Sememangnya benarnya ianya sementara ..

by - Jumaat, Februari 17, 2012

 

Aduh .. kelam kabut aku hari ni .. Awal pagi , nak hidupkan enjin kereta , serupa sudah kena demam selsema. Kejap lagi nak g Damansara , risau lak. Kang bila dah mati enjin , nak hidupkan semula , jadi susah lak..

Aku mintak tolong adik aku .. Dia suruh je bawak kereta tu ke rumah mak aku. Nanti abang aku tolong tengokkan . Diorang bab kereta ni , jauh teror dari aku . Aku cuma kena stering , gear , tayar dan mana satu bateri . Tu jer.. Hahaha .. Teruk kan ?

Sampai Cheras dalam kul 10 pagi gitu. Abang aku kata , takde masalah dengan bateri. Cun lagi bateri. Jadi apa masalahnya ? Dia kata Myvi dia pon mmg gitu skang ni . Dah tua la kot ? Apakah perlu tukar ke Lamboghini ? Tengok la.. Kalau Innity  bagi aku bonus .. Hahhaha ..

Pastu aku g gunting rambut. Wife aku kata rambut aku pon dah lebih kurang rambut Johan Raja Lawak. Sebelum rambut aku cam Datuk David Arumugam Alleycat , baik aku g ..

Kat kedai gunting tu , aku terjumpa sorang kawan sepermainan aku yang dah bertahun tak jumpa. Dia ni dulu , nyaris bertumbuk ngan aku kat padang. Panas baran orangnya. Tapi bila dah berkawan gitu , rupa sekepala .. hahaha .. Dan tadi , bila tengok dia .. Hurm .. Ramai kawan kawan aku dah semakin tua .. Memang nampak la kat rupa memasing tua .. Termasuk aku .. Sedar diri ok !

Selesai ‘kerja-kerja’ aku hari ni , terus balik rumah kat Putrajaya. Jap lagi , siap nak g solat Jumaat .. Hurm.. Pastu nak g Damansara .. Dapat Ultrabook Toshiba koooo .. hehehe .. Projek blog ..

You May Also Like

3 comments

  1. perghhh ni dah mcm org pompuan ni hampeh psl kete...:D

    BalasPadam
  2. pmpn lagi terer pasal kete dari encik ben ni..hehe~~ :p

    BalasPadam
  3. Kete tu merajuk kat Ben kot...dah Ben asyik usha kete lain jerk...haha!

    BalasPadam