Kena tau matlamat blogging selain ikhlas mahupun suka-suka !

by - Jumaat, Februari 17, 2012

 

Alhamdulillah .. Hari ni projek besar aku bermula yakni projek TOSHIBA – INTEL  .. Tadi aku g jumpa rakan blogger  , Rebbeca  untuk amik Toshiba Ultrabook PROTÉGÉ Z830 di One Utama .. Projek apa ni ? Rujuk entri INI .

Ok , aku tak nak cerita lagi pasal ultrabook TOSHIBA ni lagi . Tu entri akan datang eh ? Ni pasal blogging atau lebih tepat lagi untuk menaikkan semangat berblog ..

Awal masa aku blogging dulu , adalah kerana suka membebel dalam dunia maya ni. Tapi selepas wife bagitau aku ada blogger yg dapat macam macam kelebihan dari blogging ni , aku mula atur strategi aku.

Sasaran besar aku bukanlah blog advertising tapi company company yg punya nama. Persoalannya , bagaimana aku nak tarik perhatian mereka ?? Pergh… satu cabaran kan ? Apatah lagi  dengan kehadiran ratusan ribu blogger di Malaysia ni , bagaimana aku nak tempatkan blog ni diantara yang terbaik ?

Hurm… hurm .. setiap hari aku memikirkannya .. Memang benar aku suka berblog tetapi orang kata dalam diam , budak kecik bermain bolasepak yang mana dalam diam  akan menaruh harapan satu hari nanti akan dapat bermain untuk kelas , sekolah dan seterusnya wakil negeri .Negara ? Perghhh…  Itu cara untuk naikkan semangat !

Apa yang aku buat ? Mungkin ada yang pandang sebelah mata bila memandang template blog aku ni .. Aku tak pikat mereka dengan template blog aku .. Sbb aku tau , banyak blog yang punya template yang cantik lagi menawan. Dan pastinya aku adalah antara mereka yang malas ‘berhias’. Jadi , apakah yang aku buat untuk menarik perhatian mereka ?

Mereka yang ikut blog aku dari mula , akan tersenyum sbb mereka tau akan jawapannya .. Mereka gelar aku gila update . Gila post . Entri mengarut . Pendek ! Tah hapa hapa.. Dan banyak lagi ..

Dan aku buktikan tak sampai 3 tahun aku dah berjaya join 3 projek besar.. Bukan riak atau bangga diri tapi aku nak kawan kawan tau , dengan semangat dan usaha , korang boleh capai apa saja yang korang nak ! Matlamat perlu ada .. Jangan tipu diri sendiri .. Kalau nak sesuatu , berusaha bersungguh-sungguh ..

Mungkin ada yang fikir trafik di blog adalah segalanya atau penulisan di blog yang berkualiti memainkan peranan .. Ya , benar tapi bukanlah 100% !!

Camana ? Korang tau jawapannya. Fikir .. Tak susah .. Korang ada ‘produk’ .. Bagaimana nak perkenalkan pada aku dan rakan yang lain ?

Yakin itu penting tapi perlu ada komunikasi !

You May Also Like

21 comments

  1. dan ada jugak yg xsuka bila kita minat berblogging...tu yg sedih..huksss

    BalasPadam
  2. Neway, congrats BA utk pencapaian sekarang! YM kagum!(^_^) YM ni pun sma sebenarnya, sebab suka sgt pot-pet, so better YM salurkan kepada penulisan, bkn pe kesian kat my hb kene tadah tinge selalu.heheehe

    BalasPadam
  3. cayalah abg ben... teruskan usaha... smoga dpt apa yg di capai...

    BalasPadam
  4. dulu saya suka-suka je... nak carik kawaan... tapi, skrg dah ade matlamat. nak kejar income yang sejemput tu satu, kedua saya nak menjadikan blog sebagai 1 wadah tarbiyah ataupun medan dakwah saya... yang masih belajar untuk mendidik diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca... alhamdulillah, ia juga satu tempat meluah rasa, platform penulisan dan banyak lagi. that's why i love my blog... semestinya simple jek... mcm encit BEN... Template xmcm yang hebat-hebat tu... apepun sudi-sudilah blogger lelain singgah ye... thanks

    sebelum mengakhiri komen, thanks E.Ben sebab byk naikkan traffic saya dan blogger2x lain...

    BalasPadam
  5. baik akak berblog dari join ahli mesyuarat tingkap....

    BalasPadam
  6. dtg terjah blog nie..dgn ucapan assalammualaikum..

    BalasPadam
  7. itulah yg wat sy terfikir2.. macam mane nak jadi macam blogger lain. mksd blogger lain tu bukan lah nak kejar populariti saje. tapi nafkah. mungkin sy nie terlalu awal nak cakap psl strategi berblog sbb follower pon baru 3 ketol. tapi niat nak jd macam en.Ben and blogger2 lain sudah ade ;) suke entry nie.

    BalasPadam
  8. betulkan..skg ni bila zaza dh bt blog..ada jugak kawan2 nak bt..hehe

    BalasPadam
  9. oh,

    barang sapa yang mengejar dunia, akhirat akn pergi jauh darinya dan siapa yang mengejar akhirat, insyaAllah dunia akn dtg kepadanya sendiri.


    Err

    BalasPadam
  10. deno buat blog bukan nak kejar duit, tapi sekadar berkongsi dengan blogger2 lain tentang penyakit SLE... kehiudpan sebagai seorang SLE patient dan dialysis patient..abg ben tahu tak apa penyakit SLE...? abgben boleh tahu di blog deno :)

    BalasPadam
  11. dah rase semangat je bile bace entry pakcik ben yg ni .
    Tapi bile bukak je blog terus semangat hilang . hmmm T_T

    BalasPadam
  12. tahniah bro..tengok kat blog denaihati.com jugak tadi,dia dapat laptop..hehe..

    semoga benashaari.com terus unggul sebagai blog pilihan utama!

    Aku Anak Labuan

    BalasPadam
  13. kena ade matlamat...
    matlamat sy nk share harian sy je pd umum... share pendapat semua...
    tapi ye lah bila lama2... dengar rmai blogger berjaya..dapat duit bykk.. dorg belajar pkai duit blog sndiri..so nk ikot dorg..tkdelah sushkan mak bapak.

    BalasPadam
  14. aku suka baca sesuatu entri yang meyakinkan dan memberi semangat...tq bro.

    BalasPadam
  15. yer,saya sangat setuju dengan pendapat BA.. nak kena ada matlamat juga dalam berblogging ni. kena letakkan apa KPI kita. :)

    BalasPadam
  16. Tahniah bro..pencapaian yg memberansangkan.. :)

    BalasPadam
  17. Dan aku buktikan tak sampai 3 tahun aku dah berjaya join 3 projek besar.. Bukan riak atau bangga diri tapi aku nak kawan kawan tau , dengan semangat dan usaha , korang boleh capai apa saja yang korang nak ! Matlamat perlu ada .. Jangan tipu diri sendiri .. Kalau nak sesuatu , berusaha bersungguh-sungguh ..



    lynda suka ayat abang ben yang nie . menaikkan semangat lynda untuk tak berputus asa dalam mencapai matlamat hidup . matlamat hidup lynda adalah untuk dapat kerja ..tenkiu abang ben !!

    BalasPadam
  18. role model to all blogger :

    BEN ASHAARI

    BalasPadam
  19. abg ben terbaik...!
    tq bro entry yg memberi smgt

    BalasPadam