Kenapa melayu tak nak mengundi ?

by - Isnin, Februari 20, 2012

 

image

“ Kenapa melayu tidak mengundi “. Satu lagi keyword yang menarik tersangkut di blog aku ari ni .. Hurm … kenapa yer ? Apakah aku tergolong diantara mereka yang tidak mengundi ?

 

Terus terang selama ini aku tidak berminat langsung untuk pergi membuang undi. Walaupun ada yang kata rugi sebab tak dapat duit selepas g mengundi tu , tapi bagi aku duit bukan segalanya. Boleh habis dalam sekelip mata je duit tu tapi undi aku tu kekal selama 5 tahun lamanya !

 

Kenapa aku tak pergi mengundi ? Cara pemikiran aku waktu tu , mmg belum matang apatah lagi tidak ada guideline untuk memilih calon yang sesuai dan paling penting boleh buat kerja.

 

Hurm … Dan untuk PRU 13 kali ni , insyaAllah aku akan pergi mengundi setelah membaca artikal Dr.Maza  .. Rujuk artikal TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA  ini . Harapnya dengan sedikit penjelasan dari ulama sebegini mampu membuka mata untuk memilih yang manakah patut diutamakan ..

 

Dipetik dari artikal Dr.Maza yang bertajuk  ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA? .

Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

DRMAZA.COM

Buat mereka yang tidak berminat untuk mengambil tahu atau berniat tak nak g mengundi , fikirkan semula .. Bangsa lain sanggup berkerusi roda untuk pergi membuang undi untuk menunaikan tanggungjawab mereka . Kita ? Kau dan aku ? Yang masih muda ? Fikirkan untung nasib negara ini , agama dan anak cucu kita ..

 

Jangan pentingkan diri sendiri .. Aku tau ada yang tak puashati dengan sesetengah pemimpin. Tapi kembali melihat pada untung nasib negara kita yang terletak di tangan kita ..

 

Jangan menyesal di kemudian hari . Dan aku pasti ramai dah mula menyesal ! Pilihan , di tangan anda sendiri .. Baik buang undi dari buang air liur ! Tunaikan tanggungjawab anda..

You May Also Like

8 comments

  1. tak sbr nk p mngundi sbb ni my first time.
    org melayu xsuke mengundi sbb xtau nk plh yg mana satu kot.

    BalasPadam
  2. baru 1st time nak mengundi bro..ye, orang melayu kena buang undi..

    BalasPadam
  3. tahun ni baru boleh mengundi..dah 25 tahun baru pertama kalu nak buang undi..hehe..

    BalasPadam
  4. hhehe . belum mendaftar lagi . adoi . lalai betulla ...

    BalasPadam
  5. jom mengundi..semangat dh berkobar-kobar nk mengundi ni...esok jg p daftar kt pejabat pos..huu (^_^)

    www.azrulin.blogspot.com

    BalasPadam
  6. mase dlm alam sekolah , dah siap ckp awal2 tak nak buang undi , tapi abes jew form 6 , ayah terus mintak photostet ic sebab nak masukkan kat ........ , :))

    BalasPadam
  7. this year thn pertama kut undi.insyaAllah klu pnjang umo.

    orang dtg umah,daftar.then check dh didaftarkan.allhamdullilah yg ni pun dh dipermudahkn urusan.so nak undi nanti.

    BalasPadam
  8. dah banyak kali mengundi...tahun nie nak pangkah apa ekkk..????

    BalasPadam