Yang download tu berapa ramai ? Pastu buang atau delete .

Tetapi atas dasar menyokong industri tempatan , maka ada laa rakyat Malaysia yang bermurah hati g tonton kat panggung.  Kira nak support laa .. Tapi apa yang disajikan ?

Sekadar nak bagi teladan atau pengajaran di awal dan akhir filem mahupun drama dengan ayat dari Al-Quran , itu takkan memberi kesan langsung ! Baik bikin kartun je .. Tuu Upin dan Ipin , penuh pengajaran tuuu ..

Nak didik anak bangsa atau masyarakat  di zaman ini perlulah lebih maju ke depan. Bukan dengan cara lama . Tuu .. cerita hantu jepun zaman AR Badul tu .. Sama je la.. Teknik dan make up je beza .. Dan skang , antu banyak merangkak.. Tiru hantu jepun la pulak. Ada ke hantu gitu kat Malaysia ? Hantu merangkak nak menyamun banyak laa..

David Teo .. U ada duit .. U ada tenaga kerja .. Kasi brainstorming la skit . Kasi la jadi macam George Lucas ker ..  James Cameron ke .. Steven Spielberg ke .. Tak pun , cuba jadi cam P. Ramlee .. Cerita simple tapi sampai sekarang tak bosan tonton. Yang ada sekarang ? Sekali tengok , buang dah terus cd tu ..

Aku tak rasa filem antu seram tempatan ni relevan dah untuk ditonton. Omputih punya pon diorang dah advanced kan dah .. Cam Twilight , Resident Evil , Walking Dead dan banyak lagi .. Tak seram dah pon tapi menarik untuk ditonton .. Tapi tak tonton pon lagi ok kan ?  Hehe ..

Kesimpulan … Sila bawak perubahan dalam industri filem negara .. Hantu banyak dah kat Malaysia ni .. Tak yah tengok kat panggung pon leh jumpa bila bila masa .

Bab agama yg cuba diterapkan tu , aku rasa drama Tanah Kubur lagi mampu beri kesan. Okeh  , Tuan Pengarah  ? Buat Star Wars versi Malaysia mau ? Aku nak jadi Luke Skywalker .. Pakai keris laser gitu ..

BA : Hantu kat Malaysia pon susah cari makan bila manusia dah jadi antu !

7 ulasan:

  1. da terlampau byk sgt cerita hantu kat Malaysia ni..penonton pun da naik bosan...tengok citer hantu pun tak seram da...

    cerita2 sekarang ni..mmg sekali tengok je da bosan..takde impak..kenapa ye...?

    BalasPadam
  2. kadang2 elemen keuntungan lebih diutamakan dalam filem2 sekarang, nilai @ moral cerita belakang kira...

    BalasPadam
  3. kadang kadang hantu kat luar nie lagi hantu dalam wayang

    BalasPadam
  4. filem hantu mendeeee kalau ada lawak2,joget sana sini. kalau gelak je memanjang, mood seram memang hilang habis~

    BalasPadam
  5. Cer cuba buat crita ala2 The Silence of The Lambs....

    BalasPadam
  6. bab ayat quran beberapa kerat tu nadh sokong. pengajaran la sgt. ahahahahahhaa

    BalasPadam
  7. mas la slh sorg suka filem hantu..tpi as pminat..truz trg,filem kita masih tahap biasa2..macam mas dh biasa tgk filem dri thai,dll mmg seram terasa..tpi kalau tempatan..?jalan citer memang best tpi ntahla..kesan kut xtrasa.tapi mcm citer sumpahan kum-kum ada bbrapa yg trbaru leh trsa best n terkejut

    eh trpanjang jap.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009