Helang atau sewah ? - BEN ASHAARI

Helang atau sewah ?

 

image

Bertekak laa orang tua aku pasal jenis burung ( dalam gambar ) yang singgah di dahan pokok rambutan milik bapak aku tu haa .. Mak aku beria laa kata helang tapi bapak aku kata burung sewah .

Kemudian bapak aku tunjukkan gambar yang dia sempat amik .. Aku kata , burung tu .. burung sewah ! Hehehe .. Mak aku kalah ! Muhahah .. Tapi tak adil la kan ? Aku bukan pakar burung .. Dan tadi , aku cari jawapannya .. Apakah ianya burung sewah ? 

Aku google ..

 

image

image

Huhu .. ianya burung Lang Hindik ! Semua salah .. hahaha … Kena call mak aku .. kang diorang tak abis bertekak lak .. hahahah .. Perangai sama cam aku jer.. huhu ..

Helang dan Lang , tak sama yer .. Mungkin dari satu keluarga tapi aku rasa moyang dia kena halau dari kampung sebab kawin ngan burung lain.. Tu nampak size dia kecik sikit .. hehehe .. memandai je aku ..

7 ulasan:

  1. i kenal burung kakak tua je.
    hehe. :P

    BalasPadam
  2. yer betul..sewah kaki pendek, badan dia lebih montel....mcm abg ben..uhukkk larikksss!

    BalasPadam
  3. heheheeee...bertekak manja je tu!

    BalasPadam
  4. Ini sememangnya se-ekor Helang Sewah, Sewah tu jenis Helang yang kecil dari janas Accipiter, spesies ini Helang Sewah Besar (Crested Goshawk), ia agak serupa dengan Helang Hindek (Changeable Hawk Eagle) tetapi jauh lebih kecil dan boleh nampak kaki Helang Sewah tidak berbulu pelepah seperti jenis Helang Hindek yang boleh dinampak di dalam gambar-gambar tu. Helang Sewah Besar ini adakalanya mampu hidup di kawasan desa dan bandar yang mempunyai pokok-pokok yang besar tapi biasanya hidup di kawasan rimba, ia juga digelar Lang Sikap.

    BalasPadam
  5. Dan oh ya, Lang tu hanya short-form bagi Helang, sama la tu..... sebenarnya kedua-dua orang tua saudara pun betul, semua burung garang yang terletak di dalam Ordo Falconiformes ni semuanya burung Helang (lang), tapi yang dari kategori ini biasanya digelar "Sewah" tapi ada jugak yang gelarnya "Raja wali" yang adakalanya diberikan kepada spesies "falconet" yang jauh lebih kecil. Kalau kira dari ketepatan, mak you lah yang patut menang! Hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro...pls add.saya dlm fb klu boleh..sy perlukan pertolongan bro pasal sewah ni.. Fb id :- Brian Sitamurali

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.