“Eleh , boleh ke bayar gaji Safee Sali sebulan RM118 ribu tu ??? “

by - Khamis, Februari 02, 2012

 

Boleh ke bayar tu ?  Bukan pe , kat Malaysia ni pon banyak pemain tertunggak gaji dia sampai ada yang terpaksa .. haa.. Sendiri fikir la kan ..

Tapi tu kat Malaysia kan ! Ini kat Indonesia la cerita kan ! Hurm… Pelita Jaya .. Dah la ari tu FIFA nak haramkan kelab ni , pastu  nak ‘cerita’ lak tentang gaji beratus ribu ( RM ) ?? “

 

Tu yg bermain kat benak aku bila dapat tahu mengenai tawaran baru Safee Sali . Bukan menidakkan bakat Safee atau rezeki dia tapi Pelita Jaya ni haa..

Aku yang lama dah tak ikut perkembangan bola sepak dunia , ternganga bila Safee Sali berminat nak main kelab Pelita Jaya .

Pelita Jaya ??? Kelab apa tu ?? Takkan abis pilihan dah kot

Itulah yang ada dalam fikiran aku , masa itu !

image

Kemudian aku baca akhbar hari ini , Kosmo.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC. “

Pergh .. Biar betul ??? Kelab kat Malaysia yang kaya pon belum tentu leh offer cam ni .. Aku baca lagi ..

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan. “

Kelab-kelab milik Pelita Jaya Cronus ? Amboi .. banyak sangat ke ?? Aku sambung lagi baca ..

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,”

Huh ! Biar betul ??? Aku pandang ringan kelab ni rupanya .. Aku google cari pemilik kelab ni dan juga latar belakangnya ..

Kelab Pelita Jaya FC ni dimiliki penuh oleh The Bakrie Group yang mana  pemiliknya bernama , AbuRizal Bakrie .. Antara orang paling kaya di Indonesia. Tahun lepas saja tersenarai dalam Forbes ( no 30 ) dengan hartanya sebanyak US$890 juta ! Pengerusi Parti Golkar , okeh !

image

Ok , aku ternganga .. Dan memang terlebih mampu bayar gaji Safee pon ! Aku silap . Sori eh Safee .. Memang rezeki kamu ! Huhu.. Untung dia ..

Aku baca lagi latar belakang Kelab Pelita Jaya ni .. Di tahun 90’an , antara nama besar yang main kelab ni ialah Mario Kempes ( pemain Argentina yang berjaya menjulang Piala Dunia pada tahun 1978 ), Roger Milla , Jules Onana , Emmanuel Maboang ( pemain Piala Dunia Cameroon ) ..

Ok , ok … Cukup ! Adoi … Patut la Safee Sali sanggup sambung kontrak dia lagi .. Hehhe.. Bagus bagus ! Rezeki jangan ditolak. Dalam usia dia sekarang ni , nak main kat EPL pon susah dah .. Sbb kat sana pemain muda terlalu ramai . Jadi , baik dia fikirkan masa depan dia dan Pelita Jaya sememangnya  pilihan yang tepat !

Semoga berjaya Safee Sali !

Pengajaran .. Lain kali buat penyelidikan memandangkan internet di hujung jari anda yer , che Ben ! Hehehe .. Ai malu uu ..

 

Sumber : Kosmo dan Internet.

You May Also Like

21 comments

  1. tulah bro, saya pun baru abis baca pasal safee ni, yup, rasanya diri dia lebih tau apa yang terbaik kan..bertuah badan..

    BalasPadam
  2. kalo tak tau dia masuk senarai forbes pun..memang tahu..diorang mampu..indonesia kalau yg kaya..kaya betulll ooo..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jemput baca,
    PHUKET : Pentingnya AIR ASIA INSURE TRAVEL PROTECTION
    atau
    PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel

    BalasPadam
  3. haha.... agak-agak Safee Sali ni kena rembat dengan artis jugak macam permain bola...tut..tut..tut.. tak?

    takyah la pilih artis..
    masalah..masalah...masalah.. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. safee kan dh kawin? Ape kena mengena nak kena .. Tu sume? Hurm

      Padam
  4. takan dia saje2 bt kptusan nak stay kan ..
    mesti de sebab ..
    kaya lar kau ,, :D

    BalasPadam
  5. safee kan dh kawin? Ape kene mengena nk kena ... Ke tak? Pape jela.

    BalasPadam
  6. Nyesal waktu kecik2 dlu main bola kt vid game je..kalo main kt pdg msti skg aq dh main dgn MU..hishhh..

    BalasPadam
  7. nmpk nama club tu mcm "kampung" je kan..Pelita,pelita..hehe...
    tapi, rupanya...wahh2...sape yg beruntg...pelita ke Safee sali?hehe

    BalasPadam
  8. fuhh. kaye betul jd pemaen bola ni kan. dasat dasat

    BalasPadam
  9. doakan terbaik buat dia...semoga lebih succes....

    BalasPadam
  10. memang dahsyat lah kelab ni, untung Safee! moga dia terus berjaya harumkan nama negara...

    heheheee...jgnlah malu Ben! at least Ben buat penyelidikan, tak macam setengah orang tu tulis membabi buta je tanpa selidik dulu!

    BalasPadam
  11. rezki dia, alhamdulillah and congrates kat safee.. jadi kapten plak tu.. nampak dah org msia lagi terrer hahahaha..

    indon mmg gitu.. yg kaya, kaya gilos.. yg miskin, miskin gilos jugak.. jurang terover luas sgt

    BalasPadam
  12. dh ketentuan rezeki dia cmtu kan...

    BalasPadam
  13. betol... kat sana yang kaya mandi duit hari2, pastu yang miskin, makin miskin :P

    saya pon baru tahu background pelita jaya nie, maklum la xminat bola sangat...

    tahniah untuk SS, jangan la kapel ngan artis macam JuPe ye... hihihihihi

    BalasPadam
  14. tu lah.....mcm ner ben nie...tak kan safee nak main dgn kelab yg cikai2

    BalasPadam
  15. Hahahaha.... errr rasa nya kami kami ni pun tak tahu pasal Pelita nih... kelas ko keluarkan cerita nih... lepas ni ko tengok lah berduyun2 pemain Malaysia nak ke sana... nanti orang tanya kenapa? Sebab entry kat blog Ben Ashaari... hahahaha

    BalasPadam
  16. Uhhh...Rugi tak bergiat aktif dalam bola sepak time sekolah dulu, T_T

    BalasPadam
  17. alahai..bezznye...x sangka ye,, kumpul 10 taun gaji sy pun habis mkn, sebulan je dye dpt gji cmtu ^^

    BalasPadam