Mereka juga ‘mengilai’nya !

 

 

image

Lama dah wife aku teringin nak g makan kat sini sbb dengar orang kata sedap. Tapi bila aku g makan ari tu ngan kawan aku , aku rasa tak sedap mana pon . Mungkin selera aku diganggu dengan kehadiran seseorang yg pernah mencari pasal dengan aku satu tika dulu di Twitter . Ok , tu cerita lama. Tak perlu ungkit di entri baru ni.

Dan tadi , aku g makan sekali lagi dengan niat nak bersantai dengan wife .. Kali ni , mood aku mmg best la.. Mmg mood baek punya untuk makan apa saja ..

Aku suruh wife amik 3 rasa iaitu  coklat di bawah sekali .. Vanilla di tengah dan atas sekali strawberri .. Letak kismis dan laici tu.. haaa.. air laici tu kasi sedap lagi wooo ..

Dan serius .. aku tak puas .. Mungkin sebab satu cup tu berkongsi dua.. Makan satu cup berdua dengan orang yang kita sayang, mmg takkan puas punya ..sbb pakat berebut ! muhahahah ..

Harga ??? Hahaha .. Main kira gram ok ! Tapi ok la kot sesekali ..

11 ulasan:

  1. cup paling besar tu :D sesuai la nak main suap2 ngan isteri.. hehe.. suka bila letak laici byk2 :D

    BalasPadam
  2. nyummy2...dh lma x mkn tutti frutti ni slalu lalu je depan kedai adehhh rse cam esok je nak g makan sedappp ^_^

    BalasPadam
  3. besok nak cari...
    tu hari umai boh perasa laici.. masam.. ayu jata. lain kali mcm ibu.. boh coklat, heheheh

    bagi ayu kan ben, kalau boh byk2 aksesori tu y jadi berat dan mahal

    BalasPadam
  4. whoa .~
    mengeratkan hubungan suami isteri ..
    ;)

    BalasPadam
  5. entry ni ade ngidam tutti frutti hehe http://tyravsathirah.blogspot.com/2012/02/keep-blogging-untuk-tahun-ni.html

    BalasPadam
  6. Petua eratkan hungungan suami-isteri salah satunya kena main suap2....hahaha

    BalasPadam
  7. hehe .. romantiknye abg ben nih ..

    BalasPadam
  8. sesekali kalau nak rasa ok lah kot..hehe~

    BalasPadam
  9. same la,kalau teringin memang beli 1 jer
    share dengan suami,kalau tak silap setiap hari selasa ladies day dpt 15%

    tak tau la valid lagi ke tak?nti blh cek website TF

    http://pia-pinkylita.blogspot.com/2012/02/ww-wordless-wednesday-tutti-frutti.html

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009