Tersenyum melihat Tun Mahathir ..

 

IMG_3383

image

Antara blogger-blogger yang hadir sama .. Sapa ? Korang kenal tak ?

image

Aku terima jemputan ni melalui geng geng VYREC yang sangat sangat ramah .. hahaha .. Ramah ada maknaa tu.. hahaa.. Tak , mmg diorang ramah !

IMG_3417

Lambat aku update pasal ni .. hehe .. Sibuk sangat .. Skang ni baru dapat tarik nafas skit tapi masih tetap ada keje kena buat .. Tak pe la , rezeki .. jgn mengeluh kan ?

Mengenai BICARA MINDA BERSAMA TUN MAHATHIR , Jumaat lepas .. aku sangat berpuashati dapat mendengar sendiri sepenuhnya perkongsian pengalaman hidup beliau . Sangat mengujakan aku apatah lagi bila melihat kesungguhannya. Terharu pun ada. Bayangkan umurnya sudah 87 tahun ( jika aku tak silap ) dan berdiri di pentas itu , berucap dengan penuh semangat !

Malangnya , ada yang tak reti nak amik peluang itu dengan bercakap cakap atau layan telefon ! Huhuu.. Mungkin ramai anggap beliau seorang yang .. hurmm .. ‘teruk’ atau ‘kuku besi’ tapi bagi aku , dia ada jawapan tersendiri mengapa dia berbuat sedemikian rupa.  Yang penting , jangan tengok part teruk tu .. Tengok juga apa yang dia dah bawa pada negara kita . Jangan sombong sangat. Kita sendiri pon belum tentu mampu jadi seperti dia .. 

Teringat lagi aku pernah berselisih dengannya di KLCC. Waktu tu aku nak turun ke tingkat bawah dengan menggunakan ekslator dan dia di depan aku , tanpa seorang pengawal peribadi pon. Dia dok jalan jalan kat situ. Waktu tu, dia bukan lagi Perdana Menteri. Aku tak la nak tegur atau bersalaman dengannya sbb hormat privasi dia ..  hehe ..

Semoga Allah berkati hidup Tun Mahathir dan ampuni segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya .. Kita cuma manusia biasa ..

17 ulasan:

  1. tak reti nak komen,.. mungkin semua manusia ada buat silap, tp x semuadah tu nak memadam kenangan lama yg dah membusuk...

    BalasPadam
  2. bestnya..xbkesempatan nk join...huhu

    BalasPadam
  3. Suka jugak beberapa perubahan yang dia bawa. Minda dia berfikir jauh ke depan. Walaupun ada isu selepas dia turun jawatan tapi, kesan masa pemerintahan dia masih ada yang boleh dibanggakan.

    BalasPadam
  4. bestnyaaa dpt pegi program bsama Tun Mahathir.... mudah2an Allah berikan kesihatan yg baik kepada tun M... aammmiinnn :)

    BalasPadam
  5. Bestnyeee, teringin jugak nak jumpe beliauuu :)

    BalasPadam
  6. setiap manusia ada baik buruknya, jadi kita jangan salah menilai..

    BalasPadam
  7. Hihi . best sgt !
    Dpt tengok che det kat skrin layar pun jadi laa .

    BalasPadam
  8. sy teringin nk jmpa dgn Tun... beliau sgt berwawasan...

    BalasPadam
  9. dr M... perdana menteri yg plg gah la bg sy.. sayang nye xdpat pegi. tapi pernh jmpe beliau. =)

    BalasPadam
  10. best nye.. =(( x sempat pegi time ni .. btw, now rasanya Tun ad kat Sarawak , prgram kat UNIMAS lak.. rasa mcm nak pnjam pintu doraemon.. haha

    BalasPadam
  11. sonoknye....kenal 2 org je blogger kat ctu. ^^

    BalasPadam
  12. wah bangganya dapat bergambar dengan abang Ben :)

    BalasPadam
  13. abgben beruntung dapat bertemu dengan tun.. deno dari dulu simpan impian untuk bertemu dengan tun,,, tun mahathir adalah idola deno, byk jasanya kepada negara cuma ramai di antara kita yang tak tahu menghargai... yg tahu hanya nak mengutuk, mencaci... semoga tun panjang umur... amin! :)

    BalasPadam
  14. yep. tak perlu sombong sangat. banyak perubahan dia bawak. dia pon manusia biasa. ada betul ada salah. :)

    BalasPadam
  15. patutla tersedak2... rupanya ada mia dalam gambar-gambar ni....

    nice knowing u olllssss....

    p/s: dapat juga berborak dan bergambar dengan abg ben... thankssss...

    BalasPadam
  16. Tak de rezeki

    ade gak try register

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.