Jangan Beri Sedekah Kepada Pengemis !

by - Rabu, Februari 01, 2012

 

Wow .. kenyataan panas dari Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidi yang mana langkah itu perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan pengemis di bandar-bandar utama termasuk ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong asing dari seluruh dunia. ( Rujuk Mstar )

Betul , nak bagi atau tak , terpulang la kan .. Janji ikhlas .. Tapi berapa ramai yang bagi tu sebab nak halau peminta sedekah secara lembut ? Yelah , tengah makan dia datang mintak atau jual tisu yg harganya 30 sen tapi dapat RM1 .. Mesti rasa rimas kan ?

Tu belum lagi yang berdiri dekat mesin ATM tu ! Siap kata untuk madrasah atau surau . Tak silap aku ada kes yang mana bila check , surau atau madrasah tu tak wujud pun ! Hurm .. Wallahualam ..

Tapi aku setuju gak la …  Aku sekarang ni pon malas dah nak bagi kecuali aku rasakan mmg dia betul betul ( ikut naluri ) minta sedekah .. Ikhlas atau tidak , tu Allah yang tentukan ..

Cuma kalau kita dok main hulur je , aku rasa aku pun nak resign jadi full time blogger dan jadi full time pengemis .. Pakai spek Oakley ok tak ?

Bukan nak sindir tapi inilah kenyataannya di negara kita ni .. Yang benar benar mengemis ni , kita boleh tau .. Cuma kita dok senantiasa kata , IKHLAS .. Yang bagi tu je la tau kenapa dia bagi .. kan ?

Aku tak larat nak bagi dah .. Majoriti yang datang mintak kat aku , semua penipu jer ..  Heh …

image

 

Apa pun , terpulang pada diri masing masing .. Kalau sekadar ‘ nak halau ‘ , fikirkan semula tindakan anda itu ..

You May Also Like

12 comments

  1. Manusia ni ad mcm2..yang penting keikhlasan diri kita..hanya tuhan yg tahu betapa ikhlas kita..

    BalasPadam
  2. nak cite skit pengalaman.. pernah sekali tu pergi makan dengan abg kt 1 restoran dkt area2 rumah tu.. mula2 dtg la sorg pakcik ni mitak sedekah, bila tgk kt pakcik tu rasa kesian sngt sbb dia xda kaki. so abg pun hulurkan serba sedikit kat dia..sekadar yg mampu je la.. pastu beberapa minit lepas tu dtg pulak 2,3 org lagi kt restoran tu nak mitak sedekah.. kalau setakat sorang xpe lagi ni lebih dari sorg sampaikan abg sy cakap "kita ni bknnya kaya sangat nk sedekah kt ramai org, mkn la cpt2 nanti aku pulak yg jd peminta sedekah kt sini" hurmm bukan nak mengata ke hapa cuma nak bgtaw la jugak klau keadaan kita tu normal cuba la cari keja ikut kemampuan diri.. jgn terlalu mengharapkan sumbangan dr org lain.(maaf jika ada tersalah bicara)

    BalasPadam
  3. byk kali juga hadapi situasi bgini.
    bertemu dgn pminta sdekah.ada jg hulur...tp tgk juga lah sbb ada juga yg menipu..

    BalasPadam
  4. kat laluan LRT bandaraya ke sogo, selalu ada pemintak sedekah siap kendong anak..tapi tengok betol-betol anaknya siap pakai gelang emas ngn subang emas lg..kite pun tak mmpu pakai emas...cmtu kite pn nak tukar profesion..=D

    BalasPadam
  5. kat bus stand shah alam, sampai diorang naik dalam bas mintak sedekah...10kali naik bas,10 kalila mintak sedekah..orang yang sama...tubuh badan sihat,xde cacat ape2 anggota badan..baikla dier jual tisu ke...kerepek ke...

    BalasPadam
  6. kadang2 setiap pengemis nih mmg dah ade port masing2 dah sebab tuhlah asyik2 org yg same je mintak sedekah contoh macam kat larkin..haishh..

    BalasPadam
  7. as salam..
    hm..bersangka baik kan..
    tak kisah tipu ke tak. lagipun kita bukan betul2 tau pasal kehidupan mereka. kalaua betu dia memang mengemis tanpa paksaan, alhamndulillah..kita bantulah..kalau dia tipu tanpa kita tahu, redha sudah..

    duit peram dalam poket, bukanya luak pun. Dia kalau tak bagi rezeki, takde la duit tu kan..

    mati nanti, duit tak lari ke mana pun..kalau ada pun, yang hidup tu ambik buat beli persiapan kita untuk ke kubur..

    6__9

    hm...

    BalasPadam
  8. selalu sangat org minta duit ni..slalu lau pegi atm mesti ada dah duk tgu mintak duit dkt luar..xsuka betol

    BalasPadam
  9. ada seorang pengemis yang berkaki palsu, port dia slalu kat jejantas KTM Serdang, sy slalu perhati dia ni sebab hari2 lalu jejantas tu kan, dia pakai kaki palsu. Selalunya dia akan 'habis' bekerja dalam jam 6 ptg, dgn aroma badan yang agak2 mengembangkan anak tekak, dia naik komuter yang 'sesak' tu dari serdang tu sampai ke Kajang. Sampai2 je kajang ada kereta datang jemput, sy sendiri pun naik bas je dari KTM Kajang tu...

    BalasPadam
  10. yang selalu jumpa org buta tapi dipimpin oleh org celik lagi sihat walafiat..apa salahnya yg sihat tu kerja tolong si buta..--> yg camni mmg saya tak bagi pun..

    kat pudu ada org buta mintak sedekah tapi mulut ada rokok asap kepul2..--> saya tak bagi jugak sebab kalo buat makan takpe..ni buat beli tembakau..

    kalau datang tu dia jual kerepek ke jual hasil kerja tangan dia ada kemungkinan saya bagi walau tak beli pun..sebab ada la nampak dia usaha cari rezki kan..

    BalasPadam
  11. Tu la..pernah tdengar si celik berbisik kuat pada si buta..
    "RM50 saya punya.." goshhh!!Maknanya dia mengambil kesempatan atas si buta la..
    yg dh buta tu mmg xnmpk berapa yang org bagi..
    Cik Mendezz pon kadang2 marahkan si celik ni..
    patutnya dia sihat tubuh badan kerjalah utk si buta..
    ini digunakan pulak..
    CIk Mendezz pon sama mcm Aznurul Azman..kalo dipimpin si celik tu kalo tgerak hati baru la bg..
    tapi yang dok main2 alat muzik tu..yg dok jual kerepek tisu tu terus jek bg seikhlas mungkin..
    huhu!

    BalasPadam
  12. tapi abg ben xleh,badan abg ben tuh mesti mereka tak caya.hihihi

    pernah ari tuh,lepas tuh ckp baik2,kita xbagi,dia jeling tajam.alahai ..

    mas akan bagi bila betul2 nampak org tuh mmerlukan pertolongan.

    BalasPadam