Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 31 Mac 2012

Baru dapat mandi ..

Siann .. hehe .. lama giler tk mandi kereta aku ni haaa ... Nak bg mandi , cuaca tk menentu.. kang rugi jer .. hehe.. Alasan ..


Akhirnya ari ni , aku bwk dia beriadah kat Taman Midah.. Sini mandi mmg puashati punya .. Nak tunggu pon mmg cukup puashati gak .. haha.. ramaaii siooottt ..


Sambil tu , layan movie .. Best !! Diorg buat kat Malaysia. Aku pernah tgk diorg buat satu babak tu kat depan Bank Negara . Memang dasattt ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hobi lama kembali ..

Dulu gemar kumpul baseball cap .. byk ada aihh .. sampai tak tau nak pakai mana ..


Pastu malas dah .. ilang mana pon tak tau .. Sekarang dah mula nak kumpul lak .. huhu .. ni terikut style dj Klfm tu laaa .. yg aku jumpa di projek Toshiba tu .. byk giler cap dia ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beli baju baby ..

Adoi .. macam aku yg mengandung aihh .. Penat giler jalan kat Mid Valley ni .. Kejar masa satu hal gak .. Pasni nak ke rumah Ujang dan nak ke Alamanda ..


Tapi , mcm malas je nak g sana semata mata nak jumpa diorg .. hurm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bayi maut tersedak susu ibu .. Oh , masak aku !

 

 

IMAG2260

Skang kat Mid Valley.. Nak shopping baju baby skit memandangkan tempoh akhirnya dah dekat iaitu Selasa ni (InsyaAllah ) dan aku sendiri pon dah terasa cam bizi je skit skang ni .. Apa yang aku bizi pon aku tak tau .. huhu ..

Pelik giler Mid Valley ni .. Kalau datang kul lebih tu , dah susah nak cari tempat letak kereta. Mungkin besar dan puas berjalan kalau shopping kat sini . huhu ..

Beli Harian Metro. Ternampak tajuk menarik mata aku. Confirm membuatkan wife semakin mengecilkan matanya bila memandang aku. Huhuh..

 

image

IMAG2259

Ibu malang yang baru berusia 20 tahun itu dipercayai terlelap ketika menyusu.. Hurm … Kesiannya .. Suaminya baru berusia 25 tahun. Pasangan muda .. Baby tu lak baru berusia sebulan je . Bermakna si ibu tu masih dalam keadaan pantang ..

Banyak kes dah skang ni baby tersedak susu .. Pasti ibu ibu di luar sana ada sebarang nasihat untuk bakal ibu dan juga ibu ibu yg baru mendapat baby ..

Pasni aku kena jaga baby .. tapi tak la sampai tahap aku menyusukannya walaupun nampak cam ada susu .. huhu ..

Sibuknya mereka nak tau pendapatan blogger !

 

image

Amboi .. blogger sekarang dah boleh dijadikan kerjaya atau karier ke ? Boleh percaya ke neh  ? Entahlah .. tapi kalau rajin buat kajian .. korang boleh jumpa jawapannya..

Ada contoh ke  blogger yg dah jadikan dunia maya ni sebagai ladang tanamannya ? Aku rasa , tak perlu kot bagitau apa jawapannya kan ? Kenapa ? Kenapaaaa ??

Berapa pendapatan blogger ? Alahai … sama cam peladang gak laa.. Mana ada gaji tetap . Segalanya bergantung pada kerajinan dan usaha mereka . Kalau rajin , maka banyaklah .. Kalau malas , dok je atas pokok , cari pisang !

Ada ke pisang kat atas pokok ? Ada laaa .. cuba google !

Laman web FAM digodam sudah !

 

image

Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.

Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.” – SinarHarian

Lawak laa .. Ni gara gara isu FAM dikritik secara terbuka oleh Tan Sri Annuar Musa .. Alahai .. aku malas sebenarnya nak layan sebenarnya isu isu sukan di negara kita ni yang mana lebih banyak politik dari kejayaan !  Masing masing gile nak berkuasa dan nama. Kerana apa ? Sendiri mau ingat laa ..

Bila mintak rakyat turun padang untuk menyokong , rakyat turun . Haa.. Kena la jugak dengar suara rakyat ni haa .. Jangan main sedap ikut perbincangan dalam meeting tu . Haih ..

Ikutkan mmg betul apa .. Dah nampak terang-terang apa yang berlaku pada sukan negara , sekarang ni .. Takkan nak tunggu semua terlingkup baru nak OVERHAUL balik kot ?? Duit tuuuu .. Duit satu hal , masa lagi..

Dari aku kecik , sampai aku besar .. Projek bab bolasepak ni pelbagai nama ada dah .. Tapi masih lagi dok ‘dalam kampung’. Yang nak dibanggakan dari dulu sampai sekarang , nun zaman arwah Super Mokh..

Nasib baik ada Chong Wei dan Nicol David. Kalau tak ? Dok layan keluar masuk panggung wayang je la.. Patut la cerita ngarut pon leh box office .. Haih..

Jumaat, 30 Mac 2012

Blog Rakan Blogger malam ini ..

 

Setiap hari , setiap minit pasti ada blog baru timbul .. Tapi berapa ramai yang terus kekal berblog eh ? Bukan senang nak kekal , nak maintain .. Mula mula je berasap .. pastu , tinggal arang… dan ditiup angin atau menjadi debu ..

Apakah blog blog rakan kita yang baru ni begitu juga ? Harapnya tidak la kan .. Camana punya takde masa pon , update la jugak. Log kan apa saja aktiviti atau apa saja yang korang fikir dalam tu..  Tak susah pon ..

Ok geng .. jom g singgah blog rakan kita ni ..

 

i am me and i am hippy :P

The Life Of Nurain Zainal

 

A simple girl that just want to share her wOlrd... ~

~ Something About My Life ~

 

Hyye.. ^,^ Im Inz Indah,lets talk simple,bagi aku hidup ni tak perlu jadi hotstuff,cukup jadi sesejuk air yang menenangkan orang..kn lbih indah..rite? so,just be yourself.. :)

Rasa aku,Kata aku.

 

urm . nak tau tntg wawa . .meh ushar blog wawa. .

shaerfatwa

 

I am a student, a mommy's&daddy's lil daughter, a sister, a fiancee and a girlfriends.

farrah nufashka

 

ye. aku boyaa maradona.dah-2 . jangan nak pening sangat la tengok nama aku. biasa la tu.cita-2 aku dalam idop ni, aku nak capai apa yang dicita-2kan oleh aku

::contengan payeh::

 

Terima kasih …

‘Bawaku pergi ‘ diharamkan ? Apakah nasib Malique ?

 

Aku tak pernah dengar lagi lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oeh Zizan Razak dan Kaka ni .. Nak kata tak minat tu , tak leh kata gak walaupun tak minat kat Zizan ni .. hehe .. Tapi biasanya aku hanya minat lagu berbanding penyanyinya kecuali geng geng kumpulan Rock Kapak sebab aku membesar zaman tu ..

Balik pada lagu ni ,  aku terfikir akan nasib penulis lirik lagu Bawaku Pergi ni , Malique yang mana menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara.

Sama seperti Namawee la kan ? Aku mmg boikot mamat tu sbb apa ? Korang pon tau kenapa kan ? Tapi lagu ni , apakah aku akan memboikot Malique lak ? Aku bukan prejudis/ .. Mereka yang dah ikuti blog aku ni pastu tau yang mana kalau aku tak suka , terus terang aku kritik tapi secara baik la contoh seperti  filem filem hantu kat Malaysia ni haa ..

Tapi Malique lak camana ? Bagi aku selagi mana tak menyentuh agama dan negara , lantak laa .. Lagi pon penulis lagu ni macam serupa macam menulis puisi atau sajak .. Kena baca dan fahamkan betul betul .. kalau tak ? Memang pening dan boleh salah faham .. Contoh banyak ada .. lagu lagu ketuhanan , disangka lagu cinta.. Camana tu ?

Apakah akan ada parti politik campur tangan sebagaimana kes Namawee tu ? Ke terbiar sepi gitu jer ? Pasti ada yang kata , kes Namawee ngan kes Malique ni berbeza ! Heh .. bukak mata , fikir dan fahamkan ..

Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu “pergi lebih lama, pergi lebih jauh”. “ –Mstar Online.

Kenapa la si isteri suka benar membebel ??

 

image

Tu diaaa … memang patut eh kena bebel ? Kalau dah sampai gini sekali punya malas , maka mmg patut telinga aku ni cair je dek kena jelingan tajam si wife ..

Hahahahha .. adoi .. aku bukan malas tapi lebih suka jimatkan masa.. Kira mana dan je laaa .. Lagi pon ok pe , aku jimatkan hanget tu dari terbiar tak digunakan !

Lu nak gila , lu gila je sengsorang !

 

Ada satu spesis dala dunia maya ni la kan dan juga dalam dunia realiti pon ada la kes ni gak .. Kes yang mana suka menipu orang ! Tipu yg ni tak melibatkan duit atau harta benda mahupun bodi tergadai tetapi melibatkan perasaan !

Apa yg peliknya , bukan satu dua kes je menda cam ni berlaku. Berlambak giler ! Seolah olah ramainya rakyat Malaysia yg psiko dalam diam rupanya !

Bayangkan la yer .. Dingorat dalam dunia maya .Bertukar no telefon .. Berbual tiap tiap hari .. Tapi bila ajak jumpa ,ada je alasan Atau paling tidak pon , last minit .. ada hal .. nenek mati la .. kucing terseliuh kaki la .. Bos maki laa ..

Kalau sekali dua berlaku tak pe la gak .. Tapi kalau dah berkawan sampai 3-4 tahun ?? Jumpa pon tidak .. tapi bila telefon , macam nak masuk je dalam handphone ..

Dah kawin ? Rasanya spesis gini , tak kawin lagi tapi berpenyakit bahaya yakni gila ! Berpikiran positif ? Maaf la ter .. kes ni banyak sangat .. Memang sah gile ! Dia punya giler , kasi kat kita agar sama sama ikut giler !

Aku dalam Youtube pulak ??

 

Hahaha .. sebenarnya , aku malu nak tunjuk kat korang .. Maklumlah .. masih dara lagi.. Teruna takde dah .. dara ada lagi yer .. Guwau jer..

Ok .. video ni antara video yg dipaparkan di page THE MARK OF PERFECTION–ULTRABOOK CHALLENGE ( TOSHIBANOTEBOOKPC) .. Aku tak tengok video ni sbb segan dan malu .. Huhuh.. Korang je la layan eh ..

Tapi cabaran dia , mmg best dan menghiburkan … Tak caya , koran layan video ni dulu .. huhu .. Jangan kutuk aku dah la yer ..

Khamis, 29 Mac 2012

Laki duduk , perempuan berdiri . So sweet !

 

Menda ni dah berkali kali laaaaa aku dok ulang tayang kat blog tapi memandangkan masih ada spesis yg tak reti bahasa dan tuli mata , maka aku update la selagi termampu kot kot  nanti ternampak kat mana mana , boleh la bagi teguran ..

Kalau dalam lrt , erl atau mana mana pengangkutan awam tu , dah naik lali dan bosan tgk keadaan ni walaupun sampai kerajaan buat iklan dan berhabis ra ..

Tapi kalau kat klinik atau hospital , camana pulak ? Tadi aku g ngan wife ke hospital Putrajaya. Memula tu ke Dewan Bersalin untuk membuat pemeriksaan lanjutan kerana baby dalam kandungan besar (3.9) ..

Korang tau , bersepah lelaki duduk ! Yang berdiri ni aku nampak perempuan termasuk wife aku. Hampeh sorang pon takde nak bangun untuk offer seolah mereka sendiri pon dok nazak nak bersalin time tu. Agaknya air ketuban dah pecah la tu.. Tu segan kot laki laki tu nak berdiri .. huhu.. Ops.. pikir positif.. Demam la tu .. Ramai pulak laki demam g ke dewan bersalin kan ?

Bawak bawak la sedar diri wahai kaum lelaki .. Bukan semua yer ..

Untuk aku dan juga mereka yg berminat untuk membacanya ..

Restoran di Suria KLCC terbakar

 

KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran di aras bawah Suria KLCC petang tadi, menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah itu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh.

image

Sumber : Bharian / Yahoo

THE MARK OF PERFECTION–ULTRABOOK CHALLENGE

 

image

Projek ni aku segan nak join sebenarnya sbb , tengok la diorang tu.. semua mantap mantap .. Aku rasa kecikkk je masa tuu ..

image

Apakah 4 cabaran yang terpaksa dan dipaksa blogger yg terlibat tu eh ?? Nak tau ke ? Klik SINI ..

Apa yang pasti , aku segan giler masa ni .. huhuh.. Dan sapakah juara keseluruhan eh ?? Cari jawapannya di page tu .. huhu ..

Operasi bakar lemak ..

Nak bakar lemak dengan cepat , buat sprint 100m selahu mungkin pastu jalan kaki .. Buat 3-5 kali .. kemudian , jalan kaki ..


Cari chin up bar ni dan bergayut .. Kesannya ? Cuba g tgk kt youtube , bar brothers .. huhu .. nanessss..


Berpeluh ?? Tentu sekali !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pisang montel ?

 

Pergh .. mmg terasa laa kalau dengar nama pisang ni haa .. Orang yg jumpa pisang ni montel kah ? Atau sewaktu orang yang jumpa pisang ni ditegur oleh seseorang yang montel ?

Ceritanya bermula begini ..

“ Eh , Mat .. pisang apa yg kamu pegang tu ?? “

“ Entah , aku pon tak tau la pisang apa ni ,Montel “

Kebetulan ada dua penyangak pisang kat situ terdengar ..

“ Oooo .. tu nama dia pisang montel ! Patut la montel montel jer .. Sediakan lori malam ni ! Kita rembat semua sekali !! “

Begitulah al kisahnya cerita yg aku reka sendiri ni ha ..

image

Camana rupa dia eh ? Alaa .. aku malas nak g amik pic tu .. Korang g cari je kat Mydin berhampiran eh.. Kalau cari kat kedai lain , aku rasa mesti ditukar nama jadi pisang debab ke .. pisang cekeding ke .. pisang  sasa ke .. Tak kisah la.. Janji bukan pisang aku atau pisang dia .. kan ?

Lucah ke ? Sapa suruh pk gitu ..

Anda mengalami tekanan jiwa ? Mari lepaskannya !

 

image

Di Christchurch , New Zealand .. Sebuah syarikat menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta bagi mereka yg nak lepaskan geram atau tekanan !

Kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12 dan digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

Antara mereka yang menyewanya ialah remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.

Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.

 

Dasatkan ? Kalau kat Malaysia ni , nak lepaskan tekanan  ada yg g karaoke , g memancing , g gym , g mabuk , g melacur , g bertumbuk tapi paling kurang , g masjid dan mengadu pada Allah .. Huhuh ..

Manusia .. itulah kan .. Kita sama je .. Adakalanya terlupa dan terleka. Asyik benar dengan dunia. Bila keranda dah dibawa depan mata , baru mengelabah tak tentu hala ..

Minggu ke - 39

 

image

Dah masuk minggu ke 39 . Ikut jadual 7/4 ,  baru aku berpeluh .. huhu .. Samada awal seminggu  atau lewat seminggu. Kalau awal , minggu ni la patutnya kan ? Kalau lewat , nun lagu 2 minggu .. Waaa.. dup dap dup dap dup dap  …

Sementara menunggu wife yang masuk check up , aku g ke cafe untuk update blog dan menikmati juadah , air milo jer . hehe .. Ahaaa .. Hari ni hari Khamis .. Jam menunjukkan pukul 2 lebih tetapi masih ada sekumpulan lelaki berbaju batik sedang menikmati makanan . Ok , fikir positif . Mereka ahli kumpulan muzik yg singgah makan tengahari di Putrajaya.

Apa nak pelik kan ? Kadang kadang aku rasa ada bagusnya perubahan peraturan dibuat di kalangan penjawat awam ni sbb ramai yg curi tulang ni .. Tak payah la nak ungkit apa mereka buat tetapi kerana mereka inilah yg merosakkan nama penjawat awam . Sian kan ? Orang lain bertungkus lumus , mereka menjerit gembira dapat bonus. Buat keje skit  , ungkit je lebih .. haih…

Tapi banyak gak perubahan yg dapat aku lihat terutama di bahagian perkhidmatan awam yang mana melayan dengan baik .. Yelah , tak baik kalu , terus buat aduan la kan .. Tak layan ? Antar je email ke KSN .. Tak de tindakan , antar je ke suratkhabar .. Takde gak ? Hehehe .. buat je fan page I HATE ….

G gym lak pasni …

Ahmad Idham sudah merajuk .. Tiada lagi filem seram ?

 

image

“ Kesal dengan kritikan dan pelbagai pandangan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuat keputusan untuk tidak lagi mengarahkan filem seram.

Idham berkata, dia trauma untuk menghasilkan lebih banyak filem seram apabila sering dituduh mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam karyanya. “ – Mstar

 

Bagus la tu .. pasni buat filem yang lebih kreatif. Anda kan seorang pengarah yg bagus. Takkan nak main isu hantu dan rempit je memanjang kan ? Cuba berfikiran cam Steven Spielberg atau  George Lucas mahu pun cam Aziz M.Osman ( yg dulu ) .. Kreatif bang , kreatif !!

Pasti boleh punya laaa .. Jangan marah yer tuan. Ampun maaf dari saya yang asyik mengkritik tuan. Nanti banje saya roti canai 8 keping ngan pizza hut eh ? Air , saya belanja .. Ok ?

Nak kritik filem sapa lak pasni eh ..

Petang anda membosankan ? Jom ..

 

Jom ke PICC , Putrajaya .. Kat situ ada tasik yg cantik .. G beriadah di sana jam 6 petang dan saksikan , mentari terbenam dengan penuh keindahan ! Tu pon kalau cuaca cantik la.. hehe ..

IMAG2194-1IMAG2219

IMAG2205

IMAG2210

IMAG2213IMAG2216

IMAG2215

Kalau guna dslr , lagi cantik  .. Tu belum edit dalam photoshop  lagi kan ? Ni semua original dari hp htc aku .. huhuh.

Hadiah untuk yg tersayang ..

 

imageimageimage

Pemberian coklat kepada para tetamu sudah menjadi trend pada masa sekarang. Salah satu produk keluaran CreativeChoc yg sentiasa mendapat permintaan tinggi ialah coklat bar dengan design wrapper mengikut citarasa pelanggan. Para pelanggan boleh memilih sendiri warna, design serta corak agar seiring dengan tema majlis mereka. Pemberian coklat bar sgt sesuai utk sebarang majlis seperti harijadi, perkahwinan, akikah dll.


Harga sekeping coklat bar beserta wrapper ialah $1.80. Tiada caj tambahan dikenakan bagi upah design serta tiada pembelian minimum yg ditetapkan.


Maklumat lanjut sila ke http://creativechoc.blogspot.com

Menopause vs Men No Pause

 

image

VS

image

Kemalangan semalam yg membuatkan aku pakai tali pinggang keselamatan terus !

 

Hahahah .. apa cerita ?? Cuba baca entri ni dulu untuk mengetahui apa kisah sebenarnya dulu baru baca entri ni .. Bila nampak eksiden !

Aku nak amik gambar kereta tu sbb bagus untuk info di blog aku namun keadaan tidak membenarkan dan merbahaya untuk aku jadi aku telan air liur jer dari aku telan ubat .. hehe ..

Pagi ni , di akhbar online barulah aku dapat tau kisah sebenar apa yang aku nampak semalam yang membuatkan aku insaf 1.5 minit ..

image

Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat maut selepas kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dinaiki bersama empat rakannya terbabas dan merempuh tiang lampu dari arah Dengkil-Putrajaya.

Kemalangan pada jam 5 petang itu turut meragut nyawa Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian itu, Saifuddin Kandar, 39, selepas masing-masing dipercayai tercampak dari kenderaan berkenaan.

Tiga lagi rakan mereka cedera termasuk seorang dilaporkan parah.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas mereka berlima dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang rakan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah. – Hmetro

 

Hurm .. serius , mmg teruk giler la keadaan kat  situ. Kat lebuhraya tu mmg best bawak laju bagi mereka yang dahagakan darah . Yelah , clear giler situ tapi apa yang diorang tak tau , lebuhraya kat  situ antara lebuhraya yg teruk di Malaysia .. Tak caya ? G la memandu sendiri kat situ ..

Aku sendiri pon takut walaupun bawak 120-140 gitu ..

Ini bukan senaman untuk mereka yang punya sembelit yer ..

 

Mak aih .. tu tajuk ke apa ?? Panjang benar ..

image

OK .. merujuk pada gambar di atas , mereka yang tidak pernah bersenam , pasti akan ketawa sbb terbayangkan aksi ini di dalam tandas … kan kan ? hahaha ..

Senaman gini bagus sebenarnya. Boleh buat dimana mana saja walaupun dalam pejabat terutama bila sakit belakang dan pinggang.. Haaa .. dan bagus untuk menguatkan kaki mahupun otot perut.. Takde kaitan dengan sembelit yer adik adik dan abang abang ..

Camana nak buat senaman ni  ?  Haa .. senang jer.. sandar ke dinding .. perlahan lahan turun  dan tangan tu diangkat juga selari dengan bahu kita sehingga kaki berada macam di dalam gambar .. Haaa..

Tangan aku tu saja aku letak gitu sbb wife lambat angkat ! Lebih 3 minit aku duduk cam tu tunggu dia snap .. nasib baik tak mengetar kepala lutut .. hahaha .. Kira dah mantap la tuuuuu .. haaha.. Sapa suruh tak g gym kan ?  Haha.. guwau jer..

Sebenarnya , banyak senaman boleh dilakukan dirumah. Tak caya , cuba google .. mesti terkejut punya .. Aku sekarang ni pon cuba kembali bersenam di rumah tanpa g gym .. Sesekali je g gym terutama bila nak cuci mata .. hahaha .. Benci la  tu.. hahaha .. Guwau laa ..

Ok geng.. selamat mengeletarkan kepala lutut .. Kalau mengeletar tu , tandanya kantoi laa .. hahahah ..

Bermain-main dengan baby dalam perut ..

 

“ Abang , tengok ni .. Haa .. terbonjol bonjol . Dari tadi tak berenti bergerak gerak dia .. Macam dok bermain dalam tu jer .. “ , ujar wife .

image

Aku pegang. Terpaku sejenak . Maha Besar Allah. Betapa seronoknnya si kecil itu dalam perut ibunya. Seolah-olah tak nak keluar ke dunia ini ..

Aku pasangkan lagu . Aku tau dia suka lagu apa. ABC dan Alif Ba Ta adalah kegemaran dia dan untuk pujuk dia diam , aku pasangkan zikir saja dan terus dia kembali senyap dan perlahan saja pergerakkannya.

Tak tergambar sebenarnya perasaan aku. Esok , si kecil tu dah berusia 39 minggu dalam kandungan dan perlu ke klinik untuk menjalani ujian kesihatan.

Bila memandang perut si isteri dengan kandungan di dalam tu , aku terfikir , betapa selesanya dia di dalam tu walaupun sempit. Dan apabila lahir ke dunia , ianya sangat luas tapi tidak langsung selesa. Akhirnya kita kembali ke keadaan sempit tetapi persoalannya , selesakah kita nanti ?

Terlalu banyak dosa aku atas muka bumi ini.

“ Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. “

Rabu, 28 Mac 2012

Wowww .. 1 ribu sudah !!

 

image

Sapa sangka .. Ku bukan artis .. ku bukan ahli politik .. Ku bukan reti bergaya di dunia maya ini . Aku cuma tau taip dan angkat besi untuk simpan di tempat yang sepatutnya dan juga laki orang yg dah beruban.

Bila melihat jumlah SUBSCRIBERS di FB BEN ASHAARI aku tu , aku terharu laa .. Yelah , ada gak yang sudi ikuti perkembangan aku terutama bila aku mencarut .. eh .. mengarut  di FB ni ..

Selain kat FB ni , aku juga gemar memaki hamun dengan penuh sopan santun di SANTAI BEN ASHAARI .. Ada banyak lagi sebenarnya .. Tapi cukuplah aku bgtau yang dua ni jer yer .. Nak lagi ? G cari BEN ASHAARI JR , BEN ASHAARI II .. Yang JR tu aku plan nak kasi kat bakal anak aku je untuk dia belajar menaip kat situ. Dan kat sana , ramai akak akak cun ada untuk beri tunjuk ajar .. Hancuss anak ku itu nanti ..

Kalau nak tidur tu , aku pasti selak TWITTER aku di hp dan tinggalkan kata kata wasiat seperti Selamat malam .. dan sebagainya ..

Akhir kata sebelum aku update entri lain pasni , terima kasih la buat mereka yang sudi menekan apa saja butang yg ada kaitan dengan aku kecuali UNLIKE atau UNFOLLOW .. huhu .. Makasih ya pak !

Ben Ashaari dan Blog Rakan Blogger

 

Ramai dok tanya , bila blog mereka nak aku promote ? Biasanya kalau aku nak promote dalam bentuk entri yg bertajuk Blog Pilihan ni , aku amik dari widget FOLLOWER .. Memandangkan ada ramai yang tanya , maka aku buat la segmen 2 jam tadi dan alhamdulillah , ramai yg berminat nak sertai , untuk menambahkan kenalan serta mencari info info menarik di dalam blog blog yg lebih fresh ..

Dalam segmen tu aku ada bagi satu soalan ..

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Mereka telah pon menjawabnya .. Kenapa aku ajukan soalan begini ? Ada yg menjawabnya , inilah kesopanan bangsa di negara kita ni .. Aku tak bicarakan soal mana mana bangsa tapi dah jadi tabiat  seperti bila makan nasi , guna jari dan bila makan mee , cari garfu. Dah dididik sebegitu rupa.

Maka bila kita tersua seseorang yg kita kenal , maka kita menyapa mereka dengan memberi salam atau selamat pada mereka . Seterusnya soalan yg diajukan adalah lebih pada bentuk ‘selamat’ sbb kita tak tau camana mood mereka , kan ? Soalan yang diajukan itu , biasa namun boleh mengundang ‘bala’ jika si dia itu , punya mulut yg celupar . Nasib baik negara kita ini , awal awal lagi dah dididik dengan kesopanan yg cukup tinggi ..

Tetapi , sayangnya makin lama , kesopanan ini semakin terhakis .. Ada yg tidak tau mana satu ketua , mana satu tua , mahupun mana satu yang masih mentah . Hurm .. Hinggakan dah terpaksa dijadikan iklan di tv ! Pergh…. semakin nazak ..

Taraf pendidikan yg semakin moden dan berteknologi tinggi mahupun pengaruh dari luar membuatkan kita semakin , celupar hati .. heheh .. kan ? Termasuk aku .. huhu ..

Didik semula hati kita dan juga berfikir sebelum bercakap. InsyaAllah , luar dalam selamat ..

 

“ Ben , ko buat segmen ke ? “

“ Tak la.. aku bagi anak gajah ni makan . Tak perasan ke ? “

Jom g tengok apa jawapan mereka ..

 

Segmen ni dah ditutup yer..

 

Group 1 untuk diblogwalking

 

Group 2 untuk diblogwalking

  1. …..

Bila nampak eksiden !

Tengah memandu dgn bestnya tetiba nampak byk kereta padahal biasanya lengang ..


Eksiden !! Keluarkan hp ajaib ku !!! Zass .. alamak , ada polis ! Sepantas kilat aku tarik seat belt aku .. huhu..


Jangan ikut perangaiku ini ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Confirm meleleh !

 

Assalammualaikum,

Ko orang apa khabar?? Sihat kow? nak tunjuk something yang sedap sehingga meleleh air liuq ni....wakakaka!

 

image

image

image

image

image

Comel tak? comel tak? comel tak? harga pun berpatutan. Selain baju2 bayi dan kanak2. Product AVENT pun ada jual.

Kalau berminat boleh la grab dengan mokcik ni  http://beautifulgirl84.blogspot.com/  ----> hok ni blog peribadi beliau ...cepat2! stock terhad ni. Dulu dia guna fb peribadinya (kat sini masih ada lagi stock). Sekarang beliau nak lancarkan page terbaru beliau (Silalah LIKE ye). Semua dalam page baru ni adalah stock terbaru (tapi ada beberapa stock dah abis sbb orang tempat kerja,saudara mara,jiran2 dan kawan2 beliau dah grab.hohoho!)

JOM ONLINE SHOPPING DENGAN BEAUTIFULGIRLSHOP SEKARANG!! (klik sini)

Abby Abadi mula menutup aurat ..

 

image

Tajuk akhbar online tu bertudung tapi aku gunakan menutup aurat sebaga satu doa buatnya .. Harapnya selepas ni ramai la dapat membezakan menutup aurat dengan bertudung periuk ..

Niatnya nak pakai tudung ni , lama dah . Dan bila dia menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung. Alhamdulillah..

 

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya pada Mstar Online.

 

InsyaAllah .. ramai artis yang menutup aurat , semakin melimpah rezekinya . Yang penting , berdoa , berusaha dan bertawakal . Apa saja yang berlaku , redha .. kan ?

Teringat kata seorang kawan .. Jika satu pintu rezeki tutup , 10 lagi pintu Allah buka , jika niat kita mencari rezeki itu kerana Allah ..

Selesai ..

Dlm kul 10 lebih , baru aku dpt cakap dengan operator .. Tak kisah la kena berulang kali call memandangkan line asyik busy .. Memang busy la tu .. Operator pon cakap elok jer .. Mood ok tu .. alhamdulillah ..


Dah siap !! Zassss ... Aku terus ke JPN .. Nak segera sbb kad bank aku kan dah disekat .. Jadi nak aktifkan semula kena buat kad baru .. huhu ..


Di JPN , urusan nak amik Mykad tu cuma makan masa 5-10 minit jer .. Tak sempat pon nak kentot kat situ .. haha..


Selesai Mykad , g Maybank lak .. haha.. adoi ... Nasib baik orang tak ramai gak .. Jadi , tak sampai 20 minit .. siap kad aku .. Tolak RM12 dr akaun aku .. belasah je la.. 


Plan pasni , nak g Alamanda .Nak tgk movie .. Bila dah drive dekat ngan Alamanda , aku batalkan niat aku dan terus balik rumah .. Rindu kat nasi goreng sotong yg wife aku masak pagi tadi .. Huhu.. Sapa suruh rasa sesudu !! Baru padan muka aku .. huhu ..


Dan alhamdulillah .. Segala urusan hari ini dipermudahkan Allah ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Soalan yang tak payah ditanya pada umum !

 

Kadang-kadang ianya tak terfikir dek akal tapi mulut gatal nak luahkan ..

Ben , g gym ke ?

Dah terang terang aku masuk dalam pusat gym tu , boleh je dia tanya gitu ? Kalau mulut jahat maka aku jawab ..

Tak la.. ni nak g pusat urut spa .. Sakit pulak pinggang ni. Semalam g  dah . Best la pulak dia urut. Nak join ke ?

Kesilapan kita , kita tak latih otak kita agar berfikir sebelum bercakap. Yang kita latih , cakap dulu baru fikir ! Maka .. inilah kesannya ..

“ Eh, g keja ke ? “

“ Giler ke pagi pagi ni g kerja ? Aku nak g zoo la ni .. Rindu kat harimau ngan gajah. “

Maka , bermula hari ini , biar akal yang berbicara dan mulut sekadar pelepas kata .. Dalam erti kata lain , guna la otak kita tu 100% .. tak terlewat lagi ..

image

image

image

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI