GEDIK dan JODOH tu berbeza okeh !

 

Bila sebut bab belajar ni , majoriti yg belajar ni adalah dari usia yang masih muda yakni di bawah 21 tahun . Kalau atas tu , dah nak abis dah kan ? Kecuali dia belajar lambat la..

Isu aku ni , lebih pada mereka yg di bawah 20 tahun  . Diulangi bawah 20 tahun . Dalam usia begini , ramai yg masih belajar dah jatuh cinta dan berangan angan nak kawin ala ala VANILLA COKLAT tu !

Kalau zaman mak bapak kita , aku boleh terima la kalau usia semuda itu nak kawin . Kita pon tau zaman tu , camana kehidupan mereka jika nak dibanding di zaman ini .

Dulu , rumah takde tv pon boleh hidup.. Takde internet pon boleh hidup kan ? Atau kereta laa .. Dalam erti kata lain , kalau kerja pon sekadar untuk beri nafkah pada keluarga je ..

Sekarang ? Dengan usia yang begitu mentah , nak kerja apa ? Ada harapan ke nak bergaji beribu ribu padahal takat SPM je ? Yelah , belajar pon tak abis lagi kan ?  Jadi kena guna SPM je la.. Kalau dah abis belajar tu , isu lain ..

Kalau mak bapak kaya tu , lain cerita .. Lain kes.. Harta mak bapak banyak .. Boleh bela anak orang kan ? Tapi sampai bila gak kan ? Haaa ..

Dalam erti kata lain la .. Kalau umur tu masih muda , utamakanlah pelajaran . Kalau nak bercinta sekali pon , tangguh dulu. Simpan dulu hajat hajat yang ada .. Elakkan kalau boleh. Abis belajar , nikah la .. Muda sangat .. Umur dibawah 20 tahun.. Dunia sekarang ni terlalu mencabar .. Jangan sangka dah matang , maka boleh laluinya ..

Kalau bab dah jodoh tu , aku tak leh nak kata apa .. Kuasa Allah . Tapi kalau dah sengaja mengedikkan diri g cari lelaki atau perempuan pastu jatuh cinta , dan nak menikah .. hurm .. fikir fikirkanlah .. Nikah kawin ni , bukan sekadar bercinta dan berseronok saja yer ..

Nasihat aku , di zaman kanak kanak , jadilah kanak kanak .. Di zaman remaja , nikmatilah .. Dah sampai masa , bersedialah .. Bukan aku suruh buat maksiat atau zina tapi elakkan semua tu dengan menumpukan cita cita dan juga banggakan orang tua kita ..

Sampai masa , nikahlah .. Takde sapa nak larang masa tu .

12 ulasan:

  1. memang berbeza...
    ejaan dan sebutan..hehe

    BalasPadam
  2. Okey pakcik bennn ! ;)

    BalasPadam
  3. betul tu, remaja skrg mudah terpengaruh ngan drama. pdhal drama dan realiti tak semelodi selagu pon... heee :)

    BalasPadam
  4. yeah sokong.

    bg saya, hidup berbekalkan cinta takkan kenyang

    dengan cinta, menyusul tanggungjawab2 lain yg perlu dilaksanakan.

    senang cerita gini la, lelaki kalau duit topup pun mak yg bagi, jangan cakap pasal kahwin muda lah.

    :D

    BalasPadam
  5. terbaik !!!!!!! tapi selalu perempuan yang berangan macam ni .. yang terasa beratnya lelaki .. nak kena bartanggungjawab dekat famiy sendiri dengan family dia .. pastu dengan dia sekali .. haish ~

    lagipun lelaki sekarang ni pun kuat berangan dan buang masa saja ~

    BalasPadam
  6. kena banggakan mak bapak dulu huhu. 21 taon dah...

    BalasPadam
  7. okey abang ben..tak jadi nak kawen...haha

    BalasPadam
  8. Tapi, trend kahwin muda dah kembali zaman sekarang ni. Entahlah. Pada saya ikut juga keadaan. macam kat tempat saya belajar dulu, saya perhatikan ramai juga student yang kahwin masa belajar. Mungkin ibu ayah pun support tindakan tu. Tapi, kalau yang tak dapat restu mak ayah, tak payah lah. Restu mak ayah perlu selepas redha Allah. takut tak berkat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.