Tunjuk aurat eh ! Ke nak show off ??

 

image

Gambar di atas dikatakan menunjuk aurat dan nak berlagak oleh rakan yang sangat prihatin kat aku ni . Terima kasih .

Aurat .. hurm.. Menampakkan bentuk badan eh ? Kalau aku letak apa saja sekali pon , ada je komen .. Pelik ? Tak .. Mereka prihatin .. Aku letak gambar pakai topeng sekali pon , tetap ada isu.. Tak letak ? Lagi laa.. kata bacul la pulak ..

Tuu .. gambar header tu.. pakai cap .. rileks je pic tu ! Pon ada insan kata aku berlagak dan nak cover kepala aku yang botak . Hehe .. Macam macam .

Aku malas amik tau sebenarnya. Aku serius amat berterima kasih buat mereka yg prihatin tu tapi kalau boleh , tolong la seimbangkan. Jangan time buruk tu nampak , beria ajak buat perhimpunan tapi bila aku buat yang elok , pura pura tengok berita sambil minum kopi !

Aku tak harapkan pujian pon. Cukuplah sokongan dan juga kritikan yg membina seterusnya membantu aku memperbaiki mutu tulisan aku ni. Jangan tunggu nak hentam baru nak tunjuk muka yang sorok setengah tu..

Ingat senang ke nak paksa diri gi gym dan bersenam hari hari tu ? Gambar ni sekadar satu semangat buat rakan yg lain. Aku senantiasa ingatkan diri aku semakin lama semakin tua . Tak bangga tapi berbangga punya semangat nak majukan diri dan bukannya menjatuhkan orang lain !

17 ulasan:

  1. okay je...
    jeles kot depa tuh...
    hahha... aah susah2...sbb tgk member bila dah tak pergi,terus naik badan dia...

    BalasPadam
  2. hikhik ade je tak puas hati. Dorang jeles sebenanya

    BalasPadam
  3. olaaahhhh...keciannya, sampai berpeluh dah hehehhe...biarlah dia orang...tak de cerita kut...tu buat isu hal2 macam tu

    BalasPadam
  4. manusia mmg gitu abg.ben....
    biarlah dyeorg.....suka sgt tgok salah org jer....prihatin sebelah mata jer namanya tuh.....

    BalasPadam
  5. manusia memang tak pernah puas hati dengan orang lain... adatlah tu!

    BalasPadam
  6. cikgu aku pernah bagitau dulu, kalau nak dengar semua cakap orang ni boleh jadi gila kita. so.. beringat la bila bergaul dengan manusia ni. asal dah ikut guideline dalam Islam cukup la.. ;D

    BalasPadam
  7. Allah bagi hati macam2 kat manusia..jadi, besabar...selagi benda tu tak salah di sisi syarak, tak mengaibkan diri, go on... ^_^ mulut org, abaikan...

    BalasPadam
  8. Mana ada tunjuk aurat.Aurat lelaki kan antara pusat dan lutut.Saje je jealous tu!

    BalasPadam
  9. Memang nampak badan berketul-ketul hehehe...seksi..

    BalasPadam
  10. laaa..lumrah tu la tu ben..kata MANUSIA..apa ada hal dorg nak berkata2..selagi ada mulut,,dorg takan berhenti bercakap/bertanya/dan mcm2 lagi......buat selamba..hehe..

    yg penting..kita tau apa yang kita buat..

    BalasPadam
  11. yang buruk selalu orang nampak.
    yang baik tu bukan tak nampak cume orang buat2 tak nampak kot. hukhuk.

    aurat? bukan aurat lelaki antara pusat n lutut ka.

    BalasPadam
  12. Betul Ben, bukan senang nak konsisten pergi Gym... perlu motivasi tinggi.. apatah lagi nak bagi badan berketul-ketul macam tu.. banyak tahun kena buat training baru boleh bina badan macam tu...

    BalasPadam
  13. saye pun jeles badan abg ben ketul2..tp tak kutuk pun? tu mesti org cemburu..he3...wink****

    BalasPadam
  14. macam2 penilaian manusia ni.pening2...pki cap pun nak kata, pki kupiah selalu pun kena keji..apa lg ek?

    BalasPadam
  15. adoinaa..psal header blog mr.Ben ni pun kna komen jga? Botak ?hahahah

    BalasPadam
  16. yang penting abg ben jangan patah semangat ok =)

    BalasPadam
  17. aik? aurat lelaki dengan perempuan bukan ke lain ke?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.